Ticker

6/recent/ticker-posts

San Francisco Coffee Pertama di Johor Kini Dibuka di Capital City, JB

San Francisco Coffee Pertama di Johor Kini Dibuka di Capital City, JB | Siapa kat sini minat kopi? Hantu kopi? Sehari tak minum kopi tak sah rasanya. Atau yang tak terlalu tegar sangat, tapi boleh minum kopi hipster. Saya lah tu! Hahaha.

Kopi hipster dalam tumbler. Kahhh!

Khabar gembira untuk penggemar kopi di selatan tanah air, San Francisco Coffee kini dibuka di Capital City Mall, Tampoi, Johor Bahru. Ini merupakan cawangan pertama SF Coffee di bahagian selatan Malaysia selain daripada 45 cawangan lain di Lembah Klang, Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Pahang.

San Francisco Coffee @ Capital City, JB. Pic: Sis Lin

Ms Koo Sue San, Pengurus Besar SF Coffee berkata, SF Coffee meraikan keunikan, kreativiti dan individualiti, dibuktikan dalam konsep setiap cawangannya. Cawangan pertama di Johor akan lebih menyerlah daripada yang lain dengan elemen seni, di mana pameran mini seni dibuka di sini.

SF Coffee bersedia untuk menawarkan hanya kopi yang terbaik, segar dan aromatik buat peminat kopi di Johor, melalui proses yang halus dan teliti demi memenuhi citarasa pengunjung. Menariknya, para pengunjung juga boleh memilih sama ada hendak menikmati kopi secara privasi di ruang khas atau duduk bersama rakan-rakan dan keluarga di ruang yang lebih terbuka.

Selain kopi, ada juga minuman lain di sini @ SF Cofee, Capital City, JB

Aneka pastri dan kek @ SF Cofee, Capital City, JB

Bersempena dengan pembukaan cawangan SF Coffee yang pertama di Johor, pameran mini seni "SF Coffee: Colours of the South" turut dilancarkan, sebagai menghargai sambutan yang diberikan oleh para pengunjung di JB.

Pameran mini seni unik tersebut menampilkan karya warga tempatan termasuklah Eva Production dan anak Johor, Jaie Ramlee dan Trusk, yang telah menghasilkan seni pada cawan SF Coffee. Pengunjung boleh melihat hasil karya yang melambangkan keunikan stail dan kemahiran mereka ini di SF Coffee cawangan Capital City, JB sehingga 31 Disember 2018.

Ms Koo Sue San (Pengurus Besar SF Coffee) Dato' Jaya J. B. Tan (Pengerusi Envictus International), Dato' Kamal Y. P. Tan (CEO Envictus International) dan Encik Nik Azwaa Azmi (Ketua Pemasaran SF Coffee) melihat karya Jaie Ramlee @ SF Cofee, Capital City, JB

Karya Jaie Ramlee - Lentera Wajah @ SF Cofee, Capital City, JB

Juga dilancarkan, adalah pertandingan mewarna di seluruh negara di mana pemenang akan mendapat tajaan kopi selama setahun beserta hadiah-hadiah yang lain. Macam mana nak sertai? Uols boleh ke mana-mana cawangan SF Coffee dan beli minuman dalam cawan khas SF Coffee rekaan Marty Woods untuk melayakkan diri uols menyertai pertandingan ni.

Apa yang uols perlu buat, senang ajeee! Warnakan cawan unik SF Coffee Marty Woods dan muat naik hasil karya uols tu kat Instagram dan letak hashtag #SFCoffeeXMartyWoods dan #SFCoffeeColouringContest supaya senang para juri mengesan post uols. Penyertaan dibuka sehingga 30 November 2018.

Pertandingan mewarna cawan SF Coffee Marty Woods. Pic: Kak Dilah & Kak Juju

Dato' Jaya J. B. Tan, Pengerusi Envictus International berkata, pembukaan cawangan SF Coffee pertama di JB adalah peluang terbaik untuk SF Coffee melebarkan sayapnya ke selatan Malaysia. SF Coffee akan membuka dua cawangan lagi pada masa akan datang di MidValley Southkey The Mall dan R&F Princess Cove.

Kitorang dah pergi SF Coffee ni semalam. Saya cuba Cheesecake Macchiato Frappe dia. Perghhh memang sedap! Kalau uols suka rasa coklat sikit, boleh try signature coffee dia - Golden Gate. Campuran rasa coklat, kopi dan oren dalam satu cawan! Sambil minum kopi, boleh cuba sandwich dan pasta dia, sedappp dan kena dengan citarasa. Jemput lah ya!

Blogger Johor @ SF Cofee, Capital City, JB. Pic: Sis Lin

Menu @ SF Cofee, Capital City, JB

San Francisco Coffee, Capital City, JB

Lokasi:
Ground Floor
(sebelah pintu masuk utama)

Website:

Facebook:

Instagram:

Post a Comment

3 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com