Ticker

6/recent/ticker-posts

Resepi Daging Bakar Cicah Air Asam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Uols dinner apa tadi?

Petang tadi saya bakar baki daging korban hari tu. Teringin pula nak makan daging bakar cicah air asam. Tapi nak daging yang rasa ala Thai, orang kata femes kat Danok tu. Saya pun terus lah google "resepi daging bakar danok". Memang ramai yang share resepinya. Saya pilih yang dekat atas sekali dalam carian google.


Saya tengok bahan-bahan, ada yang ada kat rumah ni. Ada yang tak ada. Ah, buat aje lah ikut mana yang ada. Tak Danok sangat lah kan. Itu pun saya perap kejap aje sebab dah lewat petang sangat. Saya agak sibuk siapkan tempahan brownies dari sebelum Asar lagi. Ikutkan, nak pesan kat housemate, beli makanan kat pasar malam aje. Tapi, bila fikir kita da janji nak buat daging bakar, teruskan aje lahhh. Sekejap pun sekejap lah. Kalau lagi lama perap, mesti lagi sedap kan?

Ok, jom tengok resepi!

Daging Bakar Cicah Air Asam

Bahan-bahan daging bakar:

2 keping daging batang pinang/strip loin/sirloin/rib eye (sebesar tapak tangan lelaki dewasa dan setebal 2cm)*
2 sudu besar sos tiram*
2 sudu besar kicap cair*
1 ulas bawang putih- tumbuk halus*
1 batang serai- dihiris nipis & ditumbuk halus*
1 sudu kecil lada sulah*
2 sudu besar gula perang*
3 sudu besar susu cair*
1 sudu kecil serbuk cili *
Sedikit serbuk perasa*
Sedikit minyak masak
1 ketul arang size kecil
Aluminium foil

Saya tak sure la bahagian daging saya tu bahagian yang mana. Lantak pi lah. Dah lapar ni. Hahaha. Susu cair, serbuk cili, serbuk perasa saya tak letak pun. Saya gantikan serbuk cili dengan serbuk paprika, sebab tu je yang ade kat rumah. Kalo letak oregano kang dah tak Thai dah, jadi Itali pulak ha. Bahagian smoking the meat pun saya tak buat sebab arang takde. Kalau pakai arang tu, mesti rasa smoky-smoky gitu kan, macam kena salai. Lain kali boleh buat gitu.

Daging yang dah siap dibakar, masih juicy dan tidak terlalu kering

Jom tengok cane nak bakar lak!

Cara-cara membakar daging:

  1. Perap daging selama 3-4 jam bersama semua bahan-bahan yang bertanda *.
  2. Simpan daging yang diperap dalam peti sejuk terlebih dahulu (jangan letak bahagian yang beku).
  3. Selepas 3 jam, barakan arang, sambil-sambil itu boleh mula bakar daging atas pan. Saya guna kuali ajaib. Letakkan sedikit minyak dulu dipermukaan kuali. Bakar selama 10 minit sahaja (5 minit setiap bahagian permukaan). Tidak boleh terlebih masak dan gunakan api sederhana besar. Sebab kalau terlebih masak daging akan kering & agak liat. Kalau uols suka medium well cukup setakat 7-8 minit sahaja masa membakar daging tadi.
  4. Setelah daging masak, tutup api.
  5. Untuk yang nak rasa daging tu smoky-smoky, ambil arang yang telah berbara tadi dan letakkan di atas sekeping aluminium foil. Titiskan beberapa titis minyak masak atas arang, ini akan menyebabkan arang mengeluarkan asap yang banyak dan letakkan arang dalam pan daging tadi.
  6. Tutup pan cepat-cepat dengan penutup yang rapat. Proses ini untuk mendapatkan rasa daging seperti dibakar dengan arang dan yang pasti ianya sememangnya menyedapkan lagi rasa daging bakar tu nanti. Biarkan asap menyelimuti daging selama 1-2 minit sahaja ye.
  7. Kemudian boleh angkat daging untuk dipotong & dihidangkan bersama sos pencicah.

Air asam untuk dicicah daging, makan dengan nasi panas-panas..fuhhh!

Untuk resepi air asam pulak, saya belasah aje ikut air asam utagha yang family in law biasa buat.

Bahan-bahan air asam:

1 biji tomato dihiris
1 biji bawang besar dihiris
7 tangkai cili padi
sedikit belacan - dibakar dahulu
sedikit perahan air limau nipis
1 sudu besar asam jawa - dibancuh dengan 1/2 cawan air masak
garam dan gula secukup rasa

Cara membuat air asam:

  1. Tumbuk cili padi bersama belacan yang dah dibakar sekejap hingga lumat.
  2. Gaulkan dengan bahan-bahan yang lain. Jika terlalu pekat, tambahkan sedikit air masak.
  3. Perasakan garam dan gula. Jika ok, boleh lah dihidangkan bersama daging bakar tadi.

Makan dengan nasi panas-panas, alhamdulillah. Lupa diet sekejap. Hahaha!

Post a Comment

9 Comments

  1. awaaaaaa kijammmmm.. awaaaaa.. meleleh air liur saiyaaaa..

    ReplyDelete
  2. Sedap3.
    Apatah lagi kalau dagingnya lembut.

    ReplyDelete
  3. baru ingat nak cuba buat ,, pastu baca perap daging 3-4 jam...hahhahahahaa...teruss gelakk..hahhaha tak pelahh ,, mampu baca je lah resepinya..hahahhahaa...

    ReplyDelete
  4. Akakkkkkkk jahattt ya allahhh sedapnyaaaaa.

    ReplyDelete
  5. Iman kalau dapat lauk ni, air asam tu dibuatnya kuah terus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, memang gitu pun..lagi umpphhh wooo..takde makna nak cicah2..hahahha!

      Delete
  6. sedapnya..sedapnya..sedapnya..sedapnya..sedapnya..sedapnya..sedapnya..
    Janji Kita

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com