Hah, dah mengundi ke belum?
Kalau belum, cepat-cepat la pergi pusat mengundi. Jalankan kewajipan sebagai rakyat Malaysia yang layak mengundi. Masa entri ni published, mungkin saya sedang berbaris nak mengundi kat Kedah. Hihihi.
Semua da bersedia nak mengharungi hari ketiga di Jogjakarta XD |
Hari ni saya nak sambung kisah bercuti di Jogja. Macam hari sebelumnya, kami sarapan pagi di homestay. Pagi ni, menunya nasi goreng. Sedap juga tapi portion sikit sangat. Sebab tu la ada di kalangan kawan-kawan encik suami keluar cari sarapan kat luar juga pagi-pagi. Hihihi.
Sarapan pagi nasi goreng Rumah Roso Homestay |
Lepas sarapan, kami ke Candi Borobudur. Tapi saya ada gambar kat luar je tau. Sebab saya tak join masuk ke dalam. Masa sampai kat sini, uols kena bertahan dengan kerenah peniaga yang akan mengerumuni uols untuk menjual barang-barang diorang. Jangan marah ya, cakap je tak nak walaupun diorang kejar sampai lubang cacing. Haha. Lama-lama diorang akan beredar juga.
Peta Borobudur dan pintu masuk ke kawasan candi |
Budak-budak yang masuk Candi Borobudur...kemain posing masing-masing kan. Hahaha! Kredit gambar: Faer |
Tiket masuk ke candi untuk pelancong asing adalah 20 USD. Kalau uols pelajar dan bawak kad pelajar, uols boleh dapat 50% diskaun. Candi Borobudur ni termasuk dalam Tapak Warisan Sejarah Dunia UNESCO. Tak hairan lah kalau pengunjung dari seluruh dunia datang ke sini. Di sekitar candi ni ada banyak gerai makanan dan cenderahati. Saya, encik suami dan abang ipar mengalas perut sementara menunggu kawan-kawan lain menghabiskan eksplorasi candi diorang.
Es Dawet - Cendol orang kita kata...hihi |
Selepas lebih kurang sejam, kawan-kawan lain keluar dan mengalas perut juga tak jauh dari gerai yang kami duduk. Lepas makan, supir tanya sama ada nak ke Gereja Ayam atau Kalibiru. Kami tak berminat nak ke Gereja Ayam, tapi hari hujan kalau nak ke Kalibiru. Supir takut kalau-kalau gate masuk ke Kalibiru dah ditutup. Tapi, kami redah saja, terus pergi ke Kalibiru.
Dalam perjalanan, kami singgah ke gerai durian tepi jalan. Hahaha! Sebenarnya pada hari kedua malamnya, kami turut makan durian kat tepi jalan. Harga durian kat sini murah, sebiji dalam RM15 pun boleh dapat dengan saiz yang besar. Jadi, kena la mencuba rasa durian Jogja kalau harganya dah murah kan. Sampai kepanasan masing-masing sebab duriannya perghhh sedap, ok!
Durian Jogjakarta - makan sampai lebam |
Ok, ok. Sambung perjalanan ke Kalibiru. Bila sampai, hari masih hujan. Yang jual tiket jeep kata, gate kat atas dah tutup. Memang tak buka hari hujan sebab kamera semua pun tak boleh nak guna hari hujan. Huhuhu. Takde rezeki kami nak ambil gambar cantik-cantik di Kalibiru. Tapi, kami naik jugak jeep ke Pulepayung, bukit wisata sebelah Kalibiru, saja mencuba nasib kot-kot yang tu bukak. Tiba di pintu masuk, memang dah tutup juga gatenya. Walaupun dah tutup, staff dia berbaik hati bawak kami masuk ke dalam untukk tengok-tengok apa yang ada. Ambil la jugak gambar mana yang boleh.
Pulepayung, Jogjakarta - nampak tak kabus belakang tu? Masih hujan renyai-renyai tau ni |
Bukit Wisata Pulepayung - kalau tak hujan, boleh naik basikal atas tali tu |
Kanak-kanak ribena betul masing-masing. Kat belakang tu kalau tak hujan, akan nampak hijaupokok-pokok dan biru langit |
Dah puas tengok apa yang ada, kami gerak semula ke pintu masuk. Eh, sempat juga makan durian lagi kat dalam tu tau. Takde ambil gambar pulak durian kat situ. Hahaha. Best jugak kalau semua ahli group hantu durian. XD
Jeep kami ke Pulepayung, kalau tak hujan, boleh naik kereta sendiri saje |
Balik ke homestay, hari dah malam. Semua dah penat. Tapi gagahkan diri untuk keluar balik, beli cenderahati di Malioboro sebelum balik ke Malaysia esoknya. Sampai homestay semula, bakpia kami dah ada pada penyambut tetamu. Hihihi.
Esok hari keempat, terus balik ke?
Taakkkk! Ade benda lagi yang kitorang buat. Hahaha.
3 Comments
Bestnyaa laaa..
ReplyDeleteSis pernah makan cendok Bandung , lain juga rupanya dr malaysia. tapi rasa sama he he he..
Seronok berjalan kalau dpt geng gila-gla dan pandai amik gambo gegege
murahnya durian. nasi mesti bentuk bunga.
ReplyDeleteJanji Kita
Nama tempatnyaaa, unik..heheh~
ReplyDeleteOii, durian murohhh, haruslah merasaaa kan....
Bila laa i nak sampai sana..
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com