Misi Bantuan Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Kanaq, Kota Tinggi, Johor | Pada 24 November 2018 yang lepas, saya bersama rakan JDT Blogger berpeluang untuk turut serta dalam satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang dianjurkan oleh salah seorang peserta All Women's Expedition to Antartica (AWETA) 2018. Turut serta bersama kami sebagai rakan media adalah blogger Johor, Kim, dan juga pihak RTM Johor. Team media ni diketuai oleh Encik Ridzuan Khalid dari Pondok Rahmat Project.
All Women Expedition to Antartica (AWETA 2018)
Program CSR ini dilakukan dengan tujuan untuk membawa misi bantuan kepada masyarakat orang asli suku kaum Kanaq di Kg. Sungai Selangi, Kota Tinggi, Johor. Kalau uols search google, ada sedikit maklumat tentang kaum Kanaq di Wikipedia dan Utusan Malaysia. Kaum Kanaq adalah kaum orang asli dengan bilangan penduduk yang terkecil di dunia. Setakat 24 November 2018, jumlah orang Kanaq di Kg. Sungai Selangi adalah seramai 93 orang, dalam 23 keluarga yang mendiami 21 buah rumah di kawasan tu.
Peserta mendengar taklimat daripada Puan Sharifah Azian (AWETA 2018)
Pagi-pagi hari Sabtu tu, kami dah mula berkumpul di Petronas Bandar Sri Saujana, Kota Tinggi, diketuai oleh Puan Sharifah Azian, peserta Top 8 AWETA 2018. Para peserta konvoi terdiri daripada 8 kenderaan pacuan 4 roda dari Johor Trucks, 2 buah kereta media, 15 buah motorsikal kuasa rendah dari Kelab Motor Southern Region dan Kelab Motor Capik Racing Team. Antara agensi lain yang turut serta dalam misi bantuan ini adalah Mercy Johor, Pondok Rahmat Projek, Ctone Studio, Majlis Bandaraya Johor Bahru, Kueh Klasik Opah, JAKOA Kota Tinggi, Freemarket Johor, Raf Point Adventure, Zakir & team dan juga sumbangan individu.
Felcra Mawai Baru 2, Kota Tinggi, Johor
Perjalanan ke Kg. Sungai Selangi mengambil masa lebih kurang 40 minit dari Bandar Sri Saujana, Kota Tinggi. Kampung orang asli ini letaknya tak jauh dari Felcra Mawai Baru 2, Kota Tinggi. Uols akan nampak signboard kampung ni bila dah nak sampai. Menariknya, pada signboard tersebut ada disebut bahawa suku kaum Kanaq di Kota Tinggi ini adalah satu-satunya dalam dunia. Gelaran ini diberikan oleh pihak pejabat daerah, khas buat menghargai keberadaan mereka di sini.
Kalau uols baca artikel dalam utusan kat atas, uols akan tahu bahawa suku kaum Kanaq ni macam orang asli yang lain, sangat pemalu dan cuba mengelak daripada bertemu orang luar dan lebih gemar bergaul dalam lingkungan mereka sahaja. Tapi menurut Tok Fuad (Ketua Kampung), menjadi sejarah pada 24 November 2018 yang lepas, mereka mahu keluar beramai-ramai menyambut kedatangan kami ke kampung mereka. Jumlah yang keluar agak besar berbanding program-program ziarah sebelumnya.
Sesi pengenalan bersama Ketua Kampung, Tok Fuad (kemeja petak-petak) dan Tok Batin Adam Awok (tshirt merah petak-petak)
Selepas sedikit pengenalan oleh Tok Fuad dan Tok Batin Adam Awok, kami bersarapan bersama-sama penduduk kampung sebelum meneruskan misi bantuan perubatan yang diketuai oleh pihak Mercy Johor. Beberapa orang doktor dari Mercy Johor memberi bantuan pemeriksaan kesihatan dari segi blood pressure check dan juga pemeriksaan gigi. Penduduk wanita suku kaum Kanaq yang sedang hamil turut mengambil peluang tersebut untuk membuat pemeriksaan kesihatan.
Pemeriksaan kesihatan penduduk suku kaum Kanaq oleh Mercy Johor
Suasana kampung menjadi sedikit riuh apabila pihak Ctone Studio mula menghiburkan penduduk kampung dengan persembahan busking. Aktiviti ni dilaksanakan sebagai daya tarikan kepada penduduk supaya mereka keluar dari rumah dan menyertai kami, terutamanya penduduk lelaki. Ternyata cara ni berjaya mengajak mereka beramah mesra dengan orang luar yang datang. Telatah lucu dari rakan-rakan bikers turut berjaya mencuit hati penduduk yang datang menyaksikan persembahan busking.
