Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hahaha! Dah berbulan dah balik dari Osaka, baru hari ni nak share pengalaman kat sana. Bukan apa, malas da nak menyusun ayat dan mengarang cerita. Nak kena edit-edit gambar lagi. Jenuh woo! Sebab tu jadi blogger pun dapat upah bila kita buat entri untuk orang lain. Banyak guna tenaga dan masa buat kerja camni. Kalau ada yang tak faham jugak, tak tahu lah!
Berbalik kepada tajuk entri, 1 Mac yang lepas, saya dan encik suami dimurahkan rezeki untuk melawat negeri matahari terbit. Hampir setahun awal saya beli tiket KL-Kansai. Tiket balik beli kemudian. Masa tu tengah promo Air Asia, jadi dapat lah tiket dua orang RM598 je untuk KL-Osaka. Kalau beli tiket balik sekali masa tu, boleh dapat harga yang sama untuk Kansai-KL.
Sebelum ke sana, kami buat persediaan dan penyelidikan berbulan-bulan untuk merancang perjalanan. Disebabkan dulu saya dah pernah pergi Tokyo, jadi mudah sikit untuk saya merangka itinerary dan menjangka perjalanan. Beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum memulakan perjalanan:
- Bajet
- Berapa hari nak pergi
- Penginapan
- Ke mana nak pergi
- Transportation
- Musim.
Haa, benda basic la kan kalau nak travel ke mana-mana pun. Sebelum saya buat itinerary, saya ada merujuk itinerary dari seorang rakan yang dah travel ke Jepun juga. Tengok tempat-tempat yang dia cover dan bajet. Saya dan encik suami adalah sangat-sangat bajet punya traveller. Jadi, masa buat itinerary tu lah sebolehnya saya cut banyak kos yang tak perlu.
Bajet kita dah tentu lah berkait rapat dengan point nombor 2 - 5 kat atas tu. Point 2 - 5 pula sangat bergantung kepada bajet. Maka, semua tu kena selari lah bila study. Saya mulakan dengan pencarian penginapan. Kalau nak melancong ke Jepun dengan bajet yang rendah, jangan belek hotel. Hahaha! Cut terus dari list, ok? Go for guesthouse atau pun AirBnB. Harga satu malam bagi rumah persendirian adalah lebih berpatutan berbanding kalau stay hotel. Lagi satu, kita boleh rasa macam mana suasana di kejiranan bangsa Jepun ni kalau duduk di perumahan diorang. Alahai, kenapa ya saya tak ambil langsung gambar di kawasan perumahan AirBnB saya tu? -_-"
Tips penginapan paling penting adalah: Pilih penginapan yang dekat dengan public transport supaya senang perjalanan kat sana nanti. Jepun ade sistem keretapi yang sangat maju, jadi jangan risau kalau tak mampu nak sewa kereta masa kat sana. Disebabkan sangat maju, train dia sangat banyak hinggakan kalau baru datang dan tengok train map dia boleh serabut kepala. Hahaha! Tapi jangan risau, ambil masa untuk biasakan diri. Boleh juga gunakan apps Google Maps untuk rangka perjalanan, apps akan bagi siap-siap train apa, line mana dan gerabak mana yang boleh bawak kita ke destinasi yang dituju.
Disebabkan train yang sangat maju ni jugak lah, jangan risau kalau penginapan yang dipilih tu macam jauh sangat dari tempat yang kita nak pergi. Macam kitorang, AirBnB di Temma, stesyen terdekat adalah JR Temma Stn., boleh ke bandar Osaka, Kyoto, Nara, Kobe tanpa perlu bertukar penginapan lain sepanjang 5 hari 4 malam di Osaka. Kalau hari lebih panjang, boleh cover lagi banyak tempat lain. Ada jugak terlintas dalam kepala kitorang, kalo ada masa kosong, nak turun je setiap stesyen lain yang takde dalam itinerary, nak tengok culture setiap pekan kat sana. Tapi, tak kesampaian hajat tu sebab masa sangat pack! Huhu!
Dari segi transportation pula, Jepun ada sangat banyak jenis train. Bergantung kepada tempat yang kita nak pergi, pilih la train yang sesuai. Kalau hanya nak berjalan di bandar Osaka, boleh ambil Osaka Amazing Pass. Kalau nak pergi jauh sikit, boleh pakai JR Pass. JR Pass ni pulak tak cover local train, ade stesyen tertentu sahaja yang dia akan berhenti. Untuk trip sepanjang kat sana, kitorang hanya beli 4 Days JR West Kansai Area Pass secara online (boleh dapat diskaun, book dulu, bayar masa ambil di Kansai Airport) di website Japan Rail Pass. JR Pass yang ini cover kebanyakan tempat pelancongan yang popular sekitar kawasan barat Kansai. So, 3 hari pertama tu kitorang banyak jalan ke luar kawasan Osaka. Manakala hari terakhir sebelum balik Malaysia, kitorang jalan-jalan sekitar bandar Osaka je naik local train. Local train ni kitorang tak beli pass, beli tiket on the spot je macam kita beli tiket LRT untuk dapat token tu. Best tau, belajar pakai train diorang!
Dari segi musim pula, pilih musim yang sesuai dengan tempat yang korang nak pergi. Kitorang pilih hujung-hujung winter. So, dapat jugak la rasa sejuk winter sikit dan ade juga kawasan yang dah start berbunga Ume sebab dah nak masuk musim bunga. PENTING untuk pilih musim yang sesuai sebab ade tempat pelancongan yang ditutup ketika musim sejuk. Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut dalam entri seterusnya bila dah start berjalan-jalan kat sana ya!
Saya dan encik suami pernah terlepas stesyen sebab tersalah naik train yang tak berhenti dekat stesyen tu..haha! |
Disebabkan train yang sangat maju ni jugak lah, jangan risau kalau penginapan yang dipilih tu macam jauh sangat dari tempat yang kita nak pergi. Macam kitorang, AirBnB di Temma, stesyen terdekat adalah JR Temma Stn., boleh ke bandar Osaka, Kyoto, Nara, Kobe tanpa perlu bertukar penginapan lain sepanjang 5 hari 4 malam di Osaka. Kalau hari lebih panjang, boleh cover lagi banyak tempat lain. Ada jugak terlintas dalam kepala kitorang, kalo ada masa kosong, nak turun je setiap stesyen lain yang takde dalam itinerary, nak tengok culture setiap pekan kat sana. Tapi, tak kesampaian hajat tu sebab masa sangat pack! Huhu!
JR ni macam KTM je kan? Tapi dia sangat laju dari KTM dan sangat menepati masa!!! |
Dari segi transportation pula, Jepun ada sangat banyak jenis train. Bergantung kepada tempat yang kita nak pergi, pilih la train yang sesuai. Kalau hanya nak berjalan di bandar Osaka, boleh ambil Osaka Amazing Pass. Kalau nak pergi jauh sikit, boleh pakai JR Pass. JR Pass ni pulak tak cover local train, ade stesyen tertentu sahaja yang dia akan berhenti. Untuk trip sepanjang kat sana, kitorang hanya beli 4 Days JR West Kansai Area Pass secara online (boleh dapat diskaun, book dulu, bayar masa ambil di Kansai Airport) di website Japan Rail Pass. JR Pass yang ini cover kebanyakan tempat pelancongan yang popular sekitar kawasan barat Kansai. So, 3 hari pertama tu kitorang banyak jalan ke luar kawasan Osaka. Manakala hari terakhir sebelum balik Malaysia, kitorang jalan-jalan sekitar bandar Osaka je naik local train. Local train ni kitorang tak beli pass, beli tiket on the spot je macam kita beli tiket LRT untuk dapat token tu. Best tau, belajar pakai train diorang!
Dari segi musim pula, pilih musim yang sesuai dengan tempat yang korang nak pergi. Kitorang pilih hujung-hujung winter. So, dapat jugak la rasa sejuk winter sikit dan ade juga kawasan yang dah start berbunga Ume sebab dah nak masuk musim bunga. PENTING untuk pilih musim yang sesuai sebab ade tempat pelancongan yang ditutup ketika musim sejuk. Nanti saya akan ceritakan lebih lanjut dalam entri seterusnya bila dah start berjalan-jalan kat sana ya!
Kebanyakan penginapan AirBnB ni menyediakan sekali pocket wifi percuma. So, tak perlu risau tentang data internet sepanjang kat sana. Bergantung juga lah kepada host AirBnB yang anda pilih, ada kawan gitau: kadang-kadang host AirBnB kasi pocket wifi je, simcard kena beli sendiri. So, pandai-pandai lah ya study and choose your AirBnB! Sekarang ni pun kerajaan Jepun dah lupuskan banyak penginapan AirBnB dalam usaha me'legal'kan AirBnB di Jepun.
So, macam mana? Dah boleh karang itinerary tak? Kalau uols nak mudah dan tak perlu pening kepala, saya cadangkan pakej percutian ke Osaka 2018 & 2019 oleh ARBA Travel. Haaa...diorang dah susunkan itinerary yang sesuai untuk uols. Kalau pertama kali nak pergi travel, boleh lah try pakai pakej macam ni. Seterusnya, boleh belajar buat itinerary sendiri pulak, kan!
Ok, lah! Entri yang tergantung lama berbulan-bulan ni pun lambat gila nak sambung balik dan siapkan. Akhirnya, siap jugak hari ni. Hahaha! Tapi ni baru mukadimah je ni! Belum sampai Osaka lagi! Hahaha! Jumpa lagi dalam entri seterusnya! Semoga seorang Sunah Sakura diberi kerajinan untuk edit gambar dan mengarang. >_<
Entri seterusnya:
Jalan-jalan ke Osaka, Jepun - Hari Pertama
10 Comments
Allhamdulillah... bestnya sis... dpt ke sana...
ReplyDeletesis, boleh share itineary tak? :)
ReplyDelete@raziah: nanti tinggalkan email ya :)
ReplyDeletearissagee@yahoo.com
ReplyDeletetqvm sis :)
ReplyDeleteboleh share itinerary wmnazmi22@yahoo.com..thanks
ReplyDeleteboleh..kejap lagi saya email ya..
DeleteI appreciaTe if you could share your itinerary with me..here my email tengkunurnaili@gmail.com
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletesalam. boleh share itinerary?:)
ReplyDeletefarrasatioo@gmail.com
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com