Ticker

6/recent/ticker-posts

Tinggal 5 Wild Boars Sahaja Lagi - Thailand Cave Rescue

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 26 Syawal.

Awal bulan ini, kita dikejutkan dengan berita penemuan 12 remaja, pemain salah satu kelab bola sepak Thailand yang hilang bersama seorang jurulatih mereka di salah sebuah gua di utara Thailand. 13 Moo Pa atau Wild Boars - gelaran yang diberikan khas untuk pemain bola sepak Thailand - terperangkap di dalam Gua Tham Luan Nang Non apabila hujan monsoon melanda dan menyebabkan lantai gua ditenggelami air, lantas menghalang jalan keluar mereka. Maklumat mengenai 13 Wild Boars ini boleh dibaca di BBC.

The 13 Wild Boars - Thailand Cave Rescue - Gambar dari BBC

Saya banyak mengikuti secara rapat berita ini di laman The Guardian, dan Facebook Thairath, Thai Navy Seal serta Mohd Aznam Abdul Rahman. Kronologi kehilangan dan penemuan hingga ke operasi menyelamat mereka diringkaskan seperti berikut:


  • 12 remaja lelaki, berumur antara 11 hingga 16 tahun, bersama jurulatih mereka yang berumur 25 tahun memasuki Gua Tham Luan Nang Non pada 23 Jun.
  • Mereka ditemui setelah 10 hari berlalu.
  • Untuk keluar dari gua tersebut, mereka terpaksa mengharungi laluan gua yang gelap dan sempit sepanjang kira-kira 3.2km dengan berjalan kaki, berenang dan menyelam menggunakan alat skuba, di mana tiada seorang pun daripada mereka pandai berenang. Para penyelam membantu dengan mengajar mereka dalam masa yang singkat.
Keratan rentas Gua Tham Luan Nang Non. Gambar BBC

  • Tempoh masa untuk pergi dan keluar dari tempat Wild Boars ditemui adalah selama 11 jam, tetapi para penyelam telah berjaya menyingkatkan tempoh masa tersebut kerana kebanyakan tempat di dalam gua yang sebelum ini dipenuhi air sudah mula mengering.
  • Penyelam memerlukan sehingga 20 jam untuk meletakkan tangki oksigen dan memastikan laluan gua tersedia untuk dilalui.
  • Sehingga saat ini, salah seorang penyelam telah meninggal dunia dalam operasi ini - Saman Kunan, penyelam Thai Navy Seal meninggal dunia ketika meletakkan tangki-tangki oksigen sepanjang laluan gua.
  • Jumlah penyelam professional yang terlibat dalam mengendali sistem gua adalah seramai 90 orang, 40 dari Thailand, 50 dari luar negara.
  • Jumlah penyelam yang terlibat bagi satu operasi adalah 18 orang, dengan lima orang daripadanya adalah penyelam Thailand, manakala 13 orang penyelam dari luar negara.
  • Doctor Richard Harris adalah antara penyelamat profesional dan doktor perubatan Australia yang masuk ke dalam gua untuk memberi rawatan kepada mereka dan mengesahkan yang kesemua 13 mangsa sudah bersedia untuk keluar.
  • Kira-kira 100 orang membantu mengepam keluar air daripada gua untuk menghentikan banjir yang menenggelamkan lantai.
  • Masyarakat sekitar gua tersebut banyak membantu membekalkan makanan, menawarkan perkhidmatan membasuh pakaian, mengurut dan menggunting rambut kepada semua ahli operasi menyelamat, secara PERCUMA.
  • Elon Musk merupakan antara jurutera terkenal dunia yang menawarkan kumpulan juruteranya untuk membantu operasi menyelamat. Dia juga memberi idea menggunakan submarine saiz mini bagi mengeluarkan Wild Boars. Tetapi idea ini tidak digunakan. Remaja-remaja tersebut dikeluarkan dengan diiringi dua orang penyelam, salah seorang daripadanya membantu membawa tangki oksigen mangsa.
  • Empat Wild Boars berjaya dikeluarkan dalam tempoh 11 jam pada hari Ahad.
  • Empat Wild Boars berjaya dikeluarkan dalam tempoh 9 jam pada hari Isnin.
  • Presiden FIFA, mempelawa remaja-remaja ini ke Perlawanan Akhir Bola Sepak Dunia di Russia minggu depan jika mereka berjaya dikeluarkan sebagai kata-kata semangat untuk mereka. Walau bagaimanapun, doktor mengesahkan mereka tidak akan dapat ke sana kerana perlu dikuarantin selama tujuh hari terlebih dahulu atas faktor kesihatan.

Cara-cara para penyelam membawa keluar mangsa yang terperangkap. Gambar BBC

Remaja yang telah diselamatkan perlu dikuarantin di hospital selama tujuh hari untuk mengelakkan risiko jangkitan. Kondisi remaja terbabit kesemuanya sangat lemah semasa mula-mula sampai di hospital. Ada yang demam, ada yang kena jangkitan minor paru-paru. Tapi hari ni semua da beransur sihat dan bertenaga. Ahli keluarga diorang pun dah boleh datang jenguk diorang dari jauh aje. Dipisahkan oleh dinding kaca. Sebak hati bila baca pasal ni. Mudah-mudahan lepas beberapa hari, diorang dapat peluk keluarga masing-masing tanpa dipisahkan oleh dinding kaca. Ameen ameen.

Wartawan The Guardian, Michael Safi yang berada di Thailand, banyak update di twitternya tentang berita ni. Pagi ni, dia melaporkan, remaja yang dah diselematkan tu masih menggunakan kaca mata hitam dalam bilik hospital sebagai langkah berhati-hati. Diorang ada TV dalam bilik hospital, tetapi tak dibenarkan untuk menontonnya demi menjaga mental dan emosi mereka. Maklumat paling tepat tentang siapa yang dah diselamatkan adalah yang berumur antara 12 hingga 16 tahun. Jadi, jurulatih mereka, Ekapol Chantawong dan remaja termuda yang berumur 11 tahun, Chanin Wiboonrunrueng masih lagi di dalam gua dan akan dikeluarkan hari ini.

Baru tadi, Michael update bahawa operasi menyelamat akan diteruskan hari ini walaupun hujan sejak malam tadi dan jumlah mangsa yang perlu dikeluarkan lebih seorang dari semalam dan dua hari lepas. Ketua operasi menyelamat, Narongsak Osatanakorn, pun dah confirmkan bahawa kelima-limanya akan dikeluarkan dari gua hari ini. Operasi dah bermula sejak puku 10.08 pagi tadi melibatkan 19 orang penyelam.

Sama-sama kita doakan moga semuanya dipermudahkan bagi mereka, dan kita nantikan perkembangan terbaru petang ini.

Post a Comment

5 Comments

  1. Moga semuanya dalam keadaan dan kesihatan yang baik-baik aja..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah semuanya selamat :)

    ReplyDelete
  3. suzie pn follow cerita nie..berdebar2 rasa nak tau berita selanjut nya..semoga semuanya selamat dikeluarkan dan pulang kepangkuan keluarga tersayang..aminn

    ReplyDelete
  4. semoga misi mereka berjaya dan kesemua mangsa dapat dikeluarkan dalam keadaan yg selamat..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com