Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, dah selesai berlari sempena Hari Merdeka Sarawak semalam. Bintulu 21km Run 2018 sempena Hari Merdeka Sarawak dan Ulangtahun ke-40 Bintulu Development Authority (BDA) tu diadakan di Wisma Bintulu.
Larian bermula seawal 5.15 pagi untuk kategori 21 km, pukul 6 pagi bagi kategori 10 km dan pukul 6.30 pagi untuk 5 km. Saya dan adik ambil kategori 5 km. Sepatutnya encik suami pun ada join larian 10 km, tapi last minute dia tak dapat datang sebab Malaysia Airlines tukar waktu flight dia. Sobs. Takde rezeki lagi nak berlari bersama dalam satu event. Sebelum ni pun encik suami cancelled juga satu larian lain sebab tak dapat cuti. Moga ada rezeki satu hari nanti, ameen.
Pintu gerbang Bintulu 21km Run 2018 - YB Hj Talib Zulpilip on the background |
Saya dan adik bertolak lepas Subuh dalam pukul 5.30 pagi. Bapak yang hantar kitorang sebab takut susah nak parking. Jalan Tanjung Batu pun ditutup pagi semalam dari pukul 4.30 hingga 9.30 pagi. Sesiapa yang nak park area Jalan Tanjung Batu tu, kena masuk sebelum 4.30 pagi. Mak ai, tak mampu lahhh. Hahaha.
Sebelum berlari, ada warming out dulu. Macam biasa lah kan, lepas tu baru start lari.
1 km to go je sempat ambik gambar cantik..yang sebelum tu semua bergegar..hahaha |
Dalam pukul 7.40 gitu kitorang sampai garisan penamat. Ambil masa 1 jam lebih sikit. Hahaha. Dah lama tak lari kan. Jogging pun dah jarang. Memang semput oi! Dibuatnya last 500 meters tu panjat bukit Wisma Bintulu yang tinggi tu. Makin slow la gamaknya kitorang menapak sampai garisan penamat. Adohai. Hahaha.
Muka bahagia bila da habis lari |
Medal paling cantik setakat ni pernah dapat |
Apapun, alhamdulillah. Dapat medal yang cantik, dapat pengalaman berlari di kampung sendiri. Hihihi.
Next? :p
5 Comments
cantik medal
ReplyDeleteTahniah Suanh..hebat laa kamu uiiii
ReplyDeletetahniah sunah! saya dah lama tak berlari ni. rasa bahagia eh bila dapat habiskan larian.
ReplyDeleteJanji Kita
fuyoooo sempattt lagiii berlarii..ain dah semputtt dhh kalo bab berlarii ni..hahaha..
ReplyDeletetahniah.. hehe CT event macam ni lari jugak. lari duluuuuu hehe..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com