Ctone Studio membuat persembahan busking untuk penduduk orang asli suku kaum Kanaq
Sambil-sambil diorang busking tu, pihak Mercy turut mengambil kesempatan buat medical checkup kat bawah pokok aje tepi rumah diorang terusss. Dengan panas teriknya masa tu, sebab dah pukul 12 tengahari. Coklat untuk anak-anak penduduk pun dah cair atas kereta. Ayat Cik Salfiza Alfian paling saya tak boleh lupa, "ironinya, sebelah sini ada banyak coklat, sebelah situ doktor tengah check gigi." Hahaha! Bertabah lah ye doktor!
Pemeriksaan kesihatan penduduk suku kaum Kanaq oleh Mercy Johor
Masa doktor buat medical checkup tu, diorang akan check senarai nama penduduk kampung. Siapa yang belum buat pemeriksaan, memang akan dicari. Salah seorang penduduk adalah warga emas wanita yang kurang upaya penglihatan, tak mampu untuk makan dan bersihkan dirinya sendirian. Puan Saadiah bt Teking, memerlukan bantuan jiran-jirannya untuk memberinya makan setiap hari serta memandikannya setiap dua tiga hari sekali. Keadaan rumahnya agak usang dan kurang terurus dengan tandas yang tersumbat. Sukarelawan Bikers, Mercy Johor dan lain-lain membantu membersihkan rumahnya dan memberikan tilam baru yang lebih bersih dan selesa.
Selesai misi bantuan kesihatan, aktiviti diteruskan dengan makan tengahari sebelum penyerahan bantuan bekalan makanan kepada setiap ketua keluarga di dalam surau perkampungan orang asli ni. Bahan sumbangan yang diterima oleh mereka adalah seperti barang dapur serta keperluan harian. Ada juga sedikit pakaian serta barang permainan untuk kanak-kanak. Sumbangan ini disampaikan oleh pihak NGO yang hadir secara bergilir-gilir. Tersentuh hati melihat wajah mereka bila mendapat bantuan makanan ni.
Sis Lin wakil JDT Blogger mengagihkan bantuan makanan kepada penduduk Kanaq
Encik Mail - salah seorang penduduk Kanaq yang sangat mencuit hati semua orang dengan telatahnya
Menurut Tok Fuad, agak sukar untuk memberi kesedaran tentang pentingnya pelajaran kepada anak-anak orang asli ni. Mereka lebih selesa dengan cara hidup nenek moyang mereka dan disebabkan itu, mereka masih ketinggalan dalam beberapa aspek kehidupan. Sifat pemalu yang memang sejak azali lagi bagi keturunan orang asli turut menimbulkan masalah untuk mereka mendapat tempat di alam persekolahan. Tok Fuad sangat berharap agar kehidupan orang Kanaq ni berubah ke arah yang lebih baik.
Penduduk orang asli suku kaum Kanaq di Kg. Sungai Selangi, Kota Tinggi, Johor
Saya suka dengan pendapat Tok Fuad yang ingin mendirikan sekolah khas buat anak-anak orang asli sahaja, tapi ditempatkan jauh sedikit dari kampung supaya mereka turut ada pengalaman duduk luar dari kepompong kampung. Sekolah kerajaan bukan tak ada, tak jauh aje dari kampung tersebut. Tapi disebabkan suasana persekolahan yang menyebabkan mereka terpaksa bercampur dengan orang luar, ia agak menghadkan proses mengasah kebolehan dan kemahiran mereka akibat sifat pemalu yang begitu menebal.
Antara rakan media yang turut serta dalam misi bantuan penduduk orang asli suku kaum Kanaq
Pada 8 Disember 2018 yang akan datang, katanya Menteri Besar Johor akan datang melawat Kg. Sungai Selangi untuk melihat apa yang boleh dibantu dan dibangunkan. Semoga ada program khas buat penduduk orang asli suku kaum Kanaq di sini agar mereka tak ketinggalan dan terpinggir oleh arus pemodenan.
Sayang sekali jika keturunan orang asli ni pupus suatu hari nanti.
Jemput tengok video di atas untuk summary seminit program CSR AWETA 2018 ke kampung orang asli suku kaum Kanaq, Kota Tinggi, Johor. All the best untuk Puan Sharifah Azian dalam perjalanan AWETA 2018. Terima kasih atas peluang yang diberikan.
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
9 Comments
wahhhh... bestnya program melawat kampung orang asli... semoga usaha yang baik ini diteruskan di masa akan datang..
ReplyDeletebest sangat kak..buat kita rasa insaf dan muhasabah diri..jom join masa akan datang!
Deleteseronoknya dapat join program macam gini
ReplyDeletejom farah join kalau ada lagi nanti
Deletetahniah korang.. keep it up!
ReplyDeletealhamdulillah...moga ada lagi peluang untuk aktiviti macam ni
DeleteAlhamdulilah semuanya di permudahlkan kann..
ReplyDeleteTahniah buat Cik Yan AWETA kita..
Next time ada cadang nak buat lagi, nanti Sis update ya.. TQ Sun support!!
last time join this kind of program masa di universiti dulu. how time flies
ReplyDeleteWah bestnya dapat turut serta misi macam ni
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com