Ticker

6/recent/ticker-posts

Hati-hati Zaman Tular

Assalamualaikum dan selamat petang Isnin.

Apa khabar semua?

Dah berapa hari tak bersiaran.

Baru balik dari bercuti selama seminggu. Petang semalam bila sampai Johor, rasa penat sangat. Tapi sempat juga saya dan kawan-kawan singgah gerai pisang goreng kat taman sebelah. Beli juadah minum petang, saya pun belum mengisi perut lagi sejak naik bas dari KL paginya.

Bila sampai rumah, dah setel apa yang patut, tak lama lepas tu terus terlelap. Brownies tempahan pelanggan pun entah ke laut mana. Pagi-pagi tadi baru saya bertukang di dapur menyiapkan brownies. Alhamdulillah sempat disiapkan sebelum pukul 9 pagi.

Eh, sebenarnya saya nak kongsi apa yang saya perhatikan dan rasa pasca PRU 14 tempoh hari. Kalau uols semua perasan, banyak betul berita yang tersebar di media sosial kan? Tak kisah la berita tentang kerajaan baru Malaysia atau tentang pihak pembangkang.

Kredit gambar: Wall Street Journal

Bahkan dari sebelum PRU 14 lagi, media sosial sangat hiruk-pikuk dengan macam-macam berita yang tiba-tiba keluar entah dari mana. Kalau tak selidik betul-betul, terutama yang tak terlibat secara langsung dalam kancah politik negara, memang akan mudah percaya dengan semua khabar angin yang disebarkan. Saya perhatikan benda ni berlaku dalam keluarga saya sendiri.

Kalau dulu, rakyat Sabah dan Sarawak je la yang mudah percaya khabar-khabar angin macam ni sebab kami jauh daripada tanah besar Semenanjung Malaysia. Maklumat yang kami dapat hanyalah melalui televisyen, arus berita perdana. Sekarang ni zaman tular, melalui whatsapp pun orang dah sebarkan khabar angin yang belum tentu kesahihannya. Petik hujung jari je dah sampai satu negara.

Betapa tenatnya penyakit memviralkan segala berita yang belum tentu sahih ni hinggakan bekas kerajaan Malaysia sebelum ni memperkenalkan Akta Anti Berita Tidak Benar. Ya lah, bahaya bila berita yang ditularkan boleh mengancam keselamatan negara. Boleh kena penjara dan denda setengah juta tau kalau disabitkan kesalahan bawah akta ni.

Kepada uols yang banyak guna Facebook, Whatsapp, Instagram, rajin baca blog tu, berhati-hatilah ya bila nak sebarkan berita yang uols baca. Pastikan berita tersebut sahih dulu sebelum berkongsi. Bimbang kalau-kalau uols tergolong dalam penyebar fitnah.

Dosa besar tu.

Post a Comment

4 Comments

  1. Waaaa akhirnya bertukar juga yee layout he he he..
    Bab menyebar tu memang tak minat. Siapa yang sebar, kita just baca aje, nak forward jadi takut huhuhu.
    Lagi plak kalau dah jadi Media Bebas katanya..lagi le ngeri kannnn..
    Sesiapa bole bercakap menulis, silap-silap kena batang idung kita sendiri huhuhu

    ReplyDelete
  2. Setuju sgt, sbgi bekas wrtwn smbilan akk brpegang kpd 5w & 1 Y. Maknanya semua berita mesti ada fakta baru ia boleh jadi benar

    ReplyDelete
  3. Kalau dulu, viral benda tah pape, kena saman..sekarang...viral dah ok je...semua pon percaya je...walau x nampak depan mata, maybe diedit dsb, tetap dipercayaii kan...aigooo~

    Remind diri sendiri gak ni, hehe

    ReplyDelete
  4. semua berhak bersuara, tapi bila da ada hak, mula laa biadap. bahayanya zaman fitnah sekarang. risau yang viral tu fitnah semata mata
    Uyul Rosli | JDTBlogger

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com