Ticker

6/recent/ticker-posts

Ada PhD Belum Tentu Dapat Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


2 September 2018 - Di India, 3,700 pemegang PhD memohon pekerjaan sebagai ‘messenger’ (seperti postman), di mana kriteria pekerja yang diperlukan hanyalah kebolehan membawa basikal.

Di Malaysia, tak kurang juga pemegang PhD yang masih belum mendapat peluang pekerjaan setelah 2 tahun menamatkan pengajian.

Situasi ini lebih ketara bagi yang menyambung pengajian secara terus (degree - master - PhD/degree-PhD), apabila industri memerlukan mereka yang mempunyai pengalaman kerja. Bahkan, dapat dilihat trend kriteria bagi pensyarah juga ditetapkan wajib mempunyai pengalaman industri atau sekiranya dalam bidang kejuruteraan, mempunyai title Ir. (professional engineer).

Walaupun PhD dilihat sebagai sesuatu yang sangat dibanggakan, persiapkan dulu apa tujuan anda menyambung pengajian kerana PhD bukan tiket yang menjanjikan anda peluang kerjaya apabila anda tamat pengajian kelak.

- Umi Kalsom Yusof @ Facebook

Untuk yang berniat menyambung pelajaran, hadam dulu dua perenggan terakhir tu. Fikir masak-masak, sebab sekarang ni zaman pemegang Master dan PhD bersepah-sepah. Company memang akan utamakan yang ada pengalaman kerja. Kalau sambil bekerja, sambil belajar, itu satu bonus. Kalau masa tengah habiskan Master dan PhD stage terakhir, dapat peluang kerja, juga satu bonus. Grab aje dan bincang baik-baik dengan supervisor. Dapat supervisor yang cool, insya'Allah akan dapat skrol dan dapat kerja yang baik sekaligus.

Saya ni tengah risau juga, sebab bila da habis nanti, belum tentu saya akan dapat peluang kerja. Tapi, still kita kena usaha kan?

Jadi Dr. Baker aje lah, boleh?

Post a Comment

10 Comments

  1. insha Allah ada rezeki untuk sunah.. Dr. Baker pun ok what.. tak semua orang ada pendidikan tinggi beserta bakat memasak macam sunah.. mana tahu satu hari nanti Dr. Sunah buka bakery & cafe sendiri.. go sunnah go!!

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah, rezeki tu Allah yg tentukan tinggal lagi kita sahaja yg perlu berusaha

    ReplyDelete
  3. yang penting jangan puutus asa, peluang kerja banyak cuma mahu aatau tak je

    ReplyDelete
  4. InsyaAllah ada rezeki untuk sunah tu nanti.. yg penting kita usaha.. jadi Dr baker pun boleh yg penting memang minat kan..

    ReplyDelete
  5. kesian ngga yg belajar tinggi2 tp blm dpt kja.

    ReplyDelete
  6. Rezeki itu hak allah swt. Sila lah dtg ke blog sy https://akuman85.blogspot.com

    ReplyDelete
  7. Insha Allah ada rezeki sunah, aamiin.

    Menuntut ilmu itu sendiri adalah jihad. Don't worry, He is the best planner. Kita buat part kita, insha Allah rezeki tu akan datang.

    ReplyDelete
  8. Sunah bukan dah jadi UTC ke skg. Ok la tu Dr. UTC

    ReplyDelete
  9. in sha Allah..usaha tangga kejayaan. dr.baker pun dah kira terer la tu.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  10. All the best to you !!! Hehehe....

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com