Anchor Food Professionals Lancarkan Minuman Sejuk Sebagai Mood Booster | Selepas kejayaan kempen sebelum ni seperti Say Cheese, PizzArt dan Anchor Travel Cakes, Anchor Food Professionals kembali lagi dengan enam minuman berasaskan tenusu untuk naikkan mood uols. Minuman-minuman unik ni dicipta oleh chef dari Anchor Food Professionals bagi menunjukkan kegunaan tenusu dalam produk minuman, satu trend terbaru di kalangan pengguna di Malaysia.
Minuman non-alcoholic yang kreatif sedang diketengahkan di kebanyakan bandar kulinari di seluruh dunia. Mendapat inspirasi daripada teh keju Asia, Jack Tan, Associate Foodservice Director of Anchor Food Professionals berkongsi, "Kami memahami apa yang boleh dibuat dengan tenusu dari segi rasa, tekstur dan penampilan yang hebat dalam pelbagai bentuk, sama ada melalui minuman mahupun kek. Secara tradisional, tenusu sangat popular di pasaran Barat, tetapi kali ini kami ingin bermain dengan bahan-bahan tempatan untuk menghasilkan rasa dan rupa Asia."
Melalui kempen Moodmojee, Anchor Food Professional bekerjasama dengan 15 pembekal makanan dan minuman di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Barat, di mana ciptaan berkrim ini akan diperkenalkan secara berperingkat di seluruh negara bermula bulan November 2018 sehingga Januari 2019.
Moodmojee Campaign at Living Room Cafe, Taman Pelangi, Johor Bahru |
Direka sebagai mood booster, pelbagai minuman dihasilkan dengan padanan yang tak dijangka, bertujuan untuk meningkatkan selera. Tahun ni menyaksikan padanan rasa mengujakan, manis, sihat dan masin dengan tekstur smooth dan creamy. Uols bayangkan macam mana yuzu, delima, pudina dan coklat dipadankan dan direalisasikan menggunakan bahan tenusu terbaik daripada Anchor.
Yuzu Chocolate Surprise
Yuzu Chocolate Surprise @ Living Room Cafe, JB |
Kepada semua hantu coklat, minuman ni sesuai sangattt untuk uols. Yuzu dan coklat dipadankan sebagai satu rasa yang sangat menarik, puri Yuzu yang tajam digaul dengan rasa coklat yang kaya dalam Yuzu Chocolate Surprise. Uniknya, pada mulut gelas minuman ni digelangkan bentuk rim dengan gula-gula sejuk lemon masin. Saya rekemen sangat-sangat minuman ni, salah satu daripada kegemaran saya dari saat kali pertama merasainya.
Pom & Grey Twist
Pom & Grey@ Living Room Cafe, JB |
Sejenis minuman teh berkeju, padanan yang menyegarkan antara teh Earl Grey dicampur dengan sirap delima, dihiasi dengan krim coklat dan biji buah delima. Ada cara khas untuk meminumnya. Condongkan gelas uols 45° untuk dapatkan gabungan kesemua bahan yang ada dalam minuman ni sekali teguk.
Tangy Brew
Tangy Brew @ Living Room Cafe, JB |
Kopi kaw yang dibru sejuk, dicampur dengan rasa oren yang tajam, meletoppp kebabom dalam mulut uols diikuti dengan lapisan krim dan keju yang sangat enak pada bahagian atasnya. Selepas seteguk, jangan lupa selfie dengan "misai putih" yang baru di atas bibir.
Blogger Farahain dengan 'misai putih' @ Living Room Cafe, JB |
Kaya-Nika Fusion
Sudah tentunya kegemaran rakyat Malaysia yang difusionkan. Minuman dengan lapisan seri kaya tradisi yang manis berkrim, gula melaka, pulut dan kacang merah.
Lemon Mint Meringue
Kalau uols prefer something with a zing, minuman ni merupakan jamuan mata dan lidah. Gabungan lemon, pudina dan vanilla ice blended, dihiasi dengan meringue segar dan potongan gula-gula lemon serta oren.
White Chocoffee
Penampilannya sahaja sudah begitu menarik, nampak seperti shake yang tinggi dan membanggakan dengan hiasan whipped cream. Uols pasti jatuh hati dengan rasa white coffee diblend dengan coklat dan peanut butter yang enak.
Pic: Anchor Food Professionals |
Minuman-minuman yang super sedap ni available di dua outlets Anchor Food Professionals di Johor, pertama di Living Room, Taman Pelangi, Johor Bahru dan kedua di Love Tea F&B, Kulai. Di Living Room, minuman Tangy Brew, Pom & Grey Twist dan Yuzu Chocolate Surprise boleh didapati pada harga RM9.90. Di Love Tea F&B, minuman White Chocoffee, Lemon Mint Meringue dan Kaya-Nika Fusion dijual pada harga RM12.90 setiap satu.
Wajah-wajah ceria selepas minum mood booster beverages @ Living Room Cafe, JB |
Selain Johor, uols juga boleh dapatkan minuman mood booster ni di Choon Guan Coffee Shop dan Gafe Kafe di Selangor, Cofeology Cafe & Restaurant di Melaka, Overstepped di Kedah, La Taste (Kedah & Pulau Pinang), Lavish Fushion Bakery dan HIVE by Love a Loaf di Pulau Pinang, serta Family Confectionary dan Baker's Hut di Perak. Sementara itu di Malaysia Barat, minuman ni boleh didiapati di Delight Factory, Chub's Grill, Chiu's Cae dan Lucky Bean, Sabah.
Jemput klik tengok video sis ni. Hahaha!
Website:
Facebook:
16 Comments
Wahhh... Berapa cup Sunah minum tu?
ReplyDeleteYa Allah..kantoi pulak minum Yuzu lebih dari 1 cup 😂
Deletenmpk mcm sedap..pndai chef2 olah minuman guna cream cheese..kaya..dan lain2..gud job..😊🤗
ReplyDeleteHaah..kreatif sangat kak..
Deleteacik sunah ni buat air liur ummi ilhams meleleh je hehehe
ReplyDeleteMari la kitaaaaa ummiiiii 😆😆
Deletenampak sedap semua
ReplyDeleteiya awak...cantik presentationnye
DeleteUih.. Sedap betul semua minuman tu. Macam nak pi terjah je ke sana
ReplyDeletejommm akak! bawak satu family, ok!
Deletesedapnyaaa terliur kita :D
ReplyDeletejommmm farahhhhh
DeleteTelan ailio tengok minuman tu sunah..
ReplyDeletenanti bawak fattah anas and the gang okayyy
DeleteSedap benar yang kopi tu kann, bercawan rasa semua orang tala kat Sis ko hahahaha..
ReplyDelete\Btw esok update, ada certain ayat i copy tapi ubah sikit hehehehe
Zumal suka Lemon Mint tu. Nasib la jauh tak boleh pergi selalu...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com