Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dua hari lepas, saya ada share tentang topping Salted Caramel untuk brownies dan kek. Hari ni saya nak share tips pulak untuk dapatkan brownies yang berkedut.
Ada satu musim dia, brownies kedut ni sangat popular dan semua orang nak cuba buat. Saya sendiri tak terkecuali. Macam-macam resepi yang saya try. Akhirnya, ada satu resepi dari Facebook yang memuaskan hati.
Brownies Kedut @ Selera Sakura |
Untuk mana-mana resepi pun, tetap ada tips and tricks dia. Kadang-kadang, kita buat kali pertama, tak menjadi. Buat kali kelima baru menjadi. Kadang-kadang, ada resepi yang kita buat kali pertama, dah menjadi. Tiba-tiba kali kelapan, tak menjadi pulak kedutnya hoi! Dah kenapa???
Ini saya kongsikan dari pengalaman saya ya. Mungkin dari pengalaman uols ada yang boleh ditambah, sila-silakan menambah di ruangan komen. Kalau ada yang tak betul dari pengalaman saya, mohon betulkan ya.
Brownies Kedut Johor Bahru @ Selera Sakura |
1. Pastikan coklat yang hendak dicairkan (kalau guna coklat) tidak disimpan di dalam peti ais.
Kadang-kadang orang yang jarang baking, dia ingat coklat kena simpan dalam peti ais. Bila simpan dalam peti ais, dan dikeluarkan untuk dicairkan, coklat akan menghasilkan titisan air daripada proses kondensasi. Titisan air ni akan rosakkan tekstur brownies dan menyebabkan brownies tak nak berkedut.
2. Pastikan butter yang nak digunakan tidak beku.
Butter yang beku akan memberi suhu sejuk kepada coklat yang nak dicairkan bersama. Uols akan mengambil masa yang lama untuk mencairkan kedua-dua bahan ni dengan kaedah double boiler. Bahkan, hasil cairannya akan menjadi tidak licin dan ada ketulan-ketulan kecil yang tidak bersebati sepenuhnya. Biarkan butter lembut sedikit dan mudah untuk dipotong bila nak digunakan.
3. Pastikan semua bahan telah siap sedia ditimbang.
Ya, ini penting sangat kalau uols guna resepi Hani Rosli kat Facebook. Sebabnya, untuk dapatkan adunan brownies yang flowy bila dituang ke dalam loyang (yang juga dah siap dialas awal-awal), semua step tu kena dibuat dengan continuosly tanpa berhenti terlalu lama. Ini untuk memastikan suhu adunan terutamanya cairan coklat tak menyejuk ke suhu bilik. Masa tuang cairan coklat tu, biar suam-suam pun ok. Tak payah tunggu sejuk, nanti adunan dah tak flowy. Dan kalau gaulkan tepung tu, jangan lama sangat. Cukuplah sekadar bergaul rata semuanya.
Brownies Kedut Skudai @ Selera Sakura |
4. Kemaskan baking paper pada dinding loyang.
Tolong ya, kalau nak brownies berbucu cantik dan bersisi lurus, kemaskan baking paper ke dinding loyang. Jangan kedekut guna sisa butter untuk melapik loyang sampai baking paper melekat sepenuhnya. Bila uols biarkan ruang udara antara baking paper dan dinding loyang, brownies akan ikut bentuk tu. Jadi berombak brownies uols nanti. Sakit mata oi.
5. Ikut resepi, jangan derhaka.
Melainkan uols nak yang kurang manis atau brownies tawar, memang tak akan dapat lah kedutnya. Sebab resepi yang dikongsi, sudah tentu dicuba banyak kali oleh pemberi resepi. Jangan kurangkan timbangan gula, sebab gula yang cukup ni lah yang hasilkan lapisan kedut cantik berkilau atas brownies. Tapi kalau memang nak brownies tawar, tak boleh nak buat apa.
6. Biar lambat, asalkan hasil terbaik.
Kalau jenis tak penyabar, mesti nak naikkan suhu oven sebab macam slow sangat aje suhu nak bakar brownies ni. Hahaha! Brownies adalah dessert yang dibakar perlahan pada suhu rendah. Slowly but steadily. Kalau suhu oven terlalu panas, memang tak akan dapat kedutnya. Dapat yang menggerutu dan berlubang-lubang, ada lah.
