ENTRI SEBELUM INI:
Meh nak sambung cerita kat Lombok. Alkisahnya, lepas Maghrib, encik suami ajak keluar jalan-jalan sekitar hotel. Nak cari tempat makan yang best. Masa keluar hotel, kitorang jalan kaki ke arah selatan tapi tak sampai 10 langkah tengok macam takde ape je, terus patah balik semula ke arah hotel. Guard yang duduk kat depan hotel tegur kitorang, "kenapa berpatah balik, mas?" Mula lah encik suami bercakap Indon dengan dia. Guard tu bagitau kat sebelah yang kitorang pergi tadi tu ada satu restoran seafood, tapi satu tu aje lah. Kalau ke arah Sengigi belah sini ada banyak kedai makan. Memang kitorang nak jalan kaki ke arah Senggigi sebab teringat restoran murtabak yang kitorang nampak petang tadi. Encik suami teringin nak rasa murtabak kat Lombok sebab dengar kata murtabaknya berbeza dengan Malaysia.
Restoran murtabak tu tak jauh pun dari hotel, beberapa langkah kaki aje. Kalau uols nak rasa makanan hotel pun restoran dia bukak belah malam, tapi kitorang rasa tak berbaloi kalau tak makan benda lain pulak kat luar. Menu kat hotel pun tak banyak sangat yang nampak lain dari Malaysia. Sebelah hotel yang main pun ada Steak House, tapi tak minat lah pulak nak makan steak. -_-" Kalau kat Lombok, uols jangan risau nak cari makanan halal. Lombok ni masyarakatnya majoriti Muslim dan makanan halal memang berlambak-lambak. Ok, bila dah sampai kat restoran murtabak tu, nampak pulak kedai makan lain sebelah dia. Quick Chicken namanya. Terus ajak encik suami ke situ dulu.
Quick Chicken Senggigi |
Restoran Quick Chicken lebih kurang macam KFC, McD, etc. Cuma menunya lagi simple. Dan harganya memang tersangat murah berbanding kat hotel lerr. Encik suami order set nasi putih + drumstick + teh botol Sosro, saya pula order set chicken burger + teh botol Sosro macam dalam gambar kat bawah ni. Gambar makanan encik suami saya tak amek pulak. Takpe, boleh Google ye! :p Total harga makanan kitorang Rp.28,000 sahaja. Manyak murahhhh wooo~ Tak sampai RM 10! Berbaloi-baloi~~~ Tapi komen encik suami, so-so aje lah ayam dia. Burger saya pulak, roti dia sangat sedap cuma sos burger agak masin tapi still boleh habiskan dengan berjaya. Alhamdulillah.
Quick Chicken Burger dengan Teh Botol Sosro |
Lepas tu, kitorang gerak pulak ke restoran murtabak kat sebelah. Holland nama restoran tu. Menjual murtabak dan apam balik. Ejaan diorang Martabak dan Terang Bulan. Ha, amek ko! Lain terus apam balik dia. Staff kat Holland ni sangat-sangat peramah. Mungkin sebab kitorang je pelanggan yang datang masa tu? Tak ramai sangat customer diorang, maybe ramai take away jugak. Kitorang order Party Platter A berharga Rp.80,000 macam dalam gambar kat bawah ni. So, boleh rasa murtabak dengan apam balik sekali. Encik suami tambah air tin juga yang rasa macam Revive kot? Ada rasa air kelapa sikit dalam minuman isotonik. Harganya Rp.8,000. Agak mahal di situ.
Party Platter A berharga Rp.80,000 |
Murtabak dia ada macam-macam inti, tapi adik kat kaunter tu cakap murtabak sapi la sedap. So, kitorang pilih inti daging sapi. Untuk Terang Bulan, pilih inti coklat dengan cheese. Kitorang jadi teruja sebab sambil menunggu tu, boleh tengok diorang siapkan menu kita. Memang diorang buat belakang kaunter tu jugak. Nampak la diorang potong salad, goreng fries, buat apam semua. Staff dia pulak duk tersengih-sengih malu bila encik suami amek gambar diorang berkeping-keping. Ahahaha!
Staff yang menyiapkan menu kat belakang kaunter |
Bila order kitorang dah siap, kitorang amek lagi gambar dengan staff diorang. Gambar tu boleh tengok kat instagram encik suami, @soleh_ahmad ye? Lepas tu, kitorang pun melantak! Eh, haha~ Tak de la macam gelojoh sangat pun sebab da terkenyang sikit lepas makan kat Quick Chicken. Nom nom nom nom, mmmmmmmmmm sedapnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa Terang Bulan Coklat dia!!! Subhanallah, jangan tak percaya saya habiskan apam balik coklat tu! Yang cheese kurang sikit.
Party Platter A, Holland, Senggigi |
Martabak Sapi, Holland, Senggigi |
Untuk martabak dia, memang lain dengan Malaysia. Murtabak dia so crispy. Macam makan guna kulit popia. Pun sedap juga tapi tak dapat habiskan sebab dah full! Panggil staff dia tolong bungkuskan, kemudian kitorang menapak ke hotel belah seaside. Lepak-lepak baