Ticker

6/recent/ticker-posts

Bercuti ke Pulau Belitung, Indonesia - La Lucia Hotel

Bercuti ke Pulau Belitung, Indonesia - La Lucia Hotel | Ini entri terakhir mengenai percutian saya dan rakan media ke Pulau Belitung, Indonesia tempoh hari. Dalam entri ni, saya nak share macam mana perjalanan kami dari Johor Bahru ke Changi sampai lah ke Pulau Belitung.

Saya, Ain dan abang Ain, Zaki, gerak dari Bandar Baru Uda dalam pukul 8.30 pagi, naik GRAB aje. Saya park kereta depan rumah Ain. Kami sampai di Terminal Bas Larkin sebelum pukul 9 pagi. Encik suami dan rakan-rakan Projek Travel da sampai awal pagi lagi kat sana. Sambil tunggu yang lain sampai, saya sarapan dulu sebiji roti Gardenia sebab tak sempat nak jamah apa-apa masa kat rumah sebelum gerak tu.

Yang sampai awal, boleh wefie dulu @ Terminal Bas Larkin. Pic: Encik Suami

Lama-kelamaan, makin ramai yang tiba. Ketua rombongan kami, Sis Lin, pun ajak ke departure hall untuk naik bas yang menghala ke CIQ JB. Saya tak ingat bas apa, tapi uols boleh tanya aje sesiapa kat situ. Malu bertanya, sesat jalan, ye tak? Banyak sangat bas dari Larkin ke CIQ. Paling common adalah bas Causeway Link. Dari Terminal Larkin ke CIQ, harga tiket adalah RM3.30. Sampai CIQ, kami bawak turun semua bagasi dan lalu imigresen Malaysia untuk masuk ke Singapura. Bila semua dah setel, kami turun semula ke tempat bas berhenti untuk naik bas ke Woodlands Checkpoint pulak. Masa ni, Sis Lin cari terus bas yang menghala ke Changi Airport, iaitu bas Transtar TS1. Ingat tau, TS1, bukan TS3 ke TS8 ke. Hanya TS1 yang menghala ke Changi Airport. Take note no plat bas untuk masukkan dalam departure card yang warna putih tu. Harga tiket adalah RM10 dari CIQ JB ke Changi Airport.

Cari bas TS1 untuk ke Changi Airport dari CIQ JB/Woodlands Checkpoint

Bas TS1 ni berhenti di Woodlands Checkpoint untuk lepaskan imigresen. Tiket bas kena simpan sebab lepas imigresen, nak kena naik bas yang sama. Bas hanya tunggu selama 15 minit sahaja di Woodlands Checkpoint. Di sinilah masalah kami bermula. Queue imigresen pada hari tersebut sangat panjang dan ramai orang Nepal. Warga Nepal ni sorang je pun dah ambil masa 10 minit. Jadi kami dah ambil masa sejam kat situ. Bas confim dah tinggalkan kami. Lagi dijadikan cerita, dak Amad punya passport tak lepas uiii. Kena buat second level inspection pulak sebab sistem Singapura tak dapat detect passport dia. Amad dibawak ke bilik berasingan dan pegawai imigresen soal siasat tentang tujuan kemasukan dia ke Singapura. Kalau uols kena macam ni, relaks dan tenang-tenang. Jangan panik ya. Tunjukkan bukti kuat objektif uols masuk Singapura. Macam kami hari tu, ada surat invitation daripada pihak MTN Getaways, jadi pihak imigresen boleh lepaskan Amad.

Amad da setel dengan imigresen pun, bas Transtar seterusnya tak muncul-muncul. Bas tadi memang dah lama pergi. Dalam 2 jam lebih juga kami tersadai dekat Woodlands Checkpoint tu tunggu bas ke Changi Airport. Masing-masing dah kepenatan dan berlengas. Dengan laparnye lagi. Aduhai. Pukul 2 gitu baru bas Transtar TS1 muncul semula. Alhamdulillah, syukur. Bukan tak nak naik MRT, tapi memikirkan jumlah kami yang ramai, nanti MRT penuh dengan bagasi pulak. Tiberrr.

Menunggu bas Transtar di Woodlands Checkpoint

Dari Woodlands Checkpoint ke Changi Airport ambil masa 40 minit macam tu. Kami turun di Terminal 3. Terus ke kaunter Garuda Airlines untuk check in dan drop bagasi. Bila dah dapat tiket, kami masuk ke departure hall. Surau Changi Airport ada di semua terminal, tapi malangnya lebih banyak surau berada di dalam departure hall. Sebab tu kami terus masuk aje ke dalam untuk buat jamak takdim sebelum naik flight pukul 5 petang nanti.

Lepas solat, masing-masing mengisi perut yang lapar. Kami makan burger king aje. Sedap jugak set promo $9.80 dia tu uii! Kat Malaysia takde set tu. Jenuh lah seorang Sunah si peminat burger king nak ke Singapore lepas ni semata-mata nak makan set tu. Hahaha. Sambil tunggu waktu nak boarding, sempat jugak kami jenguk-jenguk taman rama-rama kat airport tu. Boleh lah buat jamu mata kejap.

