Ticker

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Goreng Ayam Guna Air Fryer Philips

Pertama Kali Goreng Ayam Guna Air Fryer Philips | Hari Jumaat yang lepas, saya ada buat nasi lemak. Saya sertakan sekali ayam goreng sebagai menu tambahan. Saja nak try guna air fryer Nada yang baru mendarat kat rumah kami dalam dua minggu lepas. Air fryer tu Nada beli masa dia belajar kat UK dulu. Dia bawak balik iron Philips sekali. Kemain kan, makin canggih nampaknya perkakas kat rumah ni. Makin kena selalu masak la ni?

Dan kena selalu iron baju? Eh!

Air Fryer Philips

Merasa jugak la nak menggoreng pakai air fryer yang diidam-idamkan. Tengok kawan-kawan JDT Blogger ngapdet masak guna air fryer, rasa teruja betul. Akhirnya dapat juga pengalaman mendengar bunyi air fryer menggoreng macam Kak Eda sebut dalam entri Kambing Golek Johor Sedap. Nasib baik tak bersepah-sepah anak-anak bulus hakak berlari. Hahaha!

Ayam goreng dalam air fryer

Ayam tu saya just gaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit madu aje. Biar sekejap menyerap ke dalam ayam, kemudian susun dalam bekas berjaring air fryer tu. Suhu saya set ikut yang tertera kat badan air fryer tu. 180°C, saya set kan tempohnya 20 minit. Masa 10 minit pertama, da bau sedap dah ayam tu. Sesambil tunggu ayam, boleh la saya siapkan sambal nasi lemak.

Lepas 20 minit, ayam goreng pun siapppp.

Ayam goreng guna air fryer

Elok betul kejadiannya. Ayam yang digoreng pun lembut aje dan masih juicy. Anak-anak bulus pun duk datang dekat aje time makan sebab bau ayam goreng yang begitu menggoda. Ahaks!

Wahh, senang lah lepas ni. Boleh goreng macam-macam guna air fryer aje.

Sihat pun sihat kan?

Post a Comment

20 Comments

  1. Replies
    1. hahahah..kene beli jugak, kalau2 ada benda yang tak sesuai pakai air fryer :p

      Delete
  2. Kalu akk, akk set time 12 minit pertama & terbalikkan ayam dulu, tmbh lagi masa 10 minit, ikut pd tekstur ayam tu smasa minit pertama tu. Agknya sbb dah biasa goreng ayam balik2 dlm kuali, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. aishh kena balik2 kan kee..mekanisme dia bukan menggoreng secara menyeluruh macam microwave?

      Delete
  3. Hahaha.. Bunyi air fryer tu 1st time mmg seriau.. Tapi dah biasa dah.. Hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha! nasib baik baca dulu tau entri akak..kalo tak, terkejut jugak saya..ahhahahah

      Delete
  4. Mudah juga ada air fryer ni ye. Jimat minyak dan makanan pun lebih sihat

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum.sunah...semakin byk kemudahan utk kerja memasak skg ni kn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam mama..tu la, makin banyak perkakas yang memudahkan kerja..kalau masih malas jugak, tak tahu lah..hahaha

      Delete
  6. wah..best nye..semua sibuk pakai air fry..lps nie nk jgk la beli..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. jommm kak...nanti untuk rumah sendiri pun nak beli satuuu

      Delete
  7. Senang dan mudah kan.,..
    Orang dah bagi tu, haaa rajin-rajinlah memasak yaa hahahaha

    ReplyDelete
  8. wahhhh kelasss korang.. semua dah ada air fryer..ummi ilhams masih lagi menggoreng dgn kuali buruk hahaha

    ReplyDelete
  9. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com