Larian Pinktober 2018 Oleh The Running Diva Malaysia | Pada hari Sabtu, 27 Oktober 2018 yang lepas, saya, Ibah dan blogger Farahain join larian Pinktober 2018 anjuran The Running Diva Malaysia di Educity Sports Complex, Iskandar Puteri. Larian ni bertujuan untuk raise breast cancer awareness di kalangan peserta yang join dan juga masyarakat sekitar. Dalam pukul 6 pagi saya dan Ibah gerak dari rumah untuk ambil Ain dekat BBU. Dari BBU ke Iskandar Puteri ambil masa 20 minit aje.
Masa sampai Educity Sports Complex tu, da ramai yang berbaju striking pink. Lelaki dan perempuan, tak kira dah. Ada juga yang pakai baju kaler lain sebab tak diwajibkan untuk beli tshirt dia. Oh, untuk larian anjuran TRDM, selalunya harga tshirt diasingkan dengan yuran penyertaan. Siapa nak beli je baru bayar. Siapa nak pakai baju sendiri, tak ada paksaan.
Alahai, time menaip ni lah mouse iols habis bateri. Sabor je lah!
Sebelum lari, kita selfie dulu! Tapi #bukansekadarselfie, ok! |
Aktiviti pagi tu dimulakan dengan warming up zumba. Dalam setengah jam gitu. Pukul 7.30 baru lah kitorang bersedia dekat starting line. Lepas MC pot pet pot pet kejap, kitorang pun start lari. Ain pertama kali join running macam ni. Jadi, saya temankan dia sepanjang larian. Kejap-kejap saya lari ke depan juga. Lepas tu perlahankan dan berjalan sambil tunggu Ain sampai. Bagus jugak budak ni, first time tapi dah lepasi 3km dan tak jauh gapnya dari saya. Saya dulu, larian pertama dengan TRDM juga, tapi 3km fun run. Dari larian kali pertama tu lah saya belajar untuk lari sama-sama dengan first timer runner supaya dia tak menyesal join run. Hahaha! Maceh Zana! Lebiuuu~
Pink runners merata-rata @ Pinktober Run 2018 |
Pinktober Run ni ramai peserta veteran wanita, mungkin sebab matlamatnya tu menarik perhatian diorang untuk join. Uniknya, larian TRDM mesti ada award pepelik sikit. Eh, jangan jeling dulu. TRDM buat contest The Best Dress untuk runner yang join. Jadi, kalau uols nak menang hadiah selain dari medal finisher tu, boleh lah pakai baju cantik-cantik dan hias pepelik sikit. Yang penting lari dengan bersemangat. Untuk Pinktober Run 2018 kat Johor ni, pemenang The Best Dress tu pakai ala-ala pengantin gitu. Siap bawak jambangan bunga tau! Kreatif betul!
Gigih saya berhenti tepi jalan sebab nak ambil gambar dia, sebab yakin dia akan menang. |
Tapi ko bukan kawin lari kan kak?
Hahaha! Gurau aje ok!
Dalam jarak 5km tu, ada satu aje checkpoint untuk minum air, lepas tu kena sambung lari lagi. Sepanjang lari, entah berapa kali la budak Ain tanya "dah berapa km ek kak?" Adui! Comel betul, macam budak-budak. Nasib baik sampai habis jugak dia lari. Risau jugak kalo pengsan tengah jalan. Hahaha! Usyajah Ibah pun tak jauh dari kitorang. Sempat la amek gambar dia berjalan. Eh, berlari. :p
Pinktober Run 2018 finisher medal |
Muka masing-masing hepi dah dapat bra masing-masing. Haha! |
Bila da sampai garisan penamat, rasa syukur sangat. Alhamdulillah. Dapat medal cantik, yeay! Medal dia bentuk bra, ok! Nkoo hado? Hahaha! Dah habis lari, baru lah jumpa Zana (paling kanan dalam gambar atas). Dia da habis lari awal lagi dari kitorang, memang laju budak ni. Dari zaman degree lagi dia aktif bersukan. Sekarang dia join fitness club untuk keep fit. Daebakkk tak?
Ambik gambar sat dengan The Best Dress. Alahai, abaikan bajuku yang berlipat tu -_- |
Ok lah, tu aje nak cerita.
Next run tak tahu lah bila. Hahaha!
3 Comments
gigihnya pakai veil sambil berlari
ReplyDeleteSayang sangat tak dapat join..geram dengan medal dia..
ReplyDeleteTaknak ke awak bg kita :p
Hahahhahahaaa... Ain dok imagine cmner kalo sis lin ade sekali... Mampus dia bising suh aku senyapp je..hahahhaaa....
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com