Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Haa, tiba lah masa saya kongsikan pengalaman terbaik saya di salah satu taman tema air yang saya pergi baru-baru ni. Beberapa hari lepas kan saya ada share tentang bermain Flying Fox buat kali pertama di Active Academy BGRC dan diusik khinzir liar Afrika di Taman Safari BGRC. Kali ni, saya nak ceritakan pula pengalaman saya di Taman Tema Air Bukit Gambang atau dalam bahasa omputihnya Bukit Gambang Water Park.
Stay cool, get wet @ Bukit Gambang Water Park |
Bukit Gambang Water Park (BGWP) merupakan tarikan utama Bukit Gambang Resort City. Dibina khas untuk memanfaatkan kawasan berbukit semulajadi, BGWP terletak dalam hutan sekunder berkeluasan 46 ekar. Pada tahun 2011, Malaysian Association of Amusement Theme Park & Family Attractions (MAATFA) telah menganugerahkan BGWP sebagai Taman Tema Air Besar Terbaik.
Saya dan ahli-ahli JDT Blogger yang lain ke BGWP ni pada hari pertama, selepas Zohor dalam pukul 2 petang macam tu. Dari tempat penginapan, kami menaiki trem resort ke BGWP. Tak jauh pun, dalam tak sampai lima minit perjalanan. Disebabkan kami pergi pada hari biasa (weekdays), BGWP agak lengang. Rasa macam taman tema air tu kami yang punya. Hahaha.
Untuk masuk ke BGWP, kena pakai wristband khas. Wristband ni tak boleh ditukar ganti, tak boleh ditebus semula, dan hanya valid digunakan pada tarikh yang tertera padanya. Kira macam tiket masuk ke water park la. Untuk dapatkan wristband ni, boleh ke kaunter depan BGWP tu aje.
Kaunter Tiket @ Bukit Gambang Water Park |
Bila dah dapat wristband, boleh lah uols mula berfoya-foya. Woha!
Eh, kejap. Belum boleh lagi!
Untuk masuk ke BGWP, uols kena scan wristband kat entrance. Sebelum scan, beg yang uols nak bawak masuk BGWP akan diperiksa oleh staff kat situ. Sebabnya, no outside food & beverage allowed in the park, ya! Take note benda ni. Dan BGWP adalah taman dilarang merokok.
Pemeriksaan beg di entrance @ Bukit Gambang Water Park |
Bila dah setel semua pemeriksaan, dah boleh masuk ke taman. BGWP adalah taman yang mengamalkan cashless system sepenuhnya. Hah, macam mana nak beli jajan bila dah penat mandi? Kahhh. Uols boleh masukkan wang tunai ke dalam wristband di kaunter E-Value Topup. Kalau tak habis pakai duit dalam wristband tu, jangan risau sebab ia akan dipulangkan masa uols nak balik nanti.
Isi duit ke dalam wristband kat sini @ Bukit Gambang Water Park |
Kat kaunter utama dalam BGWP ni juga uols boleh sewa pelampung, loker, jaket keselamatan kanak-kanak, tuala, bola tampar pantai dan cabana. Semuanya untuk memudahkan pengunjung yang datang, terutamanya yang bersama anak-anak dan keluarga.
Untuk disewa @ Bukit Gambang Water Park |
Kitorang hari tu duduk cabana dekat sungai. Tak jauh dari Penguin Island. Hah? Penguin Island tu ape? Haaa. Meh nak cerita. Kat BGWP ni ada beberapa tarikan utama yang unik, kebanyakannya adalah yang pertama di Malaysia. Antara tarikan tersebut ialah:
1. Penguin Island
Penguin Island |
Taman permainan air khas untuk kanak-kanak, dipanggil Aqua Play, yang pertama sekali di Malaysia, ada di Penguin Island. Rupa dia pun macam playground kat taman-taman perumahan tu, bezanya aqua play ni terletak dalam kolam air. Benda paling mengujakan kat aqua play ni adalah tangki air berbentuk ikan yang menganga mulut nun kat atasnya. Air akan diisi secara berulang-ulang kat dalam tangki tu sampai la tangki tu terpusing sendiri, ikan pun memuntahkan segala air dalam perutnya ke bawah. Haa, uols duduk la kat bawah tu ya tunggu air tangki ikan penuh. Nantikan hempasan air tu, ada tiga buah tangki. Tangki paling besar tu, hempasan dia mampu menelungkupkan uols ke dasar kolam. Jangan tak percaya!
