Ticker

6/recent/ticker-posts

Jalan-jalan ke Pattaya, Thailand

Assalamualaikum!

Lamanya tak update! Dan lamanyaaa berehat lepas balik dari Pattaya, baru nak share kat sini! :p Sebenarnya, balik dari Pattaya, saya ke tempat lain pulak. Tu yang tak sempat nak share ape-ape kat sini. Tempat lain tu, kemudian nanti kita share ok? Kali ni nak kongsi pasal perjalanan ke Pattaya, Thailand pada 24-27 Februari yang lepas.

Alkisahnya, saya ke Pattaya sebab ade conference kat sana. Saya pergi bersama encik suami dan seorang labmate. Conference kitorang tu kat Holiday Inn Pattaya, tapi kitorang tak book stay kat situ pun sebab mahal sangat untuk student macam kitorang ni ha. Walopun ade peruntukan untuk tu, rasa macam tak berbaloi aje nak habiskan beriban untuk stay. Baik spend duit tu untuk benda lain kan?

Sebaik tau paper yang saya submit dah accepted, saya terus belek-belek tiket flight dan hotel. Masa beli tiket flight, saya bandingkan harga semua flight KL-Bangkok/Don Muang. MAS, Air Asia dan Malindo Air ade route ke Bangkok/Don Muang. Kenapa tak beli ke Pattaya terus? Sebab takde route direct ke Pattaya dari Malaysia. Google-google blog Hang Dhamin, Kena amek transport lain pula dari airport. Hew hew. Bila dah belek-belek, Malindo Air yang offer harga paling murah antara semua dan kena dengan timing. Saya amek flight 9.55 pagi dari KL 24/2, 11.50 pagi dari Don Muang 27/2. Total tiket masa tu pergi balik untuk seorang RM 481.

Untuk hotel pulak, saya survey melalui Trivago, dan agaknya dah sebati dalam diri, booking.com jugak ler yang melekat di hati. Masa tu saya tak kisah berapa bintang atau komen-komen yang negatif dari recent penyewa hotel tu. Sebab nak yang berpatutan, nampak selesa dan dekat dengan Holiday Inn Pattaya. So, boleh la saya berjalan kaki je dari hotel ke tempat conference. Saya book Nantra de Boutique, masa tu dapat harga yang sangat berpatutan untuk Exclusive Suite. Harga dia untuk 3 malam 4,200 baht sebilik. Dekat dengan pantai jugak, supaya nanti kalau encik suami saya boring tinggal sensorang kat hotel, boleh la dia jalan-jalan ke pantai. Kami tempah dua suite sebab labmate saya tu lelaki.


Pada hari kejadian, dah siap check in semua kat KLIA2, itu la first time saya undergo Malaysia Passport yang automatik punya. Jakun sungguh rasanya, nasib baik ade pegawai imigresen yang bagi arahan kat tepi. Takde la kita blur sangat. ;D


Perjalanan ke Bangkok amek masa 2 jam 10 minit. Bila sampai Don Muang Airport dan dah lepas imigresen semua, kami terus cari gate 6 untuk naik bas A1 ke Mochit Bus Terminal. Supposedly macam tu lah. Tambang bas ke sana adalah 30 baht. Tapi rupanya dia drop kitorang dekat BTS Mochit, stesen railway. Haiyooo. Susah jugak nak gitau diorang sebenarnya sebab language barrier. Diorang tak berapa mahir berbahasa Inggeris. Tapi disebabkan kitorang dah turun, kena juga la cari cara lain untuk ke Mochit Bus Terminal. Alhamdulillah ade pegawai polis kat pondok berhampiran tengah duduk-duduk, encik suami pergi tanya diorang macam mana nak ke Mochit Bus Terminal dari BTS Mochit. Bersungguh-sungguh polis tu terangkan walaupun dia tak pandai berbahasa Inggeris. Kita kena gitau kita nak ke mana. Dari Bangkok ni nak ke Pattaya, so kena ambil bas dekat Mochit Bus Terminal. Kalau uols landed dekat Suvarnabhumi Airport, korang kena amek bas Ekamai ye! Berbeza!

Dengan bantuan pak cik polis tu, kitorang amek bas berhenti-henti dari bus stop berdekatan ke Mochit Bus Station dengan tambang 11 baht seorang. Sampai Mochit Bus Station, mencari lagi kaunter yang jual tiket ke Pattaya. Adohai. Memang kena banyak tanya kat local walaupun diorang macam paham tak paham aje. Alhamdulillah lepas jenuh pusing-pusing, jumpa jugak kaunter 48. Tambang bas dari Bangkok ke Pattaya adalah 128 baht dan bas akan depart on time yeee~ Mohon jangan melenggang kalau keluar cari platform bas sebab platform sangat banyak. Kami hari tu...terlepas bas...-_-" Nasib baik lah diorang bagi naik bas seterusnya guna tiket yang sama. Huhu. Alhamdulillah.

