Ticker

6/recent/ticker-posts

Selamat Hari Merdeka, Sarawak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya berada di Bintulu, Sarawak sejak beberapa hari lepas. Kalau ada yang baca entri saya beberapa hari kebelakangan ni, itu sebenarnya entri berjadual yang saya draftkan awal-awal sebelum pulang ke kampung halaman. Entri hari ni pulak, saya draftkan malam tadi. Sebabnya, pagi ni saya ada Bintulu 21km Run 2018 bersempena dengan Hari Merdeka Sarawak.

Hari ni, 22 Julai 2018 adalah Hari Merdeka Sarawak, mula-mula diisytiharkan pada tahun 2016 oleh bekas Ketua Menteri Sarawak pada masa itu, Allahyarham Pehin Sri Tan Sri Datuk Amar Hj Adenan bin Hj Satem. Jadi, sejak tahun 2016 tu, pada tarikh hari ini, negeri Sarawak akan bercuti setiap tahun.

Bendera asal negeri Sarawak pada hujung abad ke-19. Kredit gambar: Wikipedia

Sarawak pada mulanya mendapat pemerintahan sendiri pada 22 Julai 1963, beberapa bulan sebelum pembentukan negara Malaysia pada 16 September 1963. Kalau nak tahu lebih lanjut proses penyerahan pemerintahan kepada rakyat Sarawak pada hari tersebut, boleh baca kat Wikipedia. Ada macam-macam pendapat tentang Hari Merdeka Sarawak ni.

Apa-apapun, semoga Allah pelihara negeri kelahiran saya ini, dan diberkati dengan hasil bumi yang bermanfaat untuk rakyatnya serta seluruh negara Malaysia. Ameen.


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com