Ticker

6/recent/ticker-posts

Texas Chicken Kini Dibuka di City Square, Johor Bahru

Assalamualaikum dan salam 21 Syawal.

Apa khabar semua? Yang kerja kerajaan kat Johor, hari ni hari terakhir bekerja dalam minggu ni. Dah start bercuti hujung minggu. Mesti macam-macam aktiviti dah ada dalam kepala nak buat hujung minggu ni kan?

Kalau ada yang berjalan-jalan ke area JB, boleh lah menyelit dalam plan tu untuk makan kat Texas Chicken. Haaa. Texas Chicken dah buka cawangannya yang pertama kat Johor tau! Sebelum ni saya dah pernah makan kat KL, adik belanja dalam beberapa tahun yang lepas. Dah lama gila, rasa dia pun dah tak berapa ingat, tapi yang saya ingat sampai sekarang, ayam dia bagi saya lebih sedap daripada restoran fast food yang lain. Kurang berminyak, tetapi tetap juicy dengan saiznya yang besar.

Texas Chicken di City Square, Johor Bahru

Pembukaan Texas Chicken di City Square, Johor Bahru menjadikan cawangan tersebut sebagai yang ke-48 di Malaysia selain di Lembah Klang, Selangor, Penang, Kedah dan Negeri Sembilan. Uik, dah banyak rupanya cawangan dia! Diuruskan oleh francais tempatan Envictus International Holdings Limiter (Envictus Group), Texas Chicken bersedia untuk memenuhi selera masyarakat Johor Bahru disamping pengunjung dari Singapura dengan pelbagai jenis menu signature.

Dato' Jaya Tan, Pengerusi Envictus Group berkata, "City Square Johor Bahru merupakan lokasi impian bagi setiap restoran. Cawangan Texas Chicken yang terbaru akan berada di tengah-tengah bandar, berdekatan dengan pejabat-pejabat korporat, kolej-kolej tempatan dan antarabangsa, serta beberapa minit sahaja dari checkpoint kastam dan imigresen antara Malaysia dan Singapura."

(L-R) Ms. Foon Tham, Head of Marketing of Texas Chicken Malaysia; Mr. Yang Ming (YM) Ong, Vice President of Texas Chicken Asia Pacific, Middle East & the Black Sea Basin; Dato’ Jaya JB Tan, Chairman of Envictus International; Dato’ Kamal YP Tan, Group Chief Executive Officer of Envictus International; and Mr. Khor Sin Kok, Deputy Group Chief Executive Officer of Envictus International.

Menu yang paling popular di Texas Chicken adalah Spicy Chicken which is double-marinated and hand-breaded untuk memastikan rasa pedas yang enak dalam setiap gigitan. Tu diaaaa. Yang paling saya suka adalah all-American Honey-Butter Biscuits, sejenis roti tapi Mexican panggil biskut, wehh. Biskut ni dibuat dari scratch dan dibakar fresh sepanjang hari. Luarnya crunchy, dalamnya sangat lembut macam roti. Selain daripada tu, ada juga juicy and crunchy Chicken Tenders, Mexicana Burger & Wrap, Jalapeno Bombers, Strawberry Shortcake, Chocolate Volcano dan banyak lagi menu dia yang tak mampu nak taip. Hahaha!

Apa kata, kita tengok gambar aje lah!

Ayam Keju Berapi @ Texas Chicken, City Square, JB

Ayam Original @ Texas Chicken, City Square, JB

Crunchy Jalapeno Burger @ Texas Chicken, City Square, JB

Crunchy Jalapeno Wrap @ Texas Chicken, City Square, JB

Honey Butter Biscuits @ Texas Chicken, City Square, JB

Raisin Bicuits @ Texas Chicken, City Square, JB

Cheese Fries @ Texas Chicken, City Square, Johor Bahru

Coleslaw @ Texas Chicken, City Square, Johor Bahru

Porridge @ Texas Chicken, City Square, Johor Bahru

Tenders & Jalapeno Bombers @ Texas Chicken, City Square, Johor Bahru

Chocolate Volcano @ Texas Chicken, City Square, Johor Bahru

Meal Sets @ Texas Chicken, City Square, Johor Bahru

Haa, nampak menyelerakan tak? Mashed potato dia tu sangat sedap ok! Sampai licin bekas tu kitorang kerjakan. Hahaha. Katanya, restoran ni dijangka boleh memuatkan sehingga 111 tetamu dalam satu masa dengan keluasan 1,123 kaki persegi. Kalau uols nak try dalam masa terdekat ni, saya suggest pergi awal dalam pukul 10 - 12 tengahari. Sebabnya, waktu lain terutama weekend, pengunjungnya sangat ramai. Baru buka, kannnn!

Ni pelanggan pertama pembuka rezeki hari ni @ Texas Chicken, City Square, Johor Bahru

Air kat sini free refilss tau! @ Texas Chicken, City Square, Johor Bahru

Free refills tu mesti paling syiokkk kan?

Untuk uols yang nak makan ayam stail Mexican, boleh lah laju-laju ke Texas Chicken ya! Diorang tengah ada promo pulak tu sekarang ni!



Lokasi:
Lot J3-21, Aras 3, City Square, Johor Bahru
(bersebelahan KFC)

Website:


Post a Comment

7 Comments

  1. sedap mkn kat tecas chicken tadi..smpai skg xleh lupa dgn honey butter biscuit..😊🤗

    ReplyDelete
  2. Sedap sesangat ayam ngn biskut.nak pegi sekali lagi

    ReplyDelete
  3. AYAM KEJU BERAPI ! sedappnyaaaaaa.hahahaa..

    ReplyDelete
  4. wahhh, sedapnyaaa.. lebih kurang kfc laa konsep dia kan..

    ReplyDelete
  5. Uishhhh tetiba lapar plak ingatkan ayam crispy tu..sedapnyaaa kannn..
    Kenyang lenyekkk jugaaa...

    ReplyDelete
  6. dapat bayangkan sedapnya ayam tu. akan cuba nanti in sha Allah

    ReplyDelete
  7. Woww, teringin rasa bubur tuuu.adududu

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com