Ticker

6/recent/ticker-posts

Susu Dutch Lady PureFarm Melengkapkan Sarapan Pagi

Susu Dutch Lady PureFarm Melengkapkan Sarapan Pagi | Hari yang kuat memerlukan permulaan yang kuat. Nah, saya bagi direct translation daripada bahasa Inggeris. Untuk lebih mudah difahami, ayatnya bermaksud hari yang padat memerlukan sarapan yang lengkap. Uols setuju tak?

Kenapa saya cakap macam tu?

Selepas tidur malam yang panjang, badan kita memerlukan nutrien setelah mengisi perut buat kali terakhir lebih 7 jam yang lalu. Uols yang biasa ambil sarapan pagi, mesti dah biasa kan rasa lapar sebaik celik biji mata? Perut berkeroncong dari atas katil lagi. Kadang-kadang tu terjaga sebab perut lapar aje. Kalau tak bangun cepat-cepat cari makanan, boleh masuk angin, mengundang gastrik pulak. Saya seorang yang macam tu. Kalau lambat sarapan, memang hadap laaaa oi!

Sarapan pagi sangat penting untuk tubuh badan yang sihat

Disebabkan tu lah, sarapan pagi yang bernutrien tinggi amat diperlukan. Kita sebut sebagai #strongstart. Ia membantu tubuh badan kita menyerap tenaga yang diperlukan agar kita dapat melaksanakan kerja-kerja seharian dengan lebih baik. Tapi, masih juga ada orang yang skip sarapan pagi, terus gabungkan dengan makan tengahari. Maka, terhasillah perkataan 'brunch'. 

Susah ya nak sarapan pagi?

Kalau uols rasa sarapan pagi tu leceh, apa kata permudahkan dengan ambil menu yang cepat dan ringkas? Tiru macam saya, sarapan dengan bijiran dalam susu Dutch Lady PureFarm penuh krim. Tuang bijirin ke dalam mangkuk, kemudian tuangkan aje susu dari peti ais dengan gembira. Ambil sudu, dan makan. Semudah A, B, C! Kalau nak diet, Dutch Lady ada juga susu rendah lemak. 

Sarapan cepat dan mudah

Ya, nak lengkapkan nutrien dalam satu hidangan tak mudah. Tapi dengan meminum susu, ia membantu melengkapkan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan kita. Kita sedia tahu susu kaya dengan kalsium, tapi tak ramai yang tahu susu juga mengandungi protein, vitamin A, vitamin B2 dan vitamin D yang punya fungsinya tersendiri.

Bila saya bosan dengan bijirin, saya sarapan pula dengan roti mil penuh disapu mentega kacang tanpa gula. Kadang-kadang, bila ada lebihan strawberry daripada bahan baking, saya potong dan susun atas roti. Uols boleh tarik minat anak-anak untuk makan roti mil macam ni. Hidangan jadi lebih menarik dan nampak enak. Pelbagaikan pulak buah-buahan yang digunakan, boleh diganti dengan pisang, kiwi, atau nak lebih sihat, avocado. Tak lupa, segelas susu Dutch Lady PureFarm penuh krim.

Sarapan pagi nampak lebih menarik dan enak dengan warna

Kalau ada masa lebih sikit, saya rajinkan diri sediakan menu sarapan yang mudah. Easy feast katanya. Wrap berinti antara kegemaran saya. Kadang-kadang inti ayam bakar, kadang-kadang inti telur hancur, kadang-kadang inti lebihan daging yang dimasak untuk makan malam sebelumnya. Baru lah tak bosan.

Beef Satay Wrap sebagai sarapan, hipster tak?

English breakfast pun antara menu sarapan yang mudah disediakan di rumah. Telur dipukul dengan sedikit susu Dutch Lady PureFarm penuh krim untuk dijadikan scrambled egg. Sosej dibakar sekejap dalam kuali leper dengan sedikit mentega. Kacang merah bakar dipanaskan dan diubahsuai ikut citarasa. Jamu bersama roti mil penuh bakar dan segelas susu Dutch Lady PureFarm penuh krim. Alhamdulillah, kenyang sampai tengahari.

English Breakfast sangat mudah disediakan

Bila dah kenyang, baru lah bertenaga nak buat aktiviti kan? Kalau tak, lemah semacam aje. Kadang-kadang tu sampai menggigil sebab badan tak cukup nutrien bila dah terlepas waktu makan. Kalau uols nak tahu, protein dalam susu memainkan peranan penting untuk memastikan tubuh badan kita boleh bekerja dengan lancar sepanjang hari. Akan tetapi, protein tak disimpan dalam badan kita untuk kegunaan pada masa akan datang. Inilah sebabnya kita jadi lemah bila tak cukup makan, kerana kita tak ambil protein yang secukupnya dalam hidangan! That's why saya minum segelas susu Dutch Lady PureFarm penuh krim semasa sarapan pagi untuk menyerap protein.

Vitamin A dalam susu amat diperlukan untuk mata kita berfungsi dengan baik dan membantu kita fokus sepanjang hari. Vitamin B2 pula penting sebagai pengestrak tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein yang kita dapat melalui sarapan pagi. Kalsium adalah kunci kepada perkembangan dan pertumbuhan gigi serta tulang bagi kanak-kanak. Ia juga membantu mengekalkan jisim tulang yang sihat di kalangan orang dewasa. Untuk memastikan badan kita dapat kalsium yang cukup, vitamin D dalam susu lah yang akan membantu dari segi penyerapan dan penggunaannya.

Nah, masih lagi tak suka minum susu?

Kalau uols jenis susah nak sarapan pagi sebab takut nanti cepat sangat membuang, haa! Betulkan semula persepsi tu! Tahniah sebab uols ada usus yang sihat! Ia adalah normal untuk membuang selepas sarapan pagi sebab perut uols dah mencerna makanan selama lebih dari 7 jam sepanjang malam. Bila uols start sarapan, usus menerima isyarat bahawa ruang diperlukan untuk mengisi makanan yang baru.

Sebab tu lah, uols yang ada habit macam ni tak perlu rasa risau lagi! Let it go, let it go~ Kahhh!

Hey, hari ni uols breakfast apa?

Post a Comment

3 Comments

  1. Anak akak pun suka susu dutch lady.. Biasanya dia makan dengan honey star jelah.. Umi dia tumpang sekaki

    ReplyDelete
  2. Kalau lahh hari hari ade orang siapkan srapannn.. Kann hari ku akan lebihh indahhh... Hahahhahaa..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com