Ticker

6/recent/ticker-posts

Port Ayam dan Kambing Bakar di Port Dickson

Assalamualaikum dan selamat hari Ahad.

Hari ni saya nak share port best untuk penggemar ayam dan kambing bakar di Port Dickson (PD). Saya bukanlah penggemar kambing sangat, tapi sejak dah rasa kambing bakar kat sini, saya terus jadi pemburu kambing bakar. Hahaha!

Alkisahnya bulan September tahun lepas, saya dan housemates ke PD untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan salah seorang housemate kami. Alang-alang dah ke PD, kami putuskan untuk bercuti terus 3 hari 2 malam kat sana. Apa lagiii, jadi food hunter lah kami sepanjang kat sana. Oh, kami bermalam di Teluk Kemang ya. Jadi, kebanyakan tempat makan ni, kami google area sekitar Teluk Kemang je. Sekarang semua boleh waze, sangat senang!

Nampak papan tanda ni tepi jalan besar, terus masuk parking ok!

Port yang pertama ialah Cowboy Place Nasi Kukus Ayam Panggang. Kami kunjungi selepas sahaja tiba di PD. Cowboy Place ni ada menu ayam panggang dengan pelbagai saiz. Kami ambil set makan tengahari saje, RM6 tak termasuk air. Air dia ade jus tembikai, jus epal dengan air kosong je. Ade juga bebola dan sosej kalau nak buat rasa-rasa.

Nasi Kukus Ayam Panggang Cowboy Place, waiter dia siap pakai topi koboi, ok!

Ayam panggang Cowboy Place

Suasana dalam kedai memang berkonsepkan koboi lah kan! Dah namanya Cowboy Place. Hihi. Ayamnya ok la, boleh tahan sedap. Alhamdulillah. Disebabkan kami sampai hari Jumaat, orang PD masih bekerja lagi, tempat ni kurang ramai masa tu. Agak tenang sikit. Bila kami lalu belah petang, kereta da semakin banyak kat ruang parkir. Aha, ada ruang parkir yang besar kat tempat ni, jadi jangan risau ya!

Cowboy concept, restoran besar dan luas

Next port adalah Ayam Bakar Station. Juga di Teluk Kemang, tak jauh dari Tanjung Tuan. Kami ke sini pada hari kedua, selepas hiking di Tanjung Tuan. Kat sini bukan sahaja ada ayam bakar, kambing bakar pun ada. Makan kat sini, air segelas RM2 dan free refill. Minum la sampai senak perut! Makan set kat sini pun boleh tambah nasi dan sup dengan percuma, asalkan pakai pinggan yang sama. Hah, berbaloi-baloi kan?

Ayam Bakar Station Teluk Kemang, Port Dickson

Saya lebih suka ayam bakar kat sini berbanding kat Cowboy Place tu, harganya mungkin mahal sedikit dari Cowboy Place, tapi boleh refill air dan nasi, lebih berbaloi kan? Housemate saya order set kambing bakar, perghhh sedap ok! Masa taip ni pun terliur-liur aje.

Set ayam bakar dan kambing bakar di Ayam Bakar Station Port Dickson

Next port adalah port breakfast kami pada hari ketiga sebelum pergi kenduri kahwin. Kafe Kg Kaw nama tempatnya. Menu menariknya adalah Nasi Lemak Kambing Bakar. Meleleh lagi air liur ku. Hahaha!

Nasi Lemak Kambing Bakaw, Kafe Kg Kaw

Saya order nasi lemak ayam dan roti puree. Alhamdulillah, semua sedap!!! Tempat ni sangat ramai pagi-pagi di hujung minggu. Sampai kena tunggu turn untuk dapatkan meja kosong. Jadi, harap-harap boleh bersabar ya demi sepinggan nasi lemak kambing bakar sedap ya Allah. XD

Nasi Lemak Ayam, ada telur rebus sekali

Kafe Kg Kaw, macam-macam ada

Ok, untuk uols yang nak cari kambing bakar dan ayam bakar yang sedap, boleh lah try tiga-tiga tempat ni ya! Untuk maklumat lanjut mengenai menu yang ada dan waktu perniagaan, boleh klik link tempat-tempat tu.

Saya nak repeat gak nanti kalau ada rezeki lebih. Bye!

Post a Comment

6 Comments

  1. makoih tergodanya. kambing bakar febret tu.
    Janji Kita

    ReplyDelete
  2. adoiii... bw time tengahari ni.. tergugat...

    ReplyDelete
  3. @Mar Mansor: semua orang suka kambing nampaknya..hahahah

    ReplyDelete
  4. @Mia Liana: itu la tujuannya...saja je post time lunch..hahaha

    ReplyDelete
  5. Tak pernah lagi dapat jalan jalan cari makan kat PD, selalu lalu jee . Lps ni nak JJCM PD laaaa ..

    ReplyDelete
  6. nank nangis pepagi masuk sini..gambo kambing tu aduiii buat perut lapo..dah le akak kaki kambing hahaha..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com