Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Salted Caramel sebagai topping brownies |
Sepanjang saya berniaga brownies di Skudai, kebanyakan pelanggan saya sangat menggemari topping salted caramel. Saya dan housemates pun semua sukakan topping yang ini berbanding chocolate drizzle dan nutella. Hari ni saya nak kongsikan resepi salted caramel yang saya gunakan sebagai topping brownies. Haaa, meh belajar!
Untuk buat salted caramel, saya gunakan resepi omputih dari Sweetest Menu. Sebelum-sebelumnya, saya ada juga try resepi yang lain tapi kurang memuaskan hati saya. Hinggalah akhirnya saya try yang Jessica Holmes ni share, baru lah saya puas hati dan guna resepinya sampai sekarang.
Fudgy Brownies with Salted Caramel |
Salted caramel versi Jessica ni kena simpan dalam peti ais dan tahan fresh hingga dua minggu. Bila nak guna, keluarkan sejam dua lebih awal sebelum nak deco atas kek atau brownies. Lagi 10 minit nak pakai, rendamkan jar salted caramel dalam air panas yang bercampur sedikit air suhu bilik untuk cairkan salted caramel yang membeku dalam peti ais. Baru lah senang nak cedok dan masukkan dalam piping bag. Nak picit atas brownies pun jadi mudah. Kalau tak rendam, alamatnya sampai malam lerr nko memicit piping bag tu. Hahaha.
Ok jom tengok resepinya!
Saiz: 1 jar Salted Caramel
Resepi: Jessica Holmes
Tempoh Penyediaan: 20 minit
Tempoh Memasak: 15 minit
Bahan-bahan:
300 gram (1 + 1/2 cawan) gula kastor
120 ml (1/2 cawan) air
60 gram (1/4 cawan) unsalted butter, suhu bilik
120 ml (1/2 cawan) thickened or heavy cream, suhu bilik
1 sudu teh garam laut
Hias salted caramel atas kek pun cantik dan menyedapkan |
Cara-cara membuatnya:
- Masak gula bersama air dalam periuk dengan api sederhana. Biarkan gula mencair dan mendidih hingga bertukar kepada warna perang. Ini akan mengambil masa yang lama, jadi bersabarlah ya.
- Tunggu tepi periuk sehingga gula bertukar warna coklat sedikit gelap. Tapi awas, jangan sampai hangus! Kalau hangus, rugi oi 300 gram gula! Boleh buat 2 biji brownies! Hahaha.
- Bila gula da perang, masukkan butter guna whisk, kacau sampai rata. Berhati-hati kalau guna periuk yang kecil, sebab gula akan jadi berbuih dan naik ke atas.
- Alih periuk dari api. Dengan berhati-hati, masukkan cream sedikit demi sedikit sambil menggaul dengan whisk. Awas dengan wap panas ya. Saya suggest gunakan glove untuk lindungi tangan uols.
- Bila da bergaul habis, letak semula atas api tadi. Biar dalam 30 saat, kemudian masukkan garam dan gaul rata dengan whisk. Tutup api dan alihkan periuk.
- Biarkan sejuk dalam 15 - 20 minit sebelum pindahkan ke dalam jar.
Unsalted butter - guna yang pure creamery butter |
Masak gula bersama air hingga gula bertukar warna perang |
Guna api sederhana je tau |
Nak warna salted caramel cantik, tunggu sampai gula bertukar perang gelap camni baru masukkan butter |
Thickened/Heavy/Whipping cream 1 cawan untuk 1 jar salted caramel |
1 sudu teh garam laut - saya pakai aje garam laut campur garam batu pink |
Sejukkan bawah kipas sebelum masukkan dalam jar |
Tips:
- Pastikan butter dan cream yang uols nak guna tu pada suhu bilik. Kalau tak, nanti uols punya salted caramel tu akan jadi hangit pahit.
- Jangan gaul gula dan air yang sedang mendidih, sebab ini akan menyebabkan gula jadi ketulan kat tepi-tepi periuk (crystallize). Kadang-kadang, tak gaul pun tetap akan ada gula yang berketul kat tepi periuk.
- Kalau salted caramel uols ada ketulan gula, tapis je sebelum masukkan ke dalam jar. Biasanya, saya tak tapis pun. Memang jenuh kalau tengah picit atas brownies, ade ketulan gula menyekat lubang piping bag.
- Salted caramel yang ini boleh disimpan dalam peti ais hingga dua minggu. Untuk guna, just panaskan dalam microwave sampai jadi cair semula atau rendam jar dalam air panas.
Extra Salted Caramel on top of Walnut Brownies |
Haa, mesti gembira kan saya dah share resepi salted caramel yang super sedap ni. Tekstur dia memang sangat creamy disebabkan pakai thickened or heavy cream. Kalau nak guna whipping cream pun boleh. Rasa dia tetap sama.
Selamat mencuba!
8 Comments
perghhhhh meleleh air liur tengok..
ReplyDeletenyumm nyumm nyummmm kalau boleh jilat screenn ,,dh lama buat..hahahhaa...
ReplyDeleteWahhh. . Lama akk tak membaking kecuali cheese tart. Garam laut tu cemana Sunah? Sama tak dgn garam yg biasa?
ReplyDeletesea salt ni proses pembuatannya singkat sikit dari garam dapur yang biasa..jadi, mineral dalam garam laut lebih tinggi berbanding garam dapur yang dah lalui banyak proses..orang kata guna sea salt lagi sedap kalau buat cookies..saya kadang2 pakai tukar2 jenis juga..campur aje semua jenis garam tu ikut mood..haha
Deleteya ampun baiknya hati sunah share resepi ni.. baca jelah macam senang.buatnya ntah bila.order dengan sunah je senang kot.
ReplyDeleteJanji Kita
Perghhhh sedapp siottttt sampai jilat skrinnnn
ReplyDeleteSalam. Maaf nak tanya. Kalau kita nak caramel kita tu cair sikit. Kita kena lebih kan apa yaa ?
ReplyDeletesaya tak pasti pula...mungkin bole kurangkan gula atau lebihkan air...atau kurangkan whipping cream
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com