Ticker

6/recent/ticker-posts

Balik Kampung Beraya di Pokok Sena, Kedah

Assalamualaikum dan salam masuk 6 Syawal.

Rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua. Dah 5 hari kita beraya, baru ada masa untuk saya kongsikan pengalaman beraya di kampung encik suami tahun ni. Setiap tahun, kami akan bergilir untuk balik raya ke kampung siapa. Tahun ni giliran kampung encik suami pula sebab tahun lepas dah beraya di Bintulu, Sarawak. Hihihi.

Dua hari sebelum raya, saya bertolak ke Kuala Lumpur awal pagi dalam pukul 7 macam tu. Kena ambil encik suami dulu kat KL. Kena hantar kek kat adik yang nak balik Sarawak. Kena hantar tempahan kek lapis kawan-kawan encik suami juga beberapa ketul lagi. Then kena ambil anak buah kat KLIA yang balik dari Mesir. Baru boleh bertolak ke Kedah. Haa..panjang rantaian perjalanan dia tu.

Saya sampai KL dalam pukul 1 tengahari. Lambat gila sebab asyik berhenti sepanjang perjalanan dalam dua tiga kali. Mengantuk okayyy drive siang-siang bulan puasa. Dengan cuaca panasnye lagi. Berapa kali microsleep, tak berani nak terus drive. Tapi alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke destinasi walaupun lambat. Bila da selesai hantar kek lapis kawan-kawan encik suami, kami terus ke KLIA.

Flight landed pukul 3 petang. Tapi pukul 4 lebih juga baru gerak dari airport sebab agak lama tunggu bagasi. Jadinya pukul 5 jugak kami keluar KL. Maksudnya memang wajib turut serta mengukur lebuhraya yang sesak dengan orang balik kerja dan yang dah start gerak balik kampung. Hahaha! Stuck lama dekat Rawang - Sg. Buaya sebab PLUS buka laluan kontra. Lepas exit Sg. Buaya yang serentak dengan exit laluan kontra, terus clear jalan. Dah kenapa? Ermm ermmm.

Sesak oiii highway Rawang - Sg. Buaya

Selepas lebih 12 jam perjalanan, termasuk berhenti makan lepas berbuka dalam kereta, hantar anak buah, tidur sekejap sebab nak sampai rumah mertua time sahur, akhirnya kami sampai sebelum Subuh 29 Ramadhan kat Kg Kenanga, Pokok Sena, Kedah. Alhamdulillah. Lepas sahur dan solat Subuh, kami terus qada' tidur sampai pukul 10 pagi. Hahaha!

Bangun dari tidur, haaa...bermulalah persiapan menyambut raya!

Membakar lemang aktiviti wajib sehari sebelum raya

Kalau raya kat Kedah, insya'Allah tiap tahun mesti ada aktiviti membakar lemang sehari sebelum raya. Semuanya dibuat sendiri oleh keluarga mertua dari awal sampai lemang siap. Waktu berbuka dah boleh makan lemang cicah rendang daging. Hihihi.

Sebelah malamnya pulak, encik suami gigih menyiapkan cabutan bertuah untuk anak-anak buah. Saja nak bagi anak-anak buah gembira, dah dapat duit raya, dapat pulak bonus cabutan bertuah dari pak tam diorang ni. Cabutan dia berbentuk duit, mercun, belon dan ceklat aje. Paling nampak sikit, 2 keping syiling 50 sen. Hahaha. Tapi nilai dia RM1 tau!

Cabutan bertuah raya, kertas warna merah tu mengandungi nombor-nombor hadiah tu

Kalau uols nak tiru untuk raya tahun depan, boleh lah guna idea ni ya!

Apa pulak aktiviti 1 Syawal kami?

Next entri saya sambung ya, tak sangka panjang pulak entri ni. Hahaha!

Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com