Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni masa delivery Happy Box Selera Sakura, tetiba je teringat zaman masuk UTM 1st year dulu. Zaman budak hingusan setahun jagung orang kata. Macam mana boleh teringat tu, sebab masa delivery tadi, lalu GoodHope Hotel, Skudai.
GoodHope Hotel, Skudai. Pic: Komuniti Blogger Johor Bahru |
Tahun 2006 yang lalu, saya datang ke Johor berdua dengan bapak je. Keluarga kitorang bukan golongan yang berada, datang pulak jauh dari Sarawak. Banyak kosnya kalau nak datang beramai-ramai. Jadi, anak perempuan sulung dalam keluarga ni hanya ditemani bapak saje. Kitorang stay kat GoodHope Hotel tu lah. Masa tu kan mana reti sangat nak bandingkan harga hotel dengan Trivago! Trivago pun belum ada lagi. Hahaha. Mana yang ada dalam senarai hotel sekitar UTM dalam buku manual mahasiswa baru tu je lah saya call satu per satu. Sampai lah akhirnya dapat bilik kat GoodHope Hotel. Hihihi.
Saya ingat lagi lepas pendaftaran kolej tu, saya dapat bilik berdua dengan Farzana kat Kolej Tuanku Canselor. Datang jauh dari Sarawak, memang tak lah nak bawak baldi dan bantal naik kapal terbang kan. Hahaha. Semua benda perkakas bilik ni saya beli kat gerai khas yang dibuka sempena mahasiswa baru masuk. Alhamdulillah, bijak diorang ni berniaga. Mahasiswa macam saya yang datang dari jauh memang sangat perlukan gerai ni. Kat sinilah saya beli tikar, baldi, penyapu, hanger, bantal, dan macam-macam lagi.
Bila da lebih sepuluh tahun berlalu, rasa sebak pulak teringat balik semua ni. Memang banyak sangat yang orang tua kita berhabis untuk kita belajar sampai ke menara gading. Terbayang wajah mamak bapak yang dah semakin berusia. Terimbau kembali saat-saat diorang datang temankan kita masa pendaftaran mahasiswa baru dan kalau yang sambung pengajian ke peringkat lebih jauh, terkenang diorang datang masa kita sambut konvokesyen entah ke berapa kali.
Beb, kalau kau tengah buat PhD atau Master sekarang, dan kau rasa susah sangat perjalanan kau tu, kau rasa tak yakin kau dapat habiskan, kau rasa macam banyak sangat benda yang menghalang, sampai kau hampir-hampir nak putus asa dan nak quit, kau ingat la balik wajah orang tua kau. Ingat la balik, tolong lah.
Benda ni supervisor saya selalu pesan. Tu je cara terakhir untuk kita-kita yang tengah struggle ni, supaya dapat kekuatan untuk terus melangkah.
May Allah ease our journey.
8 Comments
Kenangan tu kena simpan kemas2 salam hati
ReplyDeletekmk first time nait belon sorang2 taun 2007 nak melapor dirik.. xtauk pa2. harap kwn ambik di lcct dlok.. hehe
ReplyDeletealolo... kenangan lama mengusik jiwa...
ReplyDeleteSemoga dipermudahkan segala urusan Sunah & keluarga
ReplyDeleteLama dah tu sunah.. akak habis study utm thn 2006.. sesekali bila masuk utm memang akan teringat zaman belajar kat sana.. mesti cite ngan anak2 tempat ibu blajar kat mana..
ReplyDeletetempat jatuh lagikan dikenang.. ni lagila kan tempat ada macam2 memori tersimpan =)
ReplyDeleteSekilas ku terbaca..
ReplyDeleteKenangan tu memang takkan hilangkan..Lagi kalau ada sesuatu yang boleh ingatkan kita, termasuk macam ko nampak bangunan tu heheheh.
Kalau Sis nak ingat balik zaman sekolah dulu, maleh..sebab terus nampak muka crush hahahahahaha
ada hikmahnya, pengalaman yg lalu mengajar erti berdikari.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com