Manggo Bingsu @ Pinky Tomyam, Taman Kota Masai | Hari Rabu lepas, balik dari Sedenak, kami sempat pulak singgah cari penyejuk tekak di Taman Kota Masai sebelum pulang ke rumah. Mulanya Sis Lin nak ajak makan cendol, tapi tak jumpa pulak kedainya. Terjumpa kedai lain yang ada bunting gambar bingsu kat luar restoran. Kami pun ambik keputusan untuk makan kat situ aje.
Restoran Pinky Tomyam namanya. Seluruh dinding tema pink, tapi saya tak ambil pulak gambarnya. Restoran ni konsep menunya juadah dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Tarikan utamanya adalah Nasi Ulam Kelantan. Para pelayannya pulak adalah gadis-gadis Kelantan yang putih melepak kulitnya. Bila diorang datang kat meja ambil order, terpegun menengok mekapnya. Hihi.
Mango Bingsu @ Pinky Tomyam, Taman Kota Masai |
Kami order Mango Bingsu dengan air kelapa aje. Boleh tahan sedap juga. Disertakan dengan susu pekat manis dan manggo syrup kalau tak silap saya. Kalau suka, boleh tuang kedua-duanya ke dalam mangkuk bingsu tu. Kalau tak suka, tak payah tuang. Haha! Buah mangga potong yang dia letak memang banyak, cuma atasnya tu whipping cream saya tak berapa gemar. Lebih suka kalau diletakkan aiskrim kat atas tu.
Selain perisa mangga, ada juga perisa coklat dan strawberry. Harganya saya tak pasti berapa. Menu tak diberi kepada kami, nak minta pun dah lupa. Tapi bingsu dengan air kelapa tu jumlah harganya RM16. Kalau uols nak try, boleh la datang ke sini ya!
Pinky Tomyam
Lokasi:
Jalan Mangga 6, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
2 Comments
Pehhh. . Kalu tuang susu pekat ngan mango syrup tu mahu melekat manis kat tekak
ReplyDeleteUii tiber terasa rasa nak gi makan lagi .. jommm!!!
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com