Aqua Play @ Bukit Gambang Water Park. Kredit gambar: Kak Dilah |
2. Family Raft Ride Terpanjang
Family Raft Ride @ Bukit Gambang Water Park. Kredit gambar: Ticket2U |
Saya tak sangka, saya naik benda ni bersama blogger Sis Lin dan Kak Juju. Sebelum ni saya pernah ke taman tema air yang lain, tapi tak pernah naik mana-mana pelampung atau gelongsor air. Ini lah kali pertama saya bermain dengan pelampung di water park. Dapat pulak naik gelongsor terpanjang. Adumakkkk. Pelampung yang disediakan untuk family raft ride adalah pelampung besar yang boleh memuatkan sehingga enam orang. Kitorang naik bertiga. Ingatkan biasa-biasa aje. Bila da start menggelongsor, kami semua menjerit bagai nak bergegar water park tu. Beb, jujur saya cakap, air mata saya hampir mengalir. Sebab apa tak tau. Takut kot? Mana taknya, rasa nak terbalik aje pelampung yang kitorang duduk tu, tapi tak terbalik pulak sampai la ke bawah. Hahaha.
3. 6 Lanes Racer Terpanjang
6 Lanes Racer @ Bukit Gambang Water Park. Kredit gambar: Kak Dilah |
Ini adalah gelongsor untuk orang yang berani mati. Hahaha! Saya tak naik yang ni sebab masa tunggu turn nak naik slide pelampung berdua dengan Sis Lin (yang saya rasa nak mati jugak), kami tengok dulu pengunjung yang main dekat 6 Lanes Racer ni. Uols akan turun dari atas ke bawah dengan meniarap atas alas khas untuk gelongsor ni. Aduuu, tak sangup mak, nokss. Kalau uols nak try, uols memang berani! Saya salute!
4. Crystal & Galaxy Slide
Double Tube yang ni la saya dan Sis Lin bawak naik ke puncak Crystal Slide. Kredit gambar: Sis Lin |
Yang ni saya naik Crystal Slide berdua dengan Sis Lin. Duduk dalam double tube, kemudian staff dia akan tolak dari atas. Ya Allah. Taubat tak nak naik dah. Hahaha! Menjerit-jerit macam apa sepanjang gelongsor tu. Laju kemain turunnya sampai ada satu tahap tu, pelampung menghentak lantai gelongsor sampai terasa punggung kita kat dasar gelongsor tu. Serammmmz. Hahahaha!!!!
5. Coco Beach, Kolam Ombak Terbesar dengan 8 Jenis Ombak
Coco Beach @ Bukit Gambang Water Park. Kredit gambar: Sis Lin |
Menariknya, Coco Beach ni macam tepian pantai yang sebenar. Siap ada pasir lagi kalau budak-budak nak konon-konon buat istana pasir. Air kolamnya beralun dan berombak macam air laut sebenar. Siap ada jadual waktu ombak lagi. Paling best adalah ombak tsunami pukul 4.45 petang. Saya membayangkan tsunami yang naik tinggi tu. Rupanya tak. Kemain tinggi imaginasi seorang Sunah. Hahaha.
6. Lazy River Berombak
Turbulent Lazy River @ Bukit Gambang Water Park |
Yang ni uols boleh start dari sebelah Penguin Island aje. Naik pelampung menyusuri Ice-Glacier River. Saya pergi dengan Kak Dilah. Saya ingatkan pelampung akan berjalan sendiri ditolak ombak air sungai. Rupanya tak. Disebabkan saya dah duduk dalam pelampung dan susah nak keluar (dan tak pandai berenang), Kak Dilah lah yang menolak pelampung dari awal sampai habis. Adoi. Hahaha. Bila tiba time ombak nak start, siren akan berbunyi. Kak Dilah try juga naik atas pelampung, tapi tak ada gunanya sebab pelampung statik aje di tempatnya walaupun air sungai beralun kuat. Langsung tak hanyut pun. Berat sangat ke kitorang ni? Bahahaha.
7. Kids Splash Pool
Kids Splash Pool @ Bukit Gambang Water Park |
Haa, tempat ni memang jadi tumpuan anak-anak ahli JDT Blogger. Seronok betul diorang main kat sini sampai lencun. Dengan mak pak budak pun main sekali dalam pool ni. Termasuk lah saya yang bukan mak pak ni. Hahaha. Pool ni dekat aje dengan cabana kitorang. Jadi, mak bapak lebih rasa terjamin tengok anak-anak main air depan mata. Life Guard pun ada ya di banyak tempat. Jangan risau dengan keselematan anak-anak sepanjang kat BGWP ni.
8. Kids Slide
Kids Slide@ Bukit Gambang Water Park |
Ni tempat anak-anak pulak nak menggelongsor. Takkan mak pak aje yang boleh menggelongsor kan? Anak-anak pun nak jugak. Yang mak pak pulak janganlah mengada nak naik gelongsor kat sini. Kang kena sound dengan Life Guard, mana nak letak muka. Kahhh!
