Ticker

6/recent/ticker-posts

Jepun Dilanda Taufan Jebi, Kansai Airport Terpaksa Ditutup

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Allahu. Pada mulanya saya baca status seorang junior kolej yang baru sahaja mendarat di airport Haneda, Tokyo malam tadi. Alhamdulillah, dah selamat dia sampai ke sana. Tapi rupa-rupanya flightnya dipindahkan dari mendarat di airport Kansai ke airport Haneda akibat taufan Jebi dah menyerang wilayah Tokushima.

Ombak besar memecahkan tembok kawasan memancing di wilayah Kochi, akibat Taufan Jebi semalam. Pic: Japan Times

Taufan Jebi merupakan taufan paling dahsyat yang melanda Jepun dalam masa 25 tahun. Dalam ribut taufan yang berlaku sejak siang hari semalam, sekurang-kurangnya 7 orang terbunuh dan lebih 200 orang tercedera. Taufan tersebut menjejaskan sistem pengangkutan, merosakkan jambatan ke airport Kansai dan menyebabkan pihak berkenaan untuk mengeluarkan perintah evakuasi dengan kadar segera di kawasan terbabit.

Kereta terbalik di jalan raya akibat Taufan Jebi semalam. Pic: Japan Insides

Sehingga jam 10 malam tadi, dalam 5000 orang terkandas di airport Kansai selepas sebuah kapal tangki melanggar jambatan yang menghubung airport tu ke tanah besar. Mereka yang terkandas akan dipindahkan ke tanah besar melalui jalan yang tak terjejas. Perkhidmatan keretapi sepanjang jambatan tu pun dihentikan buat sementara waktu demi keselamatan semua.

Kapal tangki merosakkan sebahagian jambatan ke Kansai airport kesan dari Taufan Jebi semalam. Pic: Japan Times

Kalau uols baca pengalaman saya ke Osaka tahun lepas, saya ada ceritakan airport Kansai ni dibina atas pulau buatan yang terpisah dari tanah besar. Jadi, sekeliling airport ni memang laut semata-mata. Akibat dari taufan Jebi, airport ni dah banjir dinaiki air dan akan ditutup sehingga seawal-awalnya, petang ni.



Bekalan elektrik juga terputus di lebih kurang 1.61 million buah rumah sekitar Fukui, Shiga, Kyoto, Osaka, Hyogo, Nara dan wilayah Wakayama, ditambah pula dengan 95,000 rumah di daerah Shikoku. Perkhidmatan keretapi di kebanyakan wilayah sekitar Kansai juga terpaksa dihentikan buat sementara waktu. Nippon Airways jugak batalkan beratu-ratus penerbangan tempatan dan antarabangsa, menjejaskan sejumlah 57,000 penumpang.


Masya Allah. Ujian besar buat negara Jepun masa ni. Sama-sama kita doakan semoga keadaan cuaca kembali pulih dan segala kemudahan fasiliti kat sana dapat diperbaiki dalam masa yang singkat. Insya'Allah.

Untuk live update boleh ke Japan Times.

Post a Comment

4 Comments

  1. ujian kita bersama.moga tidak berlaku bencana lebih dasyat.bersamalah kita doakan kesejahteraan mereka.

    ReplyDelete
  2. Allahu Akbar! Semoga ada rahmat di sebalik musibah

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com