Misi Mencari Chiang Mai Tour Packages Yang Berpatutan | Tahun ni takde langsung travel ke luar negara, walau dalam hati tu teringin sangat, ada masanya saya periksa juga tiket flight kat laman web Air Asia. Tapi cukup sampai belek-belek aje lah. Nak tekan checkout tu belum lagi. Sedar diri, hutang keliling pinggang. Hutang PTPTN dah habis bayar lama dulu, takde kaitan, okay! Kekangan nak siapkan thesis pun mempengaruhi juga. Nak balik kampung sendiri pun tak sekerap tahun-tahun sebelumnya.
Tapi, bulan depan bulan yang istimewa. Awal tahun depan pun bulan yang istimewa. Sebab apa? Bulan depan bulan ulang tahun perkahwinan saya dengan encik suami yang kelima. Bulan Januari tahun depan pula bulan ulang tahun encik suami yang ke-17 tahun. Eh! Bukan, bukan! Umur encik suami bakal naik ke angka 35 awal tahun depan. Bi iznillah untuk kedua-duanya.
Kenapa saya cakap pasal bulan istimewa pulak ni? Ye lah, mana lah tahu, ada rezeki lebih dan diberi kelapangan waktu, boleh keluar travel juga untuk rehat barang sehari dua bersama dengan encik suami. Antara banyak-banyak tempat yang menari-nari dalam fikiran saya, tertarik pulak nak ke Chiang Mai, Thailand. Saya belum pernah ke sana. Encik suami pun sama. Dia biasa jadi “tour guide” Phuket aje untuk kawan-kawan dia.
Cantik kan Chiang Mai? Pic: ChiangMai.Bangkok.com |
Saya pun saja-saja lah survey apa yang menarik kat sana in case ada rezeki nak ke sana. Survey kat internet aje. Terjumpa pulak link Cheap Chiang Mai Packages kat web Traveloka ni. Eh, menarik pulak web ni. Sebelum ni saya ingatkan Traveloka hanya ada bahagian untuk tempah tiket flight dengan tempah hotel aje. Rupanya ada sekali explanation tentang tempat yang kita pilih nak pergi tu. Boleh lah kita dapat bayangan sikit, Chiang Mai ni macam mana dan apa yang kita boleh buat kat sana, kan?
Lagi best, kat web tu ada bagi sedikit idea itinerary untuk pelancong yang travel ke Chiang Mai. Lengkap dari hari yang kita datang, check in hotel, keluar jalan-jalan, sampai lah check out. Nak makan mana pun, ada sekali cadangan-cadangan menarik kat web Traveloka tu termasuklah makanan halal nak cari kat mana. Mudah kerja kan? Paling tak sangka, ada cadangan untuk mendaki air terjun kat Doi Suthep National Park. Uik, encik suami suka benda-benda macam ni!
Apa lagi, kita check lah harga pakej! Oh, kat Traveloka ni ada pakej kombo tiket flight + hotel rupanya. Eeee, siap ada kupon promo lagi, tapi 15 November last booking! Diskaun sehingga 11.5% oi kalau book tiket flight dengan hotel sekali. Huish, memang rezeki lah ni kalau tempah hari ni juga. Hahaha!
Apa benefits bila kita tempah tiket flight dengan hotel sekaligus kat web Traveloka ni sebenarnya? Pertama, kita boleh kurangkan sikit kos travel sebab boleh dapat rate yang lebih murah bila kita book tiket flight sekali dengan hotel. Kedua, kita boleh survey harga berbeza bila kita tukar-tukar hotel atau flight schedule dalam pilihan yang ada. Untung-untung, dapat harga yang paling berpatutan. Ketiga, masa nak checkout uols boleh pilih sama ada nak bayar by cash or cashless, Traveloka ada pelbagai pilihan cara untuk payment. Kalau guna kad kredit, boleh dapat 0% installment plan, berbaloi-baloi!
Saya pun try la survey untuk pakej Chiang Mai. Set aje tarikh bila kita nak pergi dan balik beserta destinasi yang dipilih. Ala, macam biasa nak tempah tiket flight dan hotel lah. Tapi kat web Traveloka ni ada satu button special, iaitu button “Search Flight + Hotel”. Klik aje situ kalau nak book flight dengan hotel sekaligus.
Nanti, uols akan dibawa ke laman seterusnya, yang mana pelbagai pilihan hotel dengan waktu penerbangan terpampang kat situ. Uols boleh pilih nak bagi keutamaan carian kepada Lowest Price, Highest Price, Review Score dari Agoda atau Highest Popularity. Biasanya saya dengan encik suami akan aim kepada Lowest Price, baru tengok Review Score.
Contohnya macam Trekker Camp hostel. Harganya dalam RM834.43 seorang untuk flight pergi balik dan stay for 3D2N. Review score dia 8.5/10. Impressive kan? Dalam 37 orang dah pernah stay kat situ dan bagi review yang best-best. Nak baca review-review tu, uols klik aje kat “Hotel and Room details” (rujuk gambar atas). Segala maklumat tentang penginapan ni ada kat laman tu.
Kalau rasa puas hati dengan pilihan penginapan dan waktu penerbangan yang dipilih oleh web Traveloka tu, boleh lah klik “Book Now.” Nanti uols boleh nampak berapa banyak yang uols save lepas diskaun bila tempah tiket flight sekali dengan hotel. Haa, sangat informative kan?
Tapi buat masa sekarang, pakej yang complete dengan tour tu takde pulak. Kena cari tour agent lah kalau uols suka. Saya dengan encik suami jenis suka buat itinerary sendiri. Jadi, hanya berpandukan Chiang Mai travel plan ideas kat web Traveloka tu pun, kitorang boleh lahhh nak hidup. Hahaha! Kalau uols nak try survey jugak, boleh la klik link-link yang saya sertakan kat atas tadi ek. Buat masa ni, pakej ni boleh didapati kat web Traveloka dengan aplikasi android. IOS coming soon.
Ish, betul-betul nak pergi Chiang Mai ke ni? Harap-harap encik suami baca. Ahaks.
9 Comments
eee tiberr ain berangannn kite banyak duit pastu jenjalan travel bersama...wewittttt...berangan je...tak kena bayar pun..hahahahhaaa...
ReplyDeleteJommmm kumpol duittt..insya'Allah one day!
Deleteuitsss..insyallah.
DeleteOiiii @Farahain, Hakak ko baca gak ni hahahaha..
ReplyDeleteJom laa tahun depan follow Sis travel group, Pulau Perhentian yawwww hahahahahaha
Fuyoooo da ada plan holiday tahun depan 😂😂
Deleteahhhahahha..... woww...ni kalau geng kita travel mampus tak ingat nak tidur...kerja berjalan je gamaknya..hahhaha...
DeleteWah thesis master ke phd tu? Kagum jap.😍😍
ReplyDeletephd..hahaha..takde mende yang bole dikagumkan
DeleteTak pernah lagi zumal pergi sana, nak book juga la. Hehe...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com