Ticker

6/recent/ticker-posts

Nescafe UTM Kini Dibuka di Arked Lestari, Kolej 9, UTM JB

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Ada peminat kopi di sini? Khususnya Nescafe. Sejak menjadi peminat kopi ni, pantang ada kafe baru yang menyediakan minuman kopi, mesti nak cuba. Semalam, housemate saya tiba-tiba ajak ke UTM. Katanya Nescafe bukak kedai di UTM. Ha? Saya salah dengar ke ni?

"Nescafe UTM? Nes--cafe?" tanya saya berulang kali untuk dapatkan kepastian.

"Yee, Nescafe!" Kak Ajan mengiyakan banyak kali juga. Hahaha.

Nescafe UTM, Arked Lestari, Kolej 9, UTM JB

Eh, tak dapat bayangkan lah macam mana rupa kedainya. Katanya Nescafe UTM buat grand opening petang semalam kat Arked Lestari, Kolej 9. Ok, jom kak Ajan, jom Ibah, kita pergi tengok! Nak bagi puas hati sikit, tengok macam mana sebenarnya. Hahaha!

Kiosk Nescafe UTM @ Arked Lestari, K9, UTM JB

Oh, macam ni rupanya. Nescafe UTM bukak satu kiosk khas berdepan dengan Kolej 9, sebelah kiosk Famous Fried Chicken. Sebenarnya diorang da bukak dari semester lepas lagi. Cuma semalam je grand opening nya. Masa kami sampai tu, ada beberapa orang kuat UTM turut berada di sekitar kiosk. Mungkin diorang datang untuk upacara perasmian pukul 5.30 petang. Tapi disebabkan masa tu baru lepas hujan, tak ramai yang datang ke upacara perasmian tu.



Tanpa berlengah lagi, kami pun order kopi yang kami nak sementara orang belum ramai. Kat sini minuman yang disediakan tu adalah daripada sachet nescafe 3 in 1 yang dijual kat pasaraya dan kedai-kedai runcit tu. Kecuali minuman speciality of the day je yang diorang customize. Macam yang Ibah beli semalam, minuman special adalah MyUTM, hasil gabungan dari rasa hazelnut, raspberry dan topped dengan whipped cream. Agak sedap juga kopi MyUTM tu. Crew nya bagitau, minuman special ni akan ditukar dari masa ke semasa.

Senarai minuman kopi @ Nescafe UTM, Arked Lestari, K9, UTM JB

Saya dan kak Ajan order frappe, yang mana frappe ni terdiri daripada 3 level, low, standard dan high. Level ni menunjukkan tahap rich kopi tu takat mana. Daripada paling ringan rasa kopinya kepada paling kaww. Saya pilih yang standard, kak Ajan pulak ambil yang high. Nice dan tak terlalu manis. Oh, kat Nescafe UTM, diorang akan bagi reward card untuk first time customer. Lepas-lepas ni, kalau order kopi, boleh lah kumpul stamp untuk redeem special gift.

Sempena opening promo, dapat dua stamps semalam @ Nescafe UTM, Arked Lestari, K9, UTM JB

Crew yang mengendalikan Nescafe UTM ni adalah dari kalangan mahasiswa undergraduate di UTM, dan ada juga yang dah habis master. Bila tanya macam mana diorang bahagi masa antara kuliah dan berniaga, crewnya - Alia berkongsi bahawa diorang ada jadual shift masing-masing dan diorang tengah dalam usaha untuk dapatkan permanent staff. Moga dipermudahkan urusan uols dik, belajar sambil berniaga, bukan suatu perkara yang mudah. Kena bijak menyeimbangkan antara keduanya supaya boleh berjaya dalam kedua-dua bidang tu.

Crew dari kalangan adik-adik undergraduate @ Nescafe UTM, Arked Lestari, K9, UTM JB

Alia menyediakan kopi untuk pelanggan @ Nescafe UTM, Arked Lestari, K9, UTM JB

Muka gembira dapat kopi sedap @ Nescafe UTM, Arked Lestari, K9, UTM JB

Bila da dapat kopi masing-masing, kami pun terus dinner kat arked tu aje. Ibah yang balik dari kursus kat Kulai, tapaukan Nasi Lemak Wak Kentut. Ui, sedap jugak sambal dia. Nasi nya pun berasa lemaknya. Boleh repeat lagi.

Dinner @ Arked Lestari, K9, UTM JB
Alhamdulillah, dapat jugak rasa nasi lemak viral tu. Thanks Ibah!

Ok, uols yang nak try kopi pada harga berpatutan di Nescafe UTM, boleh lah singgah ke kiosknya di Arked Lestari K9 ya!


Nescafe UTM
(bersebelahan Famous Fried Chicken)

Lokasi:
Arked Lestari, Kolej 9, UTM JB

Waktu perniagaan:
7.30 am - 8.00 pm

Instagram:

Facebook:

Post a Comment

6 Comments

  1. Pelik juak nama nasik lemak ya.. haha

    ReplyDelete
  2. Ya Allah Sunah oii, sedapnyaaa..
    Sis dah le peminat tegar Nescafe, nasiblah jauh, kalau dekat dah ku loncat ke sana hehehe

    ReplyDelete
  3. tahun ni baru akak pandai minum nescafe hahaha

    ReplyDelete
  4. sedapnya nampak.. Rose memang penggemar nescafe tau!

    ReplyDelete
  5. Nasi Lemak Wak Kentut ni memang lejen betul. Tapi Aien belom ada kesempatan lagi nak cuba.. Akred Kolej 9 yek? Nescafe. Okay. Set. Gaji t pegi. haha

    ReplyDelete
  6. uishhhhhh ni kalo utm sebelah pasir gudang , habis sis lin jadi customer tetapp..hahahaha...

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com