Butterfly Garden @ Changi Airport

Departure Bus Gate @ Terminal 3, Changi Airport

Pukul 4.30, kami gerak ke Departure Bus Gate. Kena naik bas dari departure gate tu ke kapal terbang.  Bas akan berhenti betul-betul depan tangga kapal terbang ui. Hahaha. Jakun kejap sis kauu dengan cara pihak Garuda Airlines sambut tetamu diorang. Dah masuk kapal, baru rasa lega. Alhamdulillah. Dalam flight, ada disediakan simple snack yang terlebih dari simple. Haha. Penerbangan mengambil masa selama 1 jam 30 minit dari Changi Airport ke Tanjung Pandan (sis kira ikut local time dari Changi pukul 5.30, sampai Belitung pukul 6 petang - masa di Belitung sejam lewat dari Singapore). Encik suami sempat tido kejap dalam flight.

Banyak kan makanan dalam kotak kuning tu?

Sampai Belitung, kena lalu imigresen lagi sebelum boleh amek bag dan lalu kastam. Dak Amad lepas pulak kat sini. Haha. Kami pergi makan dulu macam yang saya ceritakan kat SINI sebelum ke hotel. Sepanjang kat Belitung, kami menginap di La Lucia Boutique Hotel by Prasanthi di Tanjung Pandan. Hotel ni dah termasuk dalam pakej MTN Getaways ya! Kalau uols ambil pakej ke Belitung, uols akan ditempatkan sama ada di sini atau di Grand Tropical Village. Masa kami pergi tu, kami dapat hotel ni sebab GTV dah penuh.

La Lucia Boutique Hotel by Prasanthi. Pic: Farah

View dari tingkap bilik @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung

View dari depan lift @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung

Yang bestnya hotel ni, boleh sewa basikal, depan hotel ada tempat sewa motor/speda, 5 minit berjalan kaki dari hotel, ada kedai ole-ole Belitung. Kat belakang hotel pulak ada laut luas mata memandang. Bayangkanlah tiap pagi bukak tingkap nampak laut. Weehuuu~ Kalau uols ada masa, boleh naik ke rooftop untuk tengok view laut puas-puas. Saya dapat bilik berdua dengan Ain, dalam bilik ada TV, mini bar, private bathroom dan hanger kat dinding. Takde almari tu tak kisah sangat. Iron pulak, boleh mintak dekat receptionist bila nak guna. Wifi hotel sangat laju ye! Puas hati!

Sewa basikal @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung

Twin Bed Room @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung

Mini Bar & TV @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung

Clothes hangers @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung

Breakfast kami 3 hari kat hotel ni aje. Walaupun tak berapa banyak sangat menunya, tapi makanan semua sedap-sedap alhamdulillah. Paling saya suka, ada menu ungkep ayam ui! Makan pulak kat Indonesia yang memang asalnya Jawa dari sini, haaa jowo betul ungkep ayam tu. Hahaha. Hari last, kami sempat rasa goreng pisang keju di La Lucia Cafe. Ya Allah, sedap sangat! Sampai semua tertunggu-tunggu menu tu direfil semula. Tatie siap suruh sis kauu tapau bawak balik. Hahaha.

La Lucia Cafe @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung

La Lucia Cafe @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung

Sarapan pagi di La Lucia Cafe @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung

Pisang Goreng Keju @ La Lucia Boutique Hotel, Belitung. Pic: Kak Juju

Overall, sangat puas hati dengan perkhidmatan pihak hotel. Cuma bab iron je la, lepas ni mungkin boleh sediakan iron untuk setiap bilik atau letak aje iron bersama iron board di setiap level. Mudah nak gosok baju dan tudung. Hihi.

Ok lah, berakhir sudah entri saya tentang percutian ke Pulau Belitung bersama MTN Getaways. Kalau uols dah mula teringin nak ke Pulau Belitung, boleh lah contact terus pihak MTN Getaways ya!

MTN Getaways Getting You There

Dapatkan diskaun RM75 untuk setiap pakej dengan promo code SUNAH75

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej ke Pulau Belitung,
hubungi:
No. Tel: +65 8531 3381
Email: admin@mtngetaways.com

Website:

Instagram:

Facebook:


Baca juga:
Pakej Percutian Murah ke Pulau Belitung oleh MTN Getaways
Tempat Menarik Yang Wajib Dikunjungi Di Pulau Belitung, Indonesia
Island Hopping dan Snorkeling di Pulau Belitung, Indonesia
Tempat Makan Best di Pulau Belitung, Indonesia

Artikel ini telah diwujudkan hasil dari program
FAM 'GETAWAYS' Trip to Belitung Island 2018
yang telah berlangsung pada 9 - 12 Disember 2018 
anjuran MTN Getaways Pte. Ltd.

Post a Comment

6 Comments

  1. makanan breakfast kat hotel ni sedap-sedap kan.

    ReplyDelete
  2. teringat pisang cheese & bubur kacang hijau

    ReplyDelete
  3. tak sangka ada kisah yang panjang sebelum naik flight ye.bila dah sampai teruja habis.

    ReplyDelete
  4. Org jawa mmg wajib tahu ayam masak ungkep macam ena.haha..bestnya jalan2.. teringin nak pergi.

    ReplyDelete
  5. terima kasih la lucia boutique hotel kerana menyediakan keropok tebal2 tu....banyak giler ain makan setiap kali sarapan pagi disini. hahahahhahaa..

    ReplyDelete
  6. Ya Allah, sedapnyaaaa breakfast hotel la lucia ni kan! Goreng pisang cheese tuuuu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com