Ticker

6/recent/ticker-posts

Potluck Raya JDT Bloggers

Assalamualaikum dan salam 26 Syawal.

Ini kisah hari Jumaat yang lepas. Sebelah malamnya, kami dari JDT Bloggers ada jamuan raya di rumah Sis Lin. Konsep makanan: potluck. So, masing-masing bawak lah makanan dari rumah. Mana yang kerja sampai lewat petang, kita faham, tak bawak makanan pun tak apa. Bawak badan untuk habiskan makanan, lagi bagus. Hahaha!

Sebab tu lah, saya bawak 3 orang housemate saya dan seorang kawan yang mengenali Sis Lin untuk datang beraya bersama. Sebab bila tengok senarai menu masing-masing, takut tak habis makanannya nanti. Boleh gitu? Haha!

Kami bertolak selepas Maghrib dari rumah saya, dalam sejam juga baru sampai Pasir Gudang. Jalan sangat jammed. Pasir Gudang kan, bila masanya tak jammed? Ekekeke. Bila kami sampai sana, blogger Kim, Uyul, Ain, Kak Juju, Kak Dilah dan Kak Hernee pun dah sampai. Tak lama lepas tu, Kak Eda, Kak Mia, Kak Suzie, Kak Seri dan Nona pun menyusul.

Jom tengok gambar-gambar makanan yang dibawa.

Sampai-sampai je terus Food Review rumah Sis Lin..hahaha!

Bihun Goreng Seafood - Sis Lin

Lontong Daun - Sis Lin

Ungkep Ayam - Sis Lin

Keropok Goreng - Ain

Nugget Ayam - tak tau sape bawak..sedap gila nugget ni! Sape bawak, sila komen jenama apa! Haha!

Haaa...ape benda yang popular sangat ni?

Jeng jeng jeng, Serawa Pulut Durian lah! - Kakak kepada Kak Hernee

Roti Jala - Kak Hernee

Sandwich Telur - Kak Juju

Tembikai - Uyul

Ayam Red - Kak Hernee bawak untuk anak-anak dia, tapi saya bedal seketul..ya Allah, sedap sangat!

Kek SDS - Kak Dilah

Walnut & Cashewnut Brownies with Salted Caramel - Selera Sakura hahaha

Haa, macam-macam ada kan? Itu pun ada lagi sandwich tambahan Kak Suzie, cendol dan air kotak Kak Mia, nona manis Kak Eda, rendang daging Kak Seri, kek coklat SDS Kak Dilah yang tak sempat nak ambil gambarnya.

Bila da berkumpul beramai-ramai macam ni, memang riuh lah rumah Sis Lin. Macam-macam cerita keluar. Dalam bergosip sakan tu, tetap ada selingan kerja sebagai blogger untuk upcoming event yang dibincangkan. Bagus betul kan diorang ni?

Potluck Raya JDT Bloggers di rumah Sis Lin

Mekasih uols sudi temankan dan tolong habiskan makanan

JDT Bloggers - masa ni Nona belum sampai

Hihihi. Alhamdulillah, seronok berjumpa semua. Dah macam satu family. Ada juga yang tak dapat meluangkan masa pada malam tu atas kekangan dan komitmen yang lain. Semoga ada rezeki dan jodoh untuk bertemu di lain masa.

Dua hari sebelum tu, dah datang jugak beraya rumah Sis Lin dengan Encik Suami..ekekeke

Post a Comment

6 Comments

  1. Whoww..nampak meriahh nauu nauu.. i datang lambat, x bergambo and x bwk pape..sobbss..hehe..sedap brownies ! Thanks ehh

    ReplyDelete
  2. Eh, majuklah gbr rendang kita takdek
    Ekekke

    ReplyDelete
  3. akhirnya dapat juga merasa bronis sunah :)

    ReplyDelete
  4. Nugget tu Ain yang bawak, sekali dengan keropok hehehe
    Terima kasih tau Sunah, bawa kawan-kawan tu, rezekinya ada aje, pun tak habis juga makanan..

    Terima kasih semua, next kita buat lagi ya..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com