Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Beberapa malam yang lepas, sebelum balik ke Kedah untuk raya haji, saya, encik suami dan Jay sempat dinner kat sebuah restoran Thai ni. Malam tu encik suami demam sikit. Dia teringin nak makan sup-sup atau benda berkuah yang panas-panas. Kononnya nak cari tomyam la. Haaa, tomyam lagi!?
Semalam baru cakap pasal Tomyam Kambing. Hahaha.
Memula kitorang nak gi Restoran Seri Siam, tapi tutup pulak. Mungkin diorang balik kampung beraya. Jay pun bawak la kereta dia merata-rata sampai akhirnya terfikir satu restoran Thai dekat Petaling Jaya ni.
My Elephant Thai Restaurant. Restoran ni letaknya dekat kawasan apartment Happy Mansion, Seksyen 17, PJ. Lokasi dia kat ground floor apartment Blok C. Kalau uols tersalah blok, untung nasib, boleh terjumpa Food Foundry. Boleh lah tapau kek crepe sebiji dua. Uols wajib rasa Almond Salted Caramel Crepe Cake dan Carrot Cake dia, serius sedap! Eh, terselit cerita makanan lain lak. Ini semua sebab kitorang tersalah blok! Hahaha!
Bila kitorang da jumpa blok yang betul, alhamdulillah restoran tu buka. Boleh lah encik suami makan tomyam. Makanan kat sini semuanya menu Thai ya. Nama-nama memang semua nama Thai. Saya serahkan saja kepada jejaka berdua tu untuk order. Nak tunggu saya, sampai bulan depan agaknya baru boleh decide. Hahaha.
Dari kiri ikut pusingan jam: Pamelo Salad, Tom Kha Seafood, Ceylonese Spinach & Chicken Green Curry. Pic: Jay |
Kitorang order Pomelo Salad, Chicken Green Curry, Tom Kha Seafood dengan Ceylonese Spinach. Pertama kali kitorang rasa Tom Kha Seafood tu. Dia macam tomyam gak, tapi kuahnya putih sebab pakai santan kelapa. Yang menariknya, dalam tu ada isi ikan sekali. Haa, tak pernah jumpa tomyam ada ikan. Hew hew hew.
Alhamdulillah, boleh tahan sedap makanannya. Dari segi harga, agak sedikit mahal terutamanya kalau uols pilih menu ikan. Satu-satunya menu yang ada kaitan dengan nama restoran adalah Flaming Elephant, grilled steak yang diperap dalam sos khas My Elephant, makan cicah dengan sos sriracha signature diorang. Kitorang tak rasa pulak benda ni. Kalau uols nak try, boleh la ke My Elephant!
Makan sampai nak pecah perut. Pic: Jay |
My Elephant Thai Restaurant
Block C-G4, Happy Mansion, Jalan 17/13, Section 17,
46400 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu Perniagaan:
Isnin - Ahad
Lunch 11:30 am - 2:30 pm
Dinner 6:00 pm - 10:00 pm
Reservations:
010-2201283
reservations@myelephant.com.my
Website:
Facebook:
Instagram:
9 Comments
aaahh laa bekas sudu dia macam gajahh.hahahhaa..
ReplyDeletesuzie mmg favret tom yam..klo tbe2 jejalan kat sana boleh la try rasa..klo de kat JB boleh g terjah skg..😊🤣
ReplyDeletepestaim dengo tomyam kambing.. tak dapat bayangkan rasanya hahaha
ReplyDeleteKau salah tempat komen ni, tomyam kambing entri semalam, hehehe
DeleteHamboiii kemain sedap yaa makan..
ReplyDeleteSampai orang cirit pun jadi terliurrr..huhuhu
menarik gak menunya untuk layan tekak yang ngada-ngada kan..
ReplyDeleteingatkan tom yam gajah tadi.. haha
ReplyDeleteRestoran authentic Thai biasa mmg ada ikan dlm tomyam seafoodnya. Kalu kat JB akk paling suka Carabao Restaurant, klu Soleh dtg ajak dia try situ, mantap!
ReplyDeletenyaman na menu cya. hehe
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com