Kambing Bakar di FESKO UTM ke-61 | FESKO UTM semester ni ada Original Food Festival Thai Malay juga macam semester lepas. Kali ni gerainya lebih banyak. Pilihan makanan pun lebih pelbagai. Dengan pertambahan gerai ni, pihak penganjur FESKO UTM turut menambah bilangan kerusi meja demi keselesaan pengunjung yang datang.
Saya pun tak ketinggalan untuk berkunjung ke FESKO UTM. Rasanya tiap kali FESKO, mesti nak datang, kalau boleh setiap hari. Tapi macam ada satu FESKO tu saya tak datang langsung sebab entah kenapa tak minat langsung nak pergi. Itulah rekod peribadi saya tak berkunjung langsung ke FESKO. Haha.
FESKO kali ni saya dah pergi dua kali. Kali pertama masa InTeam datang buat persembahan. Kagum juga dengan sistem pementasan FESKO UTM kali ni. Nampak ada kemajuan dan lebih superb dari segi penataan lampu pentas. Walau pentas nampak kecik tapi segala ruang digunakan sepenuhnya berbanding sebelum-sebelum ni pentas besar tapi nampak kosong.
Kali pertama pergi tu saya tak beli apa-apa. Ibah aje beli shawl dua RM15. Eh saya beli juga lah air RM3. Tu je. Rekod peribadi jugak tu. Hahaha. Kalau tak, mesti berhabis juga tiap kali datang FESKO. Kali kedua pergi, memang aim nak dinner dekat Original Food Festival Thai Malay. Hari pertama pergi dah nampak apa yang dihajati.
Ape lagi, kambing bakar lerr. Memang tak sah tak beli, kalau ada Thai Food Festival. Penggerai yang sama tiap kali, maka rasa kambing bakar pun sama. Harga dah naik la lepas SST. Semester lepas sebelum PRU-14, masih RM12 untuk 220 gram. Sekarang dah RM15. Huhuhu.
Time tengah menjamu selera, boleh pulak blackout tetiba FESKO tu oii. Hahahah! Nasib baik kitornag memang dah duduk kat meja and da habis makan. Kesian dekat yang tengah beli makanan or tengah cari tempat nak duduk. Tak lama lepas tu bila kitorang da gerak nak balik, baru la ada balik lampunya. Alhamdulillah.
Kalau uols nak datang ke sini, Original Food Festival Thai Malay terletak paling kiri padang kawad UTM, bawah khemah besar yang panjang. FESKO UTM ni berlangsung sampai 17 November 2018.
Jemput datang ya!
9 Comments
pehhhhhh kak sun ni memang hantu kambing ehk rupanya..hahahhaaa...
ReplyDeleteeh mesti laaaaaa
Deletesedapnyaa kambing bakar :D
ReplyDeletetipu la kalo tak sedapppp.. :p
DeleteOmg rasa teringin lak
ReplyDeleteape lagi, cari lerrr
Deletesedapnya! terliur sha huhu btw follow sini hihi
ReplyDeletewelcome sha!
Deleteakak pun hantu kambing sunah.. pantang jumpa.. nampak lazat sgt tu. huwaaaaa tapi time pregnant ni seram nak makan ikut sedap tekak..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com