Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ye ye. Da lama habis raya. Tahu. Tapi saya nak share juga program yang menarik ni. Hari last Syawal yang lepas,
JDT Blogger mendapat jemputan untuk ke program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri di The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru.
|
Program CSR dan Jamuan Hari Raya Aidilfitri @ The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru |
Program ini bertujuan untuk meraikan anak-anak yatim daripada beberapa buah rumah kebajikan di sekitar Johor Bahru. Majlis bermula pada pukul 3 petang hingga pukul 5 petang, 13 Julai 2018. Antara rumah kebajikan yang terlibat adalah:
- Rumah Raudhatul Maryam.
- Pertubuhan Kebajikan Shafar.
- Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah.
- Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria.
- Pusat Jagaan Kasih Setanggi.
|
Sumbangan diberikan kepada lima buah rumah kebajikan sekitar Johor Bahru. Kredit gambar: Sis Lin |
Pada majlis tersebut, anak-anak dari rumah-rumah kebajikan ini diraikan dengan jamuan hari raya, diberikan sumbangan duit raya dan beg sekolah, malah mendapat peluang untuk membuat persembahan kepada para tetamu yang hadir.
|
Comel kan anak-anak ni? |
Seronok betul mereka dapat menyambut hari raya beramai-ramai. Kita pun rasa meriah majlis dengan kehadiran dan keriuhan anak-anak ni. Walaupun ramaiiii sampai penuh dewan, tapi diorang sangat behave dan mendengar kata hasil didikan penjaga-penjaga mereka. Nak keluar ambil makanan ikut kumpulan, nak balik pun berbaris dalam kumpulan.
|
Pasta kuah Carbonara dan Bolognese ni sangat sedap! @ The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru |
|
Antara menu yang dihidangkan @ The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru |
|
Stall Sosej dan Nugget memang menjadi tumpuan anak-anak ni @ The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru |
|
Anak-anak dari Rumah Raudhatul Maryam @ The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru |
|
Anak-anak dari Pertubuhan Kebajikan Baitul Maghfirah @ The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru |
|
Anak-anak dari Persatuan Kebajikan Mesra Megah Ria @ The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru |
Alhamdulillah, semoga usaha yang baik seperti ini berterusan dan diikuti oleh ramai pihak. Anak-anak yang memerlukan ini juga punya hak untuk rasa bahagia seperti rakan-rakan mereka yang lain, bukan sahaja pada musim perayaan, tetapi setiap detik dalam hidup mereka, setuju tak?
Moga-moga Allah murahkan rezeki anak-anak ini dan juga rezeki pihak-pihak yang menghulurkan bantuan kepada mereka. Ameen ameen.
|
Antara media dan blogger yang hadir, bersama Cik Sumitha dari The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru (berbaju hijau) |
Terima kasih The Puteri Pacific Hotel, Johor Bahru.
3 Comments
Alhamdulillah dapat raikan anak2 yatim ini suatu perkara yang sgt2 mulia, teringin juga nak sertai aktiviti begini. :)
ReplyDeleteAlhamdulilah, sama-sama kita dapat raikannya kan...
ReplyDeletemeriah. best ngga biak molah persembahan hehe. kiut..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com