Kenapa Rasa Penat Walau Hanya Duduk Dalam Kereta | Sering terjadi kepada diri saya, rasa penat yang teramat sangat selepas perjalanan jauh walau hanya duduk dalam kereta sebagai penumpang. Bukan sebagai driver tau, tapi penatnya tu masya Allah! Mengalahkan driver!
Saya cuba cari kat internet. Rupanya bukan saya seorang je yang rasa macam tu. Memang ramai lagi rasa benda yang sama. Tak kira lah sama ada hanya menjadi penumpang kereta, bas atau kapal terbang. Menarik penjelasan yang diberikan.
Belek henset je mampu kalau naik train 45 minit. |
Kita akan berasa lelah walau tak buat apa-apa disebabkan tak buat apa-apa tu lah! Haha. Ok, lebih lanjut lagi, semasa kereta bergerak, seluruh tubuh badan kita bekerja keras untuk bergerak bersama-sama dengan arah kereta. Ada belajar inersia dan momentum tak dalam kelas Fizik kat sekolah dulu? Kat sini lah dua konsep tu digunakan.
Walau badan berusaha untuk bergerak ikut ke mana driver kita bawak, dalam masa yang sama seluruh otot tubuh badan kita juga berusaha menahan badan kita daripada ikut pergerakan drastik kenderaan seperti ketika membelok ke kiri atau kanan, berpusing ke sana ke mari, dan juga berhenti mengejut.
Kalau kita berdiri dalam bas pulak, segala otot kita berusaha kuat untuk menyeimbangkan badan agar kita tak terjatuh kesan dari pergerakan bas yang ke kiri dan ke kanan. Berbeza dengan driver, tubuh badannya digunakan setiap masa ketika memandu. Tak lah duduk saja macam penumpang.
Jika kita berjalan jauh sebagai penumpang yang duduk sahaja kat tempat duduk, kita tak mampu untuk relaks dengan baik. Kalau pun kita tertidur, kita tak akan dapat tidur dengan baik. Kita jadi lebih peka dan mudah terjaga. Macam saya lah, kalau tengah tidur dalam bas, boleh terjaga bila bas tu tiba-tiba perlahan. Lagi pulak kita ni trauma dengan macam-macam berita viral pasal bas, nak tidur pun tak tenang oi!
Disebabkan tu lah kita akan rasa penat walau hanya duduk dalam kenderaan bergerak.
Ada saranan bahawa, kalau perjalanan tu singkat, cuba untuk buat aktiviti regangan sambil duduk tu supaya darah kita tak beku kat satu tempat je sebab tak bergerak. At least, bila kita buat senaman kepala, bahu, ramas-ramas jari jemari, gerak-gerakkan ibu jari kaki, darah kita sentiasa mengalir dalam tubuh badan, memberi oksigen secukupnya kepada otak dan organ-organ tubuh yang lain. Mak ai, dah macam kelas Pendidikan Jasmani X Biologi pulak. Hahaha!
Eh betul lah, kalau uols try buat senaman ringan ni, uols akan rasa kurang lesu dan penat berbanding duduk saja.
Cuba lah!
7 Comments
ooh..camtu eh! Insya Allah try amalkan. Memang selalu sakit-sakit badan lepas perjalanan jauh. Bila umur meningkat ni, lagilah terasa.
ReplyDeleteAsalam saya datang dari blog Mia..singgah dan follow U
ReplyDeleteLebih baik penat brgerak dari penat tak bergerak, kan
ReplyDeletekalau akak duduk sebelah driver dah terlebih senaman akak buat.. melayan kerenah anak2 nak itu ini.. memang darah sentiasa bergerak la kalau gitu kan.. haha
ReplyDeleteSebab tu Sis lagi suka memandu dari jd penumpang..
ReplyDeleteHahahaa haritu seharian je duk dalam kete muka ko dah keletihan hahahaha
Perjalanan jauh memang memenatkan badan- pengalaman Rose sendiri. Naik bas dari Batu Pahat ke Sungai Petani yang memakan masa hingga 10 jam. kaki lenguh sebab kita duduk statik sahaja kan..
ReplyDeletesenaman mulut ler nampak gayanya...bercakappp tak benti lahh yang mungkin ain power buat.hahahhaa...
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com