Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Balik kampung, masih jugak nak buat food review dan cafe hopping. :p
Beberapa hari lepas, saya, dua orang adik dan seorang cousin saya pergi beli barang-barang persiapan perkahwinan adik lelaki saya si Chokie. Banyak juga tempat yang kami singgah untuk cukupkan senarai barang-barang yang perlu dibeli. Dalam selang masa antara dua tempat, sempat pula kami singgah minum sekejap.
Semuanya salah adik bongsu si Ecah dan cousin saya si Mony yang sebut-sebut pasal teh dan kopi sedap di Bintulu. Antara tempat-tempat yang disebut tu, akhirnya kami memilih untuk ke Bintulu Coffeescape.
Cafe ni adalah sebuah rumah di Gem Park, Jalan Sultan Iskandar, Bintulu. Ownernya Puan Nisha Hasbi merupakan the sole owner, dia lah yang akan mengambil order customer dan menyiapkan segala tempahan dari awal sampai ke akhir. Disebabkan dia buat semua seorang diri, maka kena bersabar ya menanti coffee anda siap.
Ada pelbagai menu daripada kategori frappe kat sini. Yang paling popular adalah frappe berasaskan nutella. Menariknya, owner sangat kreatif dengan pelbagai idea baru untuk seasonal coffee, malah ada yang prefer Bintulu Coffeescape berbanding jenama kopi ternama lainnya. Kalau ada yang order frappe berasaskan mint, daun pudinanya adalah daun asli yang ditanam sendiri di belakang rumah ownernya. Haa, kerlasss kan?
Kami order Mint Chocolate Chip, Kinder Frappe, Chocolate Cookie Caramel dan Mochatella (dari kiri ke kanan dalam gambar kat bawah). Alhamdulillah, serius semua sedap terutama Kinder Frappe tu, saya sangat rekemen untuk uols rasa. Disebabkan menu dia sangat banyak, saya mungkin kena pergi lagi sekali untuk rasa frappe coffee yang lain pulak. Hahaha!
Our frappe coffees, mine was Mochatella...semua sedapppp |
Muka-muka bahagia dapat lepak sementara nak cari barang kawen seterusnya |
Uols yang berada di Bintulu, boleh la datang ke Bintulu Coffeescape ya!
Lokasi:
Sub Lot 52, Lorong 4 Gem Park, Jalan Sultan Iskandar, 97000 Bintulu, Sarawak
Waktu perniagaan:
Sunday 12–10PM
Monday 12–10PM
Tuesday 12–10PM
Wednesday 12–10PM
Thursday 12–10PM
Friday 12PM–12AM
Saturday 12PM–12AM
Monday 12–10PM
Tuesday 12–10PM
Wednesday 12–10PM
Thursday 12–10PM
Friday 12PM–12AM
Saturday 12PM–12AM
Facebook:
Instagram:
No Telefon:
010-9435687
7 Comments
wahhhhh...sempatt lagiii uollss review makanan kat sanaa..hahahhaa..
ReplyDeletenyaman na rupa..
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteyaya singgh n follow cik sakura..hehe
nm btul ke apa ni..nama btul sunah?nk pngil apa?
slmt bkenalan ye =)
Fuyooo, dia balik Bintulu poun ada review Cafe ek hahaha..sempat lagi dia...
ReplyDeletewah banyak nya pilihan. jenuh la nak memilih. pastu mungkin hari-hari pi, sebab nak minum perisa lain. hehehehe
ReplyDeletekreatif betul peniaga ni. buka cafe depan rumah lagi..
ReplyDeleteJanji Kita
heee boleh tahan pinar jugak mata nak tenung menu2 tu kan hehe..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com