Ticker

6/recent/ticker-posts

Bakpia dari Jogja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pernah makan bakpia? Atau orang cina panggil 'kue pia'. Bakpia ni antara makanan yang popular di Jogjakarta, dijadikan sebagai ole-ole. Masa saya ke Jogja tahun lepas, saya siap bawak balik bakpia ni. Saya ada kongsikan tentangnya di SINI dan SINI. Kuih berinti yang kulitnya terdiri dari dua jenis, kulit lembap dan kulit kering. Rasanya memang sedap dengan inti yang tebal. Saya paling suka inti kacang hijau, yang dipanggil perisa Maju.

Bakpia Kacang Ijo @ Maju

Minggu lepas, jiran sebelah rumah saya ke Jogja melawat adiknya yang belajar kat sana. Dia siap tempah brownies lagi untuk jamu adiknya yang demam dah dua minggu. Sebelum pergi, dia tanya kami dalam group whatsapp, sama ada nak kirim apa-apa dari Jogja sebab begnya kosong bila balik ke Malaysia nanti. Saya pun apa lagi, terus kirim Bakpia Pathok 25 perisa Maju dan Keju. Harganya Rp.45.000 sekotak, ada 15 pcs kat dalam tu. Tak sampai RM15.

Hari Khamis lepas, jiran tu whatsapp bagitahu dia ada datang ke rumah hantar bakpia. Masa tu takde sape kat rumah, Ibah pun mungkin kat atas masa dia datang dan tak dengar kalau dia panggil. Atau mungkin Ibah belum balik. Jadi dia gantung aje kat grill pintu. Bila balik rumah malam tu, saya la orang paling gembira tengok kotak bakpia kat ruang tamu. Wehuuu!

Bakpia Pathok 25

Apa lagi, terus jamah sebiji. Ya Allah, sedapnyaaa. Sama macam tahun lepas, tak berubah rasa dia. Kalau uols nak tahu, bakpia perisa Maju ni macam kuih kasturi tu rasanya. Kan isi dia kacang hijau. Saya memang penggemar kuih kasturi, sebab tu agaknya saya suka sangat perisa bakpia yang ni. Untuk perisa Keju pulak, kulitnya kering dan sedikit rapuh. Saya pun ingat ingat lupa, sama ada memang kulit untuk perisa Keju macam tu aje ke atau ada yang kulit lembap.

Bakpia Maju dan Keju

Beza antara kering dan lembap ni, yang kering boleh tahan sehingga 10 hari. Manakala bagi bakpia berkulit lembap, ia boleh tahan sehingga 4 hari. Kalau uols beli bakpia tu masa panas-panas, pastikan kotaknya tak ditutup rapat untuk elakkan wap panas terkurung dalam kotak bakpia. Nanti lagi cepat rosak kuihnya. Tapi kotak dia memang ada lubang, rasanya kalau tutup pun tak apa. Cuma lambat la wap panas tu nak keluar.

Tanda halal pada kotak Bakpia Pathok 25

Bagi yang musykil nak cari bakpia yang halal lagi baik, jangan risau sebab kat Bakpia Pathok 25 ni, insya'Allah bakpianya halal dan diperakui oleh Majlis Ulama Indonesia. Kalau ke Jogja, jangan lupa cari kedai ni dekat Malioboro, ya!

Terima kasih Aisyah!

Post a Comment

8 Comments

  1. Bakpia ni ada perisa lain x.. sbb tak minat sgt inti kacang.. bakpia ni dh mcm kuih bulan lak rupanya hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada tu kak..kat kotak tu ada senarai perisa nya..perisa premium durian pun ada tau!

      Delete
    2. Hahaa cantekkk... Next time bole cuba!!

      Delete
  2. Replies
    1. Nak buatnya renyah jugak ni kak..macam buat karipap pusing..hahhaha

      Delete
  3. Rasa macam ada nampak kat Bandung. Kalau tak silap dan sama laaa...
    Ingat ingat lupa..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com