Ticker

6/recent/ticker-posts

Tempat Makan Best di Skudai - Restoran Ateh Corner

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat petang! Petang & malam ni nak makan mana?

Apa kata ajak kawan-kawan atau keluarga ke Restoran Ateh Corner di Taman Universiti, Skudai. Restoran ni baru je berpindah lokasi ke Jalan Pendidikan 5, dekat dengan Nike Factory Store pada 7 Syawal yang lepas. Kalau di lokasi lama, restoran hanya beroperasi bermula pukul 5 petang sampai 2 pagi. Tetapi di lokasi baru, waktu perniagaan pun diperbaharui!

Restoran Ateh Corner di lokasi baru dibuka seawal 7 pagi hingga 2 pagi. Jadi, kalau nak bersarapan kat sini pagi-pagi pun boleh dah. Antara menu yang ada di waktu pagi adalah roti canai, laksa, bakso, nasi lemak dan banyak lagi. Untuk menu makan tengahari pula ada nasi campur dengan macam-macam pilihan lauk. Kalau nak datang minum petang, di sini ada cendol durian, ais jagung, ABC, rojak, tauhu bakar, sotong kangkung dan lain-lain.

Malam tadi kami berpeluang untuk menjamu selera di sini. Ada pilihan menu masakan panas, masakan barat dan pasti lah masakan tempatan juga. Malam tadi jugalah pertama kali saya mencuba Ikan Siakap Stim Nyonya. Masya Allah, sedap sangat kuah masakan ni! Cicah pula dengan roti Mantou yang gebu, subhanallah, sedap sampai tutup mata! Jom tengok gambar menu yang kami cuba malam tadi!

Ikan Siakan Stim Nyonya @ Ateh Corner...wajib cuba!

Udang Butter @ Ateh Corner

Ikan Pari Bakar @ Ateh Corner

Kerang Sambal & Kupang Rebus @ Ateh Corner

Long Bean Minced Chicken @ Ateh Corner

Chicken Chop @ Ateh Corner

Lamb Chop @ Ateh Corner

Nasi Lemak @ Ateh Corner

Sotong Kangkung, Rojak & Tauhu Bakar @ Ateh Corner

Roti Mantou @ Ateh Corner

Aneka pencuci mulut @ Ateh Corner

Aneka minuman @ Ateh Corner - Recommended: Jus Kedondong, Teh C 3 Layer

Aneka minuman tin dan botol @ Ateh Corner

Jus buah-buahan pun ada @ Ateh Corner

Hah, tergoda tak tengok makanan-makanan yang sedap ni? Apa tunggu lagi, cepat plan dengan kawan-kawan dan keluarga untuk menjamu selera di sini!

Kaunter makanan merangkap dapur @ Ateh Corner

Kaunter minuman @ Ateh Corner

Pelanggan-pelanggan tetap @ Ateh Corner

Menu @ Ateh Corner - Klik untuk besarkan

Restoran Ateh Corner, Taman Universiti, Skudai, Johor

Lokasi:
No. 105, Jalan Pendidikan 5, Taman Universiti
(berdekatan dengan Nike Factory Store)

Waktu Perniagaan:
7 pagi - 2 pagi
Selasa - Ahad
Isnin TUTUP

Surau dan tandas disediakan

**Surau dan tandas disediakan

Facebook:

Post a Comment

5 Comments

  1. sedapkan siakap stim nyonya cicah mantou bun tu.. terbayang2

    ReplyDelete
  2. Tengok gambo terasa rasa kesedapan ikan tu kannnn...suka tekstur ikannya, lembut dan halus..segar!

    ReplyDelete
  3. stim nyonya cicah mantou bun tuhhh sedappnyaaa...

    ReplyDelete
  4. Ikan siakap stim nyonya tu memang sedap sangat kan sunah..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com