Kalau nak ke Pattaya dari Bangkok Bus Station, beli tiket 128 baht di kaunter 48

Dari Bangkok ke Pattaya amek masa 2 jam lebih nak dekat 3 jam jugak dengan keadaan jalan raya yang penuh construction. Flyover diorang sangat lah panjang, macam highway dilapis kat atas jalan biasa. So, kira betul-betul the "high" - way lah kan...haha! Sepanjang perjalanan tu, kitorang banyak tido aje sebab penat kottt keluar rumah dari awal pagi! Nak tengok pemandangan kat luar takde ape sangat. Cuma bila dekat-dekat nak sampai tu baru lah selak langsir tengok bas lalu jalan mana.

Encik suami yang kepenatan, tido sepanjang perjalanan dari Bangkok ke Pattaya..sian dia... >_<

Dalam kul 5 petang camtu, baru la kitorang sampai Pattaya Bus Terminal. Hati dah cuak sebab dah lambat nak buat registration conference. So kitorang decide gi Holiday Inn Pattaya dulu untuk register sebelum check in Nantra de Boutiqe. Makan? Memang takde makan langsung dari pagi. -_-" Was-was nak makan sesuka hati kat sini sebab kebanyakannya adalah pork. Err~ Dari Pattaya Bus Terminal tu kitorang amek tuk-tuk ke Holiday Inn Pattaya dengan tambang 30 baht seorang. Kitorang bersesak-sesak jugak lah dalam tuk-tuk tu dengan tourists dari negara-negara lain. Takpe lah, tak jauh sangat pun, sempit sikit aje. Tapi takde lak amek gambar tuk-tuk diorang. =.=

Tak sampai 10 minit, kitorang pun sampai Holiday Inn Pattaya, jenuh juga mencari kat mana tempat registration. Rupanya kat Executive Tower dia, bangunan belakang hotel tu. Alhamdulillah dah selesai register, kitorang ke Nantra de Boutique pulak. Alamak. Macam mana nak ke Nantra? Haha! Nasib baik lah receptionist Holiday Inn Pattaya tu tau alamat Nantra tu, dekat lorong sebelah aje. Dekat juga. Menapak aje kami ke Nantra de Boutique dengan segala beg dan bagasi. Sempat jugak tengok orang ramai kat pantai. Memang sangat dekat dengan pantai!!! Tapi takleh nak melawat pantai dulu sebab kena siap-siap solat, mandi, then gi conference punya welcome dinner.

So, teruskan menapak cari Nantra de Boutique. Senang je cari hotel ni. Hotel dia kecik aje. Kitorang dapat bilik paling bawah betul-betul depan kolam renang, siap ade nama lagi bilik kitorang tu. Cuma nak gitau awal-awal, kitorang tak recommend hotel ni - wifi kejap ade kejap takde, servis lambat, receptionist tak friendly dan kurang tahu berbahasa Inggeris, breakfast choice tak banyak, tuala kotor kena bayar (pffft). Yang best pada hotel ni hanyalah bilik dia sangat cantik. Siap ade jakuzi dalam bilik ye~

Nantra de Boutique Pattaya - Exclusive Suite

Ok, pasal conference tak yah cerita la ek. Dah setel conference semua, kitorang pun memulakan aktiviti lain.

Pattaya Beach Road ni kalau malam-malam, diorang ade bukak pasar malam sepanjang pesisir pantai tu. So boleh la cuci-cuci mata tengok ape yang diorang jual. Kalau berkenan, boleh la rembat ape-ape. Kitorang beli souvenir pun kat pasar malam ni je. Diorang banyak jual pashmina silk thailand, ade fridge magnet juga, cermin pun ade! Makanan memang banyak la jual kat sini. Antara halal dengan tak halal je. Kena pandai cari. Dan masa kitorang tengah tengok-tengok barang yang dijual tu, alhamdulillah terjumpa seorang penggerai muslim yang jual burung puyuh goreng. Dia yang dulu bagi salam kat kitorang. Hihi. Encik suami pulak gigih perkenalkan banana pancakes kat kitorang sebab selalunya penjual banana pancakes adalah muslim. Dia macam murtabak pisang atau roti canai pisang tu ha~ Benda lain yang kitorang cari, pulut mangga of course! Nak carik nasi memang susah! Makanan kat conference lagi lah meragukan haa. Memang tak akan ambik walaupun free kecuali buah-buahan dengan air mineral and minuman dalam tin saje. Huhu.