Brownies Kedut for birthday @ Selera Sakura |
Haa, cukup 6 tu je tipsnya. Kadang-kadang, tanpa sebab yang diketahui pun boleh tak dapat juga kedut brownies tu. Jangan tak tau. Misteri sangat. Hahaha.
Kot-kot uols ada tambahan lain tak, yang saya lupa dan tak tahu?
29 Comments
Teringin nak buat brownies sendiri, tapi xtaulah bila.. Nanti boleh rujuk balik entry ni
ReplyDeletenanti bebila terbuka hati, boleh la buat.hihihi
DeleteAkk tak pnh sekali pun cuba buat brownies ni tapi terima kasih atas tipsnya. Mana tau esok lusa tringin kan
ReplyDeletekannnn...kalo tak buat, dip n dip aje...hahahha
DeleteTak nak buat sndiri. Nak order! Hahahaha
ReplyDeleteoiii..hahhahaha
Deleteonce upon a time viral ni nak kedut2 gini hehe.. CT jenis order je hahaha tau makan =P
ReplyDeletekann..dulu viral teruk nenek kedut ni...
Deletesusah juga ni kalau buat sendiri. patutlah tak buat-buat kan asik beli aje.
ReplyDeletehahahha...
DeleteMashaALLh, sedapp nampakk...saya suka je, kedut ker tak keudtt..hahaha..janji teksturnya tu sedap je bila dimakann~ Ok, nak orderrrrrr dong
ReplyDeletemekasih nona sebab pernah order dulu...hahahhaha...bulan januari baru aku reply kan
Deletesedapnya..rindu nak makan bronis sunah lagi.hehe..anyway terima kasih kongsi tips ni sunah. akak selalu simpan coklat dalam peti.huhu
ReplyDeletesama2 kakkkk
Deletesalam sis nk tye bakar guna api atas bwah ke..tq
ReplyDeleteya...api atas bawah, tray letak tengah2
Deletepatutlah brownies selalu xjadi..rupanya coklat xboleh letak dlm peti..pernh wat brownies 5x..2x jek mnjadinya..selebihnya xbkedut..padahl sy guna step yg sama..
ReplyDeleteTq tipsnya sis..semoga sis dmurahkan rezeki lagi..Aamiin..🤲
Suka makan brownies. Suka juga mengorder. Buat sendiri memang Ruby tak pandai :(
ReplyDeleteAdoiii smpi skrg bt brownies xkedut... tension.... tp dh org order.... blh bgtau suhu yg selayaknya utk si nenek kedut ni... tq
ReplyDeletebakar guna suhu rendah saja ya...jangan panas sangat...ikut resepi dan suhu oven awak, panasnya macam mana..
DeleteSamalah saya pun. Simpan coklat dalam petiais. Sbb saya fikir ia akan cair lau simpan kat luar. So maknanya biarkan kat luar saja eek sis. Patutlah brownies saya jarang berkedut.... Thanks sis sharing de tips
ReplyDeleteKenapa brownies saya tak kedut?
ReplyDelete3x buat, jd kedut 1/4 sj.. Choc kat luar pun tetap x jd. Kena cuba lg letak tengah2 oven sbb saya letak bawah
ReplyDeleteSis admin pakai chocolate compound atau chocolate couverture? Sy pun pernah buat, 1st time je jadi, pastu tak pernah jadi lagi. Harapnya cobaan seterusnya menjadilah dgn tips admin bg ni😁
ReplyDeleteselama ni pakai choc compound aje...
DeleteTq sunah bg tips ni. Baru nak try buat. Hehe. Tak tahu plak tak boleh ubah sukatan. Sbb nk kurangkan manis tu. Haha. OK tak derhaka
ReplyDeleteSis..nk bkar brownies ni oven kena on kipas or off kipas? B4 masuk oven, kena panaskn oven berapa lama & seeloknya suhu berapa?
ReplyDeleteyang ni saya tak sure sebab oven saya tak ada kipas..panaskan oven macam biasa dalam 5 - 10 minit, suhu ikut suhu nak bakar nanti
DeleteTerima kasih sudi share tipsnya😍
ReplyDeleteTerus sy jumpa kenapa brownies sy tak kedut. Padahal sebelum ni buat ok ja..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com