Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati-hati Dengan Cili Geronong

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar?

Hari ni majlis perkahwinan adik lelaki saya si Chokie. Alhamdulillah, selesai sudah majlisnya. Tinggal nak mengemas aje lagi. Kalau buat majlis kat rumah dan masak sendiri beramai-ramai, memang banyak lerr yang nak dikemasnya, walaupun hanya majlis sebelah lelaki.

Lepas habis majlis tadi, saya masak singgang ikan untuk nenek usu. Disebabkan tak jumpa cili hidup, nampak cili bulat kecik dalam plastik, saya capai aje. Basuh dan belah dua. Saya basuh dengan tangan togel, buang biji. Padahal dalam plastik tu bole nampak orang sebelum ni hanya asingkan bijinya dengan memegang tangkai.

Mak usu saya pernah sebut, cili ni pedas gila dan berasap telinga kalau makan. Saya tak terbayang pulak masa tu kepedasannya macam mana. Akhirnya kejap tadi baru la saya rasa penangannya.

Hanya dengan membasuh cili bulat tu di bawah air paip mengalir, aroma cili yang tersangat pedas menusuk ke hidung, lalu menyekat saluran pernafasan. Saya terbatuk kali pertama. Kemudian saya batuk lagi. Saya lepaskan mangkuk berisi cili ke dalam sinki. Batuk lagi. Nafas rasa terhalang. Saya jauhi sinki.

Sesak. Saya tarik nafas hingga berbunyi. Batuk dan tak dapat nak bernafas. Sangat-sangat teruk rasanya. Tak pernah saya sesak nafas sampai macam tu. Anak buah saya si Aisyah pun terhenti merangkak ke dapur bila tengok bundanya dah macam hujung nyawa. Adik-adik tak datang menjenguk langsung. Mungkin mereka ingat saya main-main dengan Aisyah. Padahal saya rasa macam da nak mati.

Itu lah penangan Cili Geronong.

Cili Geronong Sarawak - Kredit gambar: Sambal Kicap Xtra Pedas

Cili bulat kecil dari kategori Habanero, antara cili terpedas di dunia dengan tahap kepedasan antara bacaan 200,000 - 350,000 Scoville Heat Unit (SHU) iaitu hampir 3-4 kali ganda daripada kepedasan Cili Besar (Sekitar 100,000 - 150,000 SHU). Kenali Cili Geronong selanjutnya di SINI.

Cili ni mungkin kurang dikenali di Semenanjung Malaysia kerana ia sukar ditemui. Kalau ada orang Semenanjung nak rasa kepedasan cili ni, boleh lah berkunjung ke Sarawak. Tapi, saya dah bagi amaran awal-awal ya.

Cili ni sangat pedas!

Post a Comment

9 Comments

  1. cili nie klo suzie yg mkn cnfirm xtahan pedas smpai kolom air batu..🤣🤣

    ReplyDelete
  2. ala... comelnya bentuk, bulat berkilat geram rasa.... nak makn pedas yer... wuarggghhhh meletop la....

    ReplyDelete
  3. perlu berhati-hati ye kalau basuh pun dah boleh sesak nafas.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  4. bentuk dia mengancam sungguh..tapi kepedasan dia pun mengancam jugak ye

    ReplyDelete
  5. uitsss,,, mungkin ain takut nak cuba..hahahha... walaupun ain acah2 makan pedas.tapi dah sunnah kat pedas, kite give up ler awal2.hahhahaa..

    ReplyDelete
  6. Begitu sekali penangannya, tu belum makan lagi

    ReplyDelete
  7. kalau saya, dah berair mata.. x boleh tahann..

    jom singgah blog kartun muncung manis yg baru.. Blog muncung manis yang lama, terdelete.. abis loss contact dgn readers lama..

    http://aliefmuncung.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. Ko bawak balik tak Sunah sikit? nak gak try pedasnya tu hehehe

    ReplyDelete
  9. berasap telinga olehnya. haha

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com