Setiap hari breakfast ni kat hotel, yang lain meragukan... -_-"
Banana Pancakes Halal - Roti/Murtabak Pisang

Pulut Mangga Super Sedap

Puyuh Goreng Halal

Masa kat Pattaya, kitorang ade amek trip ke Nong Nooch Village. Mula-mula ingat nak gi Floating Market, tapi encik suami kata bukannya nak gi shopping pun kalau ke situ. Mahal pulak tu nak ke sana. Ye tak ye jugak kan. Kalau nak shopping, boleh ler ke Floating Market yang ditayangkan dalam Runningman tu ha. Ade jugak tempat lain yang menarik macam Mini Siam dengan Art in Paradise, tapi kesuntukan masa menyebabkan kami memilih ke Nong Nooch Village aje lah. Untuk ke sana, kami amek tour dari Harry Potter Travel dekat depan hotel aje. Untuk tiga orang, 1400 baht. Harga ni termasuk transport pergi balik dan tiket untuk Thai Cultural Show & Elephant Show.


Kami ke sana naik bas khas untuk pelancong yang nak ke Nong Nooch Village. Dalam bas, tour guide bagi taklimat untuk segala benda yang patut dan tak patut buat. Bila sampai sana, kami terpegun dengan kecantikan taman Nong Nooch ni. Hampir semua benda diperbuat daripada pasu! Tapi tak sempat nak explore semua tempat pun, besar sangat dan kesuntukan masa!





Untuk balik semula ke airport, kami amek tuk tuk dari depan hotel seawal selepas Subuh ke Pattaya Bus Terminal. Awal pagi camtu, kena pandai pilih tuk tuk sebab diorang bubuh harga sesuka hati diorang aje. Ade yang bubuh harga mahal, ade yang berpatutan. Masa tu kitorang dapat cari tuk tuk 200 baht untuk 3 orang. Amek bas Mochit ke Pattaya, then amek teksi dari Pattaya ke airport. Teksi kitorang dapat tambang 350 baht. Kitorang tak berani nak amek bas, takut bas tu berhenti-henti pulak ha. Tapi sebenarnya, dari Pattaya korang boleh amek bas direct ke Suvarnabhumi Airport kalau nak. Tapi ke Don Muang tak pasti lah ade ke tak. Tak tanya lak.

Senja terakhir di Pattaya, sempat merakamkan sunset. Alhamdulillah... 

Ha macam tu aje lah cerita yang panjang dan padat. Malas nak buat entri day by day sebab bukan pergi jenjalan hari-hari. Pergi sebab conference. Hew hew. Lepas ni insya'Allah boleh datang lagi nak explore Bangkok lak!

Post a Comment

7 Comments

  1. lama x makan mango sticky rice..huaarh..sedapnye!!

    http://myraanneba.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. memang padaattttt sangat haaa. sesak nafas kita baca entry akak ni hahahahha *nak menggambarkan padat nya rasa masa akaka kt sana*

    tapi mcm best kan buat phd. jalan kenal negara orang hihihihi

    ReplyDelete
  3. Owhhh..ingat nk ke pattaya jgk Feb 2016 nanti.. tengah survey2 la ni. Mekasih ye sakura

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Mr / Mrs
    We (Kyrantrans) as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta participated promotion ...
    The units are offered:
    Suzuki Apv
    Toyota Avanza
    Inova
    Toyota Hiace
    Isuzu short Elp
    Isuzu long Elp
    Amenities:
    Latest vehicle / manicured + friendly and experienced driver.
    Kyrantrans as a tourist vehicle rental agent in Bandung and Jakarta, which has been used to take tourists inside the country and abroad are ready to take you for a tour around enjoying the beauty of the city of Bandung and Jakarta.
    For more details please Mr. / Mrs ask us about the history of the sights and inexpensive place to shop:
    Call: +6281312767300
    +6281573307300
    WA: +6281809692300
    Fb: Kyrantrans
    Email: Kyrantrans@gmail.com
    Website: Kyrantrans.com
    Kyrantrans will give the price according to the budget of Mr. / Mrs.
    "Do not be Fooled by TOUR & Travel Cheap price"

    ReplyDelete
  5. Love to read it,Waiting For More new Update and I Already Read your Recent Post its Great Thanks. Bangkok to Pattaya

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com