9. Adult Leisure Pool
Adult Leisure Pool @ Bukit Gambang Water Park. Kredit gambar: Kak Seri |
Kolam ni dalam dan kosong tanpa permainan apa-apa. Just untuk orang dewasa rilek-rilek aje sambil tunggu anak-anak habis mandi. Hahaha. Tapi budak-budak pun boleh mandi dalam ni kalau cukup ketinggiannya. Memang tak dalam pun sebenarnya. Si Mia tu pun boleh acah-acah berenang dalam ni. Kikiki.
10. Pizza Time
Pizza Time @ Bukit Gambang Water Park |
Ui, dah mandi macam apa, mestilah perut lapar kan? Restoran Pizza Time ni memang saje je duduk tengah-tengah water park sebab nak kasi kita bau pizza dia. Arghhh! Terpaksa lah order beberapa kotak sebab bau sedap sangat bila lalu sebelah restoran dia. Diorang hantar pizza yang dah siap ke cabana. Ha, melahap la uols kat cabana tu sampai rasa tak cukup, nak order lagi, silakan. RM18 aje sekotak, ada macam-macam perisa. Duit kat wristband kan berpuluh ribu, apa ada hal. Kahhhh!
Sejuk-sejuk lepas mandi manda tu, boleh lah minum white coffee pulak dekat Pizza Time sebelum balik. Uols patut try ayam gunting dia, memang sedap dan berbaloi-baloi dengan harga yang berpatutan!
White Coffee & Ayam Gunting @ Pizza Time, Bukit Gambang Water Park |
Okay! Cukup lah sebelas tu aje dulu. Selebihnya tak cukup jari nak taip. Banyak sangat sebenarnya benda yang ada di BGWP ni. Kalau nak cerita sampai habis, takut bulan depan baru siap entri ni. Ehhh! Kat sini, ada juga kawasan untuk acara korporat, dengan telematch pool, garden terrace dan lake view terrace. Kalau uols nak tunaikan solat pun, surau ada disediakan kat dalam water park.
Surau @ Bukit Gambang Water Park |
Haa, boleh lah mandi puas-puas sampai water park bagi announcement nak tutup. Hahaha. Tapi serius, memang best sangat pengalaman kat sini. Insya'Allah ada rezeki nanti nak datang dengan keluarga pula!
Sebelum balik, kitorang pulangkan segala pelampung yang disewa, kemudian sewa tuala untuk bersihkan diri di bilik air yang disediakan. Disebabkan tak ramai orang, boleh lah ambik bilik air tu seorang satu. Kalau ramai, memang kena menunggu giliran oi.
Haa, dahh nak cuti sekolah ni. Nak bawak family bercuti ke mana? Jom la ke Bukit Gambang Resort City! Boleh bermandi-manda dekat Bukit Gambang Water Park!
Bukit Gambang Resort City
26300 Gambang, Kuantan, Pahang
Tel: +609-5488000 ext. 8400
Hotline: 016-9884768
Fax: +609-5486288
Email: waterpark@bgrc.com.my
Facebook:
Instagram:
Waktu Operasi:
Isnin, Rabu, Khamis 11 am - 6 pm
Jumaat - Ahad 9.30 am - 6.30 pm
Cuti Umum dan Cuti Sekolah 9.30 am - 6.30 pm
Selasa TUTUP
(kecuali Cuti Umum dan Cuti Sekolah Malaysia)
Harga Tiket dengan 0% GST:
Dewasa 13 tahun ke atas: RM 33.00
Kanak-kanak / Warga Emas: RM 23.00
Kanak-kanak tinggi melebihi 90 cm sehingga 12 tahun
Warga Emas 60 tahun ke atas
Kanak-kanak tinggi bawah 90 cm masuk PERCUMA
Tiket Kombo ( Taman Safari + Taman Tema Air )
Dewasa: RM 88.00
Kanak-kanak / Warga Emas: RM 58.00
8 Comments
harga agak reasonable.berbaloi ke sini sebab penat berhari-hari tak hilang.
ReplyDeletesyoknya.. nanti nak bawa the ilhams ke sana lagi..
ReplyDeletememang rasa nak tercabut jantung main 6 lane racer tu sunnah.. tobat tu le sekali naik.. haha.. tp yg kat Lazy River tu memang lawak la.. sampai sudah akak tolak tube tu.. kalau malas nak tolak memang boleh duduk tido je kat river tu kan.. haha
ReplyDeleteteringat-ingat pizza lembut dia tu..sampai licin kite makan ye.hehehe
ReplyDeletemak aih, sempat makan ayam gunting
ReplyDeletemcm best. ada masa boleh g cya klk :)
ReplyDeleteAssalamualaikum sunah.. Nak tanya la.. Cabana yang dekat kids splash pool tu kira cabana di penguin island la ye?
ReplyDeletewaalaikumussalam hana...ya, betul!
DeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com