Assalamualaikum dan salam sejahtera!
Hari tu saya ada share tentang MCM London Musical Circus yang baru sahaja dibuka seminggu lebih yang lepas di Capital City, Johor Bahru. Belum redha lagi kehangatan sarkas muzikal tertutup tu, MCM Studio tampil lagi dengan MCM Cartoon Planet pulak! Fuhhh, memang teruja rakyat Johor Bahru kalau macam ni!
Nampak tak terujanya tu dapat peluk Mama Mon? Haha |
Apa pulak MCM Cartoon Planet ni?
MCM Cartoon Planet merupakan salah satu tarikan terbaru di Capital City, JB yang akan dibuka kepada umum pada 17 Oktober 2018. Terletak di tingkat 4 taman tema tertutup terbesar di Asia Tenggara itu, MCM Cartoon Planet merangkumi keluasan 200,000 kaki persegi, dengan 25 tarikan utama, 2 kedai cenderahati dan 5 kedai makanan serta minuman.
Antara tarikan yang ada di MCM Cartoon Planet |
Dengan memfokuskan pelajar sekolah serta kanak-kanak tadika, MCM Cartoon Planet membawa konsep edutainment, di mana pengunjung boleh belajar sambil berhibur. Menurut Encik Azuandy Kassim (Senior Sales & Marketing), tiga subjek utama yang diterapkan di MCM Cartoon Planet adalah Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris. Manakala hiburan adalah nilai tambahan yang akan diperolehi oleh pengunjung yang datang.
Antara aktiviti dan ruang menarik yang ada di MCM Cartoon Planet untuk lawatan pelajar sekolah adalah:
Garfield Family Escape Playland
Larva Underground Adventure World
Dino Core Extreme Activity Park
Harry & Bunnie Magic Wonderland
Larva Activity Room
Bumper Car
City of Glass
Tram Ride
Activity Room 2
Harry & Bunnie Magic Wonderland @ MCM Cartoon Planet, Capital City, JB |
Larva Underground Adventure World @ MCM Cartoon Planet, Capital City, JB |
Larva Activity Room @ MCM Cartoon Planet, Capital City, JB |
View dari City of Glass @ MCM Cartoon Planet, Capital City, JB |
Turut menarik perhatian saya adalah The Jungle Book Journey yang akan menempatkan pelbagai jenis haiwan di dalam hutan buatan bersaiz lebih kurang 20,000 kaki persegi. Pengunjung yang datang boleh meneroka hutan buatan ni untuk merasai sendiri pengalaman pengembaraan kartun The Jungle Book. Ruang yang ni bakal dibuka pada awal tahun hadapan. Tak sabar nak explore!
FAM Trip @ MCM Cartoon Planet Toys Factory bersama media @ Capital City, JB |
Bersempena dengan pembukaan MCM Cartoon Planet pada pertengahan Oktober nanti, MCM Studio mempelawa pelajar dan guru untuk datang ke taman tema mereka bagi merasai sendiri pengalaman yang fun, entertaining, educational dan dengan sedikit sentuhan magic. Gituhhh. Kalau nak book tiket, boleh lah cepat-cepat grab School Package 2018 yang memang berbaloi-baloi! Harga walk in sahaja RM128 tau! Haa, tengok harga pakej kat bawah, murah ke tak?
Harga Pakej Promo 2018 |
Tutup mulut tu. Kang masuk lalat lak. Dah habis melopong, boleh lah terus klik website MCM Studio kat bawah untuk beli tiket. Hahaha.
MCM Cartoon Planet
Level 4, Capital City, Tampoi, JB
Facebook:
Instagram:
Website:
Inquiries:
info@mcmstudio.asia
Tel:
+607-238 6622 / 232 1717
5 Comments
Wowww !!! Nampakkk besttt !!!!!
ReplyDeleteBest sangat! Nanti kita pakat pergi reramai okay..
ReplyDeletebesstt.. :)
ReplyDeleteApelh wat tempat tapi mahal2...ape ingt org johor ni kaye2 ke...hmm mmpu tgok jelh..
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com