Ticker

6/recent/ticker-posts

Jamu Selera Dengan Cantonese Cuisine Buffet Dinner @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar semua? Ada peminat chinese food kat sini? Meh nak ajak jamu selera anak tekak uols dengan cantonese cuisine. Bermula 1 Oktober ni, hotel DoubleTree by Hilton, Johor Bahru akan menawarkan hidangan Cantonese Cuisine Buffet Dinner selama sebulan di restoran Makan Kitchen.

Seperti yang kita sedia maklum, masakan cina terkenal dengan kaedah kukus, rebus dan panggang. Sedikit sahaja makanannya yang dalam kategori goreng. Penggunaan minyak dalam makanan juga tidak berlebihan. Disebabkan tu, makanan cina ni dikira sebagai makanan yang sihat. Tengok la aunty dan uncle yang dah berusia kat luar tu, ramai yang masih mampu keluar berekreasi setiap pagi walaupun dah berumur. Penting tau menjaga pemakanan kita terutama bila umur dan mencecah 40 tahun. Sebelum 40 tahun, kena la berjinak-jinak dah dengan makanan yang sihat dan seimbang.

Chef Phung Theam Kee @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Untuk hidangan cantonese cuisine bermula bulan Oktober ni, restoran Makan Kitchen akan diketuai oleh Chef Phung Theam Kee bagi memikul tanggungjawab memasak dan mempromosikan masakan cina ni. Menurut Chef Phung, semua masakan yang disediakan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dari segi rasa, bahan, rempah dan cara masakannya. Bagi yang belum pernah merasai daging itik yang manis-manis rasanya, boleh lah mencubanya di sini. Paling menarik yang wajib dicuba adalah Peking Duck with Condiments, daging itik yang dibalut dalam kulit popiah bersama hirisan timun, bawang besar dan sos kicap manis. Memang sedap!

Ok, jom tengok apa lagi menu yang ditawarkan dalam hidangan cantonese cuisine ni!

Roasted Duck @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Seafood Fried Rice with X.O Sauce @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Beef Brisket Noodle @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

BBQ Chicken & Steamed Chicken @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Braised Crab Meat Soup with Fish Maw @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Double Boiled Herbal Chicken Soup @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Steamed Prawn with Fried Garlic and Vermicelli @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Steamed Grouper Fish with Fungus and Beancurd Skin @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Stir Fried Scallop with Asparagus @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Stir Fried Sliced Beef with Black Bean Sauce @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Aneka roti dan dim sum @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Aneka pencuci mulut @ Makan Kitchen, DoubleTree by Hilton, JB

Nampak menyelerakan tak? Haaa, apa lagi! Buat tempahan sekarang!

Tarikh Promosi:
1 - 31 Oktober 2018

Waktu Perniagaan:
Isnin - Khamis • 6:00 pm - 10:00 pm
Ahad • 6:30 pm - 10:30 pm

Harga:
RM108 dewasa | RM54 kanak-kanak

Lokasi:
Makan Kitchen
DoubleTree by Hilton, Johor Bahru
12 Jalan Ngee Heng, Johor Bahru, Johor 80000 Malaysia.

Post a Comment

2 Comments

  1. soupp diaaa sedapppppppp masaa hirupp tuhhh perghhhhh tambah dua kaliii , nasi gorengg tuh makan dengan itikk diaaa alahaii sedapnyaaa....

    ReplyDelete
  2. Tersedap dan sangat sedap..Makan Kitchen memang tak pernah mengecewakan tekak asian hehehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com