Ewhhh..kembang tekak weh!
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam 15 Syawal.
Tadi baru aje terbaca entri Cik Rose pasal cacing dalam sardin tin. Sebelum ni kan pernah viral tentang sardin dari negara China ada cacing tu. Geli-geleman menengok gambar-gambar cacing tu. Google la sendiri ek. Tak sanggup saya nak google balik gambar-gambar tu. Huhu.
Produk-produk sardin tin yang mengandungi cacing |
Sekejap tadi pun ada yang share dalam group whatsapp, link dari Berita Harian. Kementerian Kesihatan dah sahkan, ada enam lagi jenama produk ikan sardin dalam tin yang mengandungi bendasing iaitu cacing Filum Nematoda daripada genus Anisakis spp. Tu dia nama, jangan main-main. Boleh bawa penyakit tau cacing ni!
Anisakiasis.
Nama lainnya, penyakit cacing herring. Penyakit parasit yang disebabkan oleh cacing nematoda yang bergayut pada dinding esofagus, perut dan usus. Cara terbaik untuk mencegah Anisakiasis adalah dengan mengelakkan memakan ikan atau sotong mentah atau yang tidak dimasak sepenuhnya. Haaa.
Macam mana seseorang tu boleh dijangkiti Anisakiasis?
Bila mamalia laut (eg. ikan paus atau singa laut) yang telah dijangkiti anisakiasis membuang najis di laut, telur cacing tu turut dilepaskan ke dalam air dan menjadi larva pembawa. Larva ni adalah makanan segala jenis udang dan ketam dalam laut tu. Bila ikan atau sotong makan segala jenis udang kecik ni, manusia yang memakan ikan atau sotong mentah yang dah dijangkiti ni pun turut menelan larva nematoda. Once dah masuk dalam badan, larva ni menyerang saluran pencernaan manusia. Tapi kalau parasit ni mati dalam badan manusia, ia boleh menyebabkan keradangan pada esofagus, perut atau usus.
Sesetangah orang akan rasa macam ada benda bergerak-gerak dalam mulut (macam kesemutan) masa tengah makan ikan mentah atau yang tak dimasak sepenuhnya. Bila rasa macam tu masa tengah makan, cacing boleh dikeluarkan secara manual aje dari mulut. Dengan batuk atau muntah pun boleh untuk keluarkan cacing tu dan mengelak daripada dijangkiti.
Apa tanda-tanda seseorang tu dah dijangkiti Anisakiasis?
Tanda-tanda dan gejala Anisakiasis adalah sakit perut, mual, muntah, kecederaan pada abdomen, cirit-birit, darah dan lendir dalam najis serta demam ringan. Reaksi alahan adalah dengan munculnya ruam dan gatal-gatal, dan paling jarang berlaku, anafilaksis (alergi akut) yang boleh membawa maut.
Macam mana nak rawat Anisakiasis?
Dengan cara membuang cacing-cacing nematoda tersebut dari dalam tubuh badan melalui endoskopi atau pembedahan.
Haaa, dahsyat tak?
Takut tak? Kalau takut, kena la elakkan dan cegah daripada awal.
(Tapi, sebenarnya ada juga treatment dengan pengambilan tablet khas untuk membunuh parasit-parasit tu...saja nak kasi cuak!)
(Tapi, sebenarnya ada juga treatment dengan pengambilan tablet khas untuk membunuh parasit-parasit tu...saja nak kasi cuak!)
Macam mana nak elak Anisakiasis?
Senang je, jangan makan ikan atau sotong mentah dan yang tak dimasak sepenuhnya.
Food & Drug Administration (FDA) menyarankan supaya makanan-makanan laut disediakan dan disimpan dengan kaedah berikut untuk membunuh parasit:
Memasak (Umumnya makanan laut)
Memasak makanan laut secukupnya (hingga suhu dalaman pada 145° F [~63° C]).
Membeku (Ikan)
Pada -4°F (-20°C) ke bawah selama 7 hari, atau
Pada -31°F (-35°C) ke bawah hingga pejal, dan disimpan pada -31°F (-35°C) ke bawah selama 15 jam, atau
Pada -31°F (-35°C) ke bawah hingga pejal dan disimpan pada -4°F (-20°C) ke bawah selama 24 jam.
Haaa..macam tu lah Sushi King menyediakan sushi salmon yang mentah tu kan. Walaupun diorang pernah declare tatacara pembekuan tu, tetap juga seorang Sunah tak berselera nak makan sushi salmon yang mentah. Entah, macam tak menarik minat saya aje. Hahaha.
Maka, untuk tukang-tukang masak di luar sana termasuk para suri rumahtangga, boleh la take note panduan untuk membunuh parasit dalam makanan laut tu. Insya'Allah bersama-sama mencegah penyakit yang boleh memudaratkan ahli keluarga masing-masing.
Rujukan: CDC - Anisakiasis
4 Comments
as a consumer kita kena peka dan berhati-hati kan
ReplyDeleteAdeiiii ngeri seram dan geli bila baca..Terbayang-bayang muka cacing tu adeiii.
ReplyDeleteSebabnya Sis ni pengemar makanan yang ada sardin ..tadi sampai rasa perut memulas-ulas dengar berita huhuhuhu
nak kne beli jenis yg mahal ni...huhu
ReplyDeleteSushi mmg akk pon tak brp suka Sunah tapi adalah sekali dua mkn, nak cuba tapi tetap tak bleh terima
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com