Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Malam tadi, saya berkesempatan untuk bersua muka dengan para blogger dari JDT Blogger. Disebabkan saya baru je join team ni dalam minggu lepas, malam tadi lah saya baru nak berkenalan dengan orang-orang yang selalu bergosip dalam whatsapp group JDT Blogger tu. Hihi.
JDT Blogger @ Ramadhan Buffet Review Pulai Springs Resort |
Food review semalam di Pulai Springs Resort, saya ajak seorang rakan untuk temankan. Bukan sebab saya tak dapat makan seorang diri, tapi sebab memang invitation untuk blogger adalah +1. Rugilah kalau tak bawa sesiapa yang boleh jadi jurugambar professional dan share makanan dengan kita kan? Hahaha!
Saya dan partner in crime - Suzana...ah, pipi tu dengki! |
Kami bertolak dari UTM selepas pukul 5 petang, sampai di Pulai Pavilion dalam pukul 5.30 petang. Tiba di Gleneagles Terrace Restaurant, ada beberapa rakan JDT Blogger yang dah pun berada di sana. Orang pertama yang tegur saya semasa saya nak mencuit Sis Lin adalah kak Hernee. Itu pun saya duk konfius dia dengan kak Eda sampai ke sudah. Hahaha! Masa tengah taip ni barulah saya dah hafal muka dan nama setiap blogger JDT ni.
Semua pun start sibuk buat kerja ambil gambar makanan banyak-banyak, lepas tu rasa setiap juadah yang disediakan. Tapi, memang tak sempat lah nak rasa semua makanan-makanan tu. Walaupun share dengan teman saya, tetap cepat kenyang. Perut kami kecik sangat kot? Hahaha! Ye lah, awal-awal dah telan dessert, patutnya makan benda lain dulu. Nak buat macam mana, dessert yang disediakan sangat menarik perhatian saya yang suka kek ni. Aduh!
Sunah Sakura dan dessert tidak boleh dipisahkan! Ah sibuk kak Hernee interframe dengan pulut mangga dia..hahaha! |
Mula-mula tu, saya duduk semeja dengan teman saya je. Kitorang bolot la meja tu dua orang je. Ambik pinggan banyak-banyak. Then, Uyul pun sampai dengan pakwe dia, duduk semeja dengan kami. Maka kami pun berpada-pada ambik sikit-sikit je pinggan. Hahaha! Eh, tapi sebab dah kenyang jugak lah!
Lepas semua da selesai makan, kami pun ambil gambar beramai-ramai. Happening sungguh masing-masing. Dengan stall Laksa Johor sekali kami conquer. Nasib baik semua tetamu dah kekenyangan. Kalau tak, mesti kena jeling aje sebab kami da berkerumun dekat stall tu. Hihihi.
Nape Uyul makan sikit je semalam? |
Lepas semua da selesai makan, kami pun ambil gambar beramai-ramai. Happening sungguh masing-masing. Dengan stall Laksa Johor sekali kami conquer. Nasib baik semua tetamu dah kekenyangan. Kalau tak, mesti kena jeling aje sebab kami da berkerumun dekat stall tu. Hihihi.
Stall Laksa Johor ni kami punya |
Alhamdulillah, terima kasih semua malam tadi: Sis Lin, Mama Maszull, Kak Eda, Kak Hernee, Kak Mar, Kak Mia, Kak Seri, Ain, Uyul. Terima kasih jugak mama kasi cardholder. Cantik sangattt.
Mama kasi card holder cantik Legoland. Mekasih! |
Insya'Allah nanti nak jumpa yang lain-lain pulak. ❤❤❤
4 Comments
Meriahkann...bila dah jumpa ramai-ramai otak jadi mereng ha ha ha ..
ReplyDeleteHarap bersabarlah dengan perangai memasing ha ha ha
Pergh memang meriah la kalau dah jumpa geng 2 ni
ReplyDeleteassalamualaikum sunah...betul tu meriah sungguh makcik2 JDT membawang kan...sama2 sunah tak ada apa nak bagi buat cenderamata tu jer yg termampu...
ReplyDelete** Mama Maszull
ain sempat ootd dekat luar..hahhaa..
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com