Ticker

6/recent/ticker-posts

Buat Lamb Chop Sendiri Dengan Kambing Perap Frozen

Buat Lamb Chop Sendiri Dengan Kambing Perap Frozen | Sejak pertama kali rasa kambing golek yang sedap di kenduri kahwin seorang sahabat, saya terus jatuh cinta pada masakan kambing. Kalau ada majlis makan-makan yang menyertakan menu kambing, tak sah kalau tak ceduk ke dalam pinggan. Kalau ada Thai Food Festival atau pesta makanan, mesti nak cari stall yang jual kambing bakar. Bila da telan kambing untuk makan malam, memang lewat la tidur malam tu sebab daging kambing kan panas. Lagi-lagi kalau yang penuh dengan sos lada hitam.

Tapi, ada aku kesah?

Benda sedap, jangan ditolak. Hahaha!

Homemade Lamb Chop dengan kambing perap ready made

Kadang-kadang kalau ke restoran western atau yang urban hipster sikit, saya akan belek menunya untuk tengok ada tak lamb chop. Tapi saya jarang order lamb chop kalau makan kat restoran sebab harganya yang mahal. Satu hidangan boleh menjangkau RM30 ke atas. Daging kambingnya pun sekeping cenonet aje. Mahal lah untuk seorang student yang tak bergaji macam saya. Koh koh koh.

Tapi sekarang bila-bila masa terasa nak makan kambing, saya dah boleh dapatkan kambing perap ready made pada harga RM28 sahaja dengan berat setengah kilo. Kambing Golek Johor yang terkenal dengan menu kambing golek di majlis-majlis istimewa kini datang dengan kambing perap frozen pula. Satu pek kambing perap frozen ni mengandungi beberapa keping daging kambing yang diperap dengan rempah ratus dan disertakan dengan sos lada hitam.

Kambing Perap Ready Made

Uols hanya perlu panggang daging kambing ni dalam pemanggang ajaib atau bakar atas grill bbq. Nak lagi thrill? Bakar aje dalam airfryer macam Kak Seri. Sebelum dipanggang, turunkan dulu pek kambing perap frozen dari freezer ke bahagian chiller peti ais dalam waktu pagi atau tengahari pada hari yang uols nak panggang, untuk lembutkan sedikit daging. Saya panggang dalam pemanggang ajaib aje, balik-balikkan dua minit sekali. Panggang sekejap aje dengan api perlahan, jangan sampai terlampau kering.

Bau rempah rosemary yang menyalut daging kambing ni agak kuat. Kalau ada yang tak suka, mungkin akan rasa aromanya agak overwhelming dan mengganggu rasa kambing. Masa memanggangnya pun saya rasa sedikit kurang selesa, tapi alhamdulillah, hasilnya sangat enak dimakan!

Sebelum dipanggang, ada 5 keping daging kambing dalam pek ni

Dah nak masak, biarkan juicy sikit, jangan terlampau kering

Saya padankan dengan salad dan sosej panggang. Apa yang ada kat rumah aje. Sos nya saya ubahsuai sedikit sebab takut tak cukup untuk kami berempat. Saya tambahkan sedikit air dan sos lada hitam Ibah dari dalam peti ais. Bancuh sikit tepung jagung untuk dipanaskan bersama sos lada hitam kambing tu, sebab sos nya macam cair sangat. Tak perlu tambah garam atau gula. Bagi mendidih dan pekat sikit, baru tutup api. Tuang atas daging kambing. Perghhh, memang sedap!

Homemade Lamb Chop Set

Kalau kat kedai, RM28 tu boleh dapat sepinggan lamb chop aje. Dengan kambing perap frozen dari Kambing Golek Johor ni, boleh makan tiga hingga empat orang. Berbaloi-baloi kan? Mudah, cepat dan sedap pulak tu!

Apa tunggu lagi? Cepat lah order!

Kambing Golek Johor

Facebook:

Post a Comment

21 Comments

  1. wahhh.. sedapnya.. tak sabar nak rasa kambing perap ni jugak nanti..

    ReplyDelete
  2. Memang berbaloi2 sgt, kalu perut kecik2 bleh mkn 5 org kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullll..bagi baby makan, 10 orang pun cukup..wakakkakakak

      Delete
  3. amboi..menggoda sungguh kambing tu di pagi hari yang berbahagia ini

    ReplyDelete
  4. Boleh buat dua kali kalau akak, family xramai, tapi tu pun tak cukup gak.. Next time boleh beli lagi

    ReplyDelete
  5. sedap nya.. akk beli daging kambing yg dh siap potong dekat tesco.. balik rumah perap sndri .. puas mkn sunah.. utk sos nya pula akk pkai sos barbequ dari kimball tu sdp..mmg kena dgn rasanya..lps nie boleh try perap sndri..😊😋🤗

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah gak buat camtu..lebih jimat kan! Perap sendiri aje, harga pun boleh dapat bawah RM20 beli yg frozen lamb tu..uii terbayang2 pulak kesedapannya!

      Delete
  6. wah.. kena cari ni yang dah readymade perap senang !! tq akak sedapnya nampak lamb chop tuuu.. kita lom pernah buat gi.. chicken chop pernah la ahaha

    ReplyDelete
  7. Wowww nampak sedapnyaaa...
    Sis punya lom masak lagi ni..bizi memanjang makan luar hahahahaha

    ReplyDelete
  8. Fuh... meleleh kawan tengok daging kambing perap ni. Ni kalau kena dengan nasi arab lagi lah menendang. Belanja sunah hihihi......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergghhh tak terfikir nak makan dengan nasi arab..boleh dicuba lain kali 👍

      Delete
  9. Wow, terasa nak makan kambing ini harii.hohooo~

    ReplyDelete
  10. Mbekkkkk mbekkk... Kite masak pakai periuk noxxa tekan tekan siap... Cepat sangattt.. Takyah nak tunggu lelama.. Terbaikk kambing perap ni

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com