Phonophobia. Ligyrophobia. Sonophobia.
Apa sahaja panggilannya, saya baru tahu yang saya ada fobia yang satu ni. Common fobia, tidak terlalu istimewa, yang mungkin awak atau kawan awak mengalaminya. Ia adalah fobia pada bunyi tertentu.
Mungkin pada bunyi yang terlampau kuat.
Akhir-akhir ini, saya menjadi fobia pada bunyi hempasan pintu. Saya perasan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, ia adalah bunyi yang paling saya nak jauhi dari mendengarnya. Kalau ada orang nak tutup pintu, yang memang habitnya adalah menghempas, automatik saya akan tutup telinga dan memejam mata saya dengan kuat sebab bimbang akan mendengar bunyi hempasan pintu. Bunyi tersebut akan buat kelajuan degupan jantung saya bertambah, lebih buruk ia menghadirkan rasa pedih dalam hati, bagai ditusuk dan dicarik-carik. Allahu.
Bila saya baca satu per satu maklumat tentang fobia bunyi ni, baru saya perasan sejak kecil saya tak suka melihat orang meniup belon melebihi kapasiti. Saya akan menjauhkan diri dari tempat tu, menutup telinga dan mata sebab takut akan mendengar bunyi letupan belon. Rasanya hampir semua orang tak suka pada bunyi yang terlampau kuat secara tiba-tiba kan?
Mungkin juga ada sesuatu yang berlaku pada masa silam yang membuatkan seseorang jadi fobia pada bunyi tertentu. Bagi saya, bila pintu dihempas, itu tandanya penghempas pintu tersebut sedang marah. Ketakutan pada kemarahan mungkin menyebabkan saya takut mendengar bunyi pintu dihempas.
Aduhai. Saya cuba untuk hilangkan rasa fobia ni, tapi tak boleh. Macam mana ya?
1 Comments
Kak sunah. Bab belon tu eka pon sama. Ika akn lari jauh2 dr balloon tu
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com