Ticker

6/recent/ticker-posts

Ke Taman Negara Pulau Kukup Lagi!

Hai assalamualaikum!

Berapa hari ni sibuk dengan tempahan dan kerja-kerja lain. Blog pun sempat blogwalking beberapa blog kat side bar tu je, tak sempat nak update blog sendiri. Lagi satu, sebab takde cerita sangat nak diceritakan. Hahaha!

Kali ni nak share trip saya dan housemates ke Taman Negara Pulau Kukup bulan Oktober tahun lepas. Saya pernah share entri tentang Kukup pada tahun 2012. Time tu saya pergi dengan housemates jugak. 5 tahun selepas tu, saya kembali lagi dengan housemates baru pulak. Hahaha!

Kami bertolak pagi-pagi dari rumah, mengambil masa lebih kurang 1 jam juga untuk sampai ke Jeti Kukup. Sampai kat jeti Kukup tu, sama macam 5 tahun lepas, untuk ke Pulau Kukup, kena naik bot dari sebelah tepi terminal feri utama. Bukan masuk kat dalam terminal tu tau. Kat belah tepi dia je. Kalau tak jumpa, boleh tanya orang kat situ. Biasanya, uncle yang handle bot untuk ke Pulau Kukup akan approcah kita dulu, senang kan?

Bot hari tu tak banyak, dalam 2 buah je kot. Masa pergi tu, saya dan housemates 3 orang je. 5 tahun lepas, saya pergi naik bot tambang pergi balik RM5 sahaja. Kali ni 3 orang pergi RM20 pergi balik. Bapak mahal??? Mungkin sebab kami tak ramai, dan sesuka hati dia saja lah nak letak harga. Sebab apa? Orang selepas kami yang pergi rega tambang dia lagi murah dari rega tambang kami. Dah kenapa kau? Haa...kalau korang pergi, dapatkan harga yang sepatutnya ok!

Jeti Pulau Kukup dari dalam bot

Dua orang budak yang gembira naik bot ke Pulau Kukup

Perjalanan ke Pulau Kukup mengambil masa tak sampai 15 minit pun. Sepanjang perjalanan tu, akan lalu kawasan sangkar ikan. Sama macam 5 tahun lepas lah. Balik dari Pulau Kukup, bot akan singgah di kawasan sangkar ikan tu nanti.

Harga tiket masuk Taman Negara Pulau Kukup termasuk GST

Bayaran untuk masuk ke Taman Negara Pulau Kukup adalah RM5.30 untuk rakyat Malaysia dan RM21.30 untuk rakyat asing bagi yang berumur 18 tahun ke atas. Untuk pelajar bawah 17 tahun, ada harga istimewa iaitu RM3.20 untuk rakyat Malaysia, dan RM10.60 untuk rakyat asing. Sama juga harganya bagi warga emas berumur 60 tahun ke atas. Bagi OKU dan kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah, harga tiket masuk adalah percuma. Dari jeti utama Pulau Kukup tu, ada jambatan yang menyambungkan jeti ke pulau. Maka bermulalah island trekking kami. Hihi.

Jambatan ke Taman Negara Pulau Kukup, Johor

Pulau Kukup masih sama macam dulu, tapi sekarang ni dah banyak binaan-binaan baru kat pulau tu. Binaan-binaan kayu yang saya percaya, mesti diperbuat daripada kayu bakau. Kan Pulau Kukup ni pulau hutan bakau tanpa penghuni kedua terbesar di dunia. Pulau ni luasnya 647 hektar dan dikelilingi 800 hektar tanah paya. Menjejakkan kaki ke sini, bermakna uols dah jejak penghujung benua asia tau!

Binaan-binaan baru di Taman Negara Johor, Pulau Kukup

Berjalan kaki sepanjang lebih kurang 600 meter ke hujung pulau, kami disajikan dengan pemandangan pelbagai spesies pokok bakau. Pokok-pokok bakau di sini dikembang-biakkan, sentiasa ada pertumbuhan anak pokok yang baru. Ada antara anak-anak pokok bakau di sini ditanam oleh orang-orang ternama, dan ada juga yang ditanam oleh pelajar-pelajar rombongan sekolah. Bila terjumpa pokok bakau yang ditanam oleh Almarhum Tengku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Ibnu Sultan Ibrahim, hati rasa sebak dan sayu. Al-Fatihah. Sepanjang perjalanan juga akan ada kata-kata motivasi menghiasi hutan ni.

We cannot change others, but when we change ourselves, we may end up changing the world...gituuuu

Pokok bakau ditanam Almarhum Tengku Laksmana Johor dan akar jangkang tertinggi di Pulau Kukup

Paling menarik perhatian kami adalah spesies Fiddler Crab atau kitorang namakan ketam sado yang sangat banyak kat pulau ni. Ketamnya kecil-kecil je, kalau ada rezeki jumpa yang saiz besar memang seronok. Menariknya, ketam jantan mempunya sebelah kepit ketam yang besar. Kepit sebelah lagi saiz biasa sahaja. Gambar dari henset memang tak jelas. Jenuh kami berlama-lama di hujung pulau tu sebab nak ambil shot paling jelas, tapi sangat susah. Ketam pulak kalau kita try mendekatkan henset, nanti dia lari laju-laju. Sorang pun tak ada DSLR. Hahaha! Saya share gambar dari google sahaja ya.

Sado ke tak sado? Hensem gilaaa!!! Kredit gambar: The Best Crab 2018

Di hujung pulau tu, menara pemerhatinya masih utuh berdiri. Kat atas tu tak ada apa-apa pun, hanya tempat melihat kanopi pokok bakau dari atas. Lif tak ada ya, kena naik tangga ke atas. Bila dah puas ambil gambar kat atas, kami turun semula dan menapak balik ke jeti utama. Bot yang menyusuri Sungai Ular ke jeti utama Pulau Kukup tu tak beroperasi pulak pada hari tu. Kalau tak, boleh naik bot je ke jeti utama. Tapi saya pun tak pasti sama ada umumnya bot tersebut masih beroperasi atau tak. Lupa nak tanya kaunter.

Pemandangan dari atas Menara Pemerhati Pulau Kukup

Sampai jeti utama, kami dan pengunjung yang lain menunggu bot untuk membawa kami pulang ke jeti Kukup. Ramai pula yang balik sekali dengan kami. Singgah sebentar di sangkar ikan, tapi tak ada apa yang best sangat pun. Biasa-biasa je. Ada ikan sikit dan ada kedai cenderahati makanan-makanan laut. Lepas balik dari Kukup, kami menyinggah ke Tanjung Piai pula, just jalan sampai hujung dan duduk-duduk menghadap Laut China Selatan dan Pulai Kerimon, Indonesia.

Ha, uols bila lagi nak ke Pulau Kukup?

Post a Comment

7 Comments

  1. Lama tak sini..dengar2 macam dah ada resort baru

    ReplyDelete
  2. seronok juga pengembaraan ke kukup ni.

    ReplyDelete
  3. wah macam menarik
    ada rezeki nak ajak member datang sini lah
    tiket pun tak mahal

    ReplyDelete
  4. Selalu pergi gi makan aje, tak pernah jelajah. Lepas ni ko ajak le Sis Sunah...dan lepas ni ko jalan mana-mana bolelah update yer he he he

    ReplyDelete
  5. akak plan nak bawak anak2 ke sini.. tapi tak tau la bila ni..

    ReplyDelete
  6. ooo...menarik rupanya pulau kukup ni..hehe..thanks for sharing sunah :)

    ReplyDelete
  7. tak sangka, Kukup dah membangun sebegitu rupa. Masa akk djh 3 dulu, arwah pakcik akak pegawai imigresen di banguna imigresen kat Kukup tu, so tiap-tiap minggu dtg lepak rumah dia tengok laut & air pasang

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com