Ticker

6/recent/ticker-posts

MCM London Musical Circus Kini Dibuka di Capital City, Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sarkas, siapa pernah pergi?

Saya kali pertama pergi ke sarkas semalam. Yang menariknya, sarkas yang saya pergi tu langsung tak melibatkan haiwan, tetapi hanya melibatkan pakar-pakar sarkas professional dari serata dunia. Uik, sarkas apa tu?

MCM London Musical Circus @ Capital City, JB. Kredit gambar: Sis Lin

MCM London Musical Circus - sarkas muzikal secara tertutup pertama di Malaysia kini dibuka di Capital City Mall, Tampoi, Johor Bahru. Apa kelainan yang dibawa oleh MCM London Musical Circus berbanding sarkas biasa?


  • MCM London Musical Circus ialah sarkas muzikal yang menggabungkan aksi stunt bertenaga, kemahiran sarkas tradisional, muzik dan tarian yang terbaik, menjadi satu kisah dramatik.
  • Kemudahan teater secara lansung dan hiburan secara tertutup terbaru di Capital City.
  • Matlamat untuk membawa magis dan fantasi dunia sarkas ke pasaran semasa pada harga yang berpatutan.
  • MCM London Musical Circus membawa konsep "The Greatest Showman" - filem blockbuster Hollywood secara lansung di Malaysia.


Haa, menarik kan?

Capitcal City, Tampoi, Johor Bahru (berdekatan Warehouse, JB). Kredit gambar: Sis Lin

Bersempena dengan ulangtahun ke-250 pertunjukan sarkas dunia, pusat hiburan dan taman tema yang bakal dibuka sepenuhnya kepada orang ramai pada tahun hadapan, Capital City Mall, yang terletak di Tampoi, Johor Bahru, memperkenalkan sarkas muzikal pertama di Malaysia - MCM London Musical Circus (di bawah naungan MCM Studio).

Pertunjukan perdana MCM London Musical Circus pada 18 Ogos 2018 telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Johor Bahru, Tuan Haji Amran bin A. Rahman, Pegawai Kewangan Negeri, YB Dato' Haji A. Rahim bin Haji Nin, Pegawai Daerah Johor Bahru, Tuan Haji Mohammed Ridha bin Dato' Haji Abd Kadir, serta disaksikan oleh ramai lagi pegawai kerajaan, rakan kongsi, wakil media dan para jemputan.

Orang-orang kenamaan yang hadir pada sesi petang kelmarin @ Capital City, JB

Dengan pengalaman lebih 50 tahun dalam mencipta pertunjukan hebat di Eropah dan Asia Tenggara, para penerbit dari MCM Studio Entertainment Group Sdn. Bhd. dan Big Kid Entertainment Group membawa pelbagai konsep yang mengujakan dan mengagumkan, khas untuk persembahan sarkas muzikal di Johor Bahru. Professional sarkas antarabangsa yang terlibat dalam persembahan adalah daripada UK, Russia, Chile, Venezuela, Mexico, Bulgaria dan USA.

Persembahan-persembahan memukau dari artis sarkas professional antarabangsa @ Capital City, JB

Encik Kiril Kirilov, Pengarah Urusan Big Kid Entertainments berkata, "The Greatest Showman menawarkan pengalaman hiburan fantasi terbaru untuk segenap usia dan kami sangat mengalu-alukan semua untuk berkunjung ke sarkas muzikal di Capital City."

Encik Siow Chien Fu, Pengarah Eksekutif dan CEO kepada Capital World Limited Group yang membangunkan Capital City berkata, "Pergi ke sarkas adalah fantasi setiap kanak-kanak, termasuk saya semasa kecil. Kami telah meletakkan harga tiket yang berpatutan supaya semua kanak-kanak boleh merasai pengalaman ke sarkas muzikal bertaraf dunia. Pembukaan sarkas muzikal secara tertutup yang pertama di Malaysia ini diharap akan menaikkan Capital City sebagai destinasi tumpuan bagi meluangkan masa berkualiti bersama keluarga dan kawan-kawan."

Penonton turut terlibat dalam persembahan secara lansung oleh Mr. Stubby - badut sarkas yang kelakar

Haa tepuk! Saya sendiri dah rasa pengalaman pergi ke sarkas bertaraf dunia ni. Memang terhibur sepanjang pertunjukan. Setiap daripada artis sarkas ni sangat-sangat mahir dalam aksi mereka. Kadang tu kita rasa gerun aje bila diorang buat aksi berbahaya. Entah berapa lama agaknya diorang berlatih untuk semua ni ha. Pandai The Greatest Showman, si Robert, menjaga ahli kumpulan sarkas dia.

Pertunjukan sarkas muzikal ini akan dipersembahkan setiap hari di Capital City pada masa yang berbeza sepanjang minggu. Bagi yang ingin mendapatkan tiket ke pertunjukan MCM London Musical Circus, boleh lah membelinya laju-laju! Diorang tengah offer ni sampai bulan September 2018, beli 1 tiket PERCUMA 1! Malah, ada special price untuk hari Selasa! Eh, banyak cakap pulak, pergi jenguk sendiri ya website diorang kat bawah!

The Greatest Showman - MCM London Musical Circus

MCM London Musical Circus
Level 8, Capital City, Tampoi, Johor Bahru

Online ticket: www.greatestshowman.net
Offline ticket: Kaunter belian tiket di Capital City
Hotline: 016-4071880

Inquiries:
info@mcmstudio.asia

Facebook:

Instagram:

Tel: +607-238 6622 / 232 1718
Fax: +607-236 3322

Post a Comment

5 Comments

  1. Wowwww bestnyaaa..tak sabar nak tengok kali kedua plak hahahahahaha

    ReplyDelete
  2. dulu kecik2 mesti semua orang pun ada keinginan nak tengok circus kan.. lagi2 part kalo ada singa ke gajah ke hehe..

    ReplyDelete
  3. best eh. x pernah pegi circus. hehe

    ReplyDelete
  4. tak pernah tengok sarkis lagi.kalau dalam tv tu dulu selalu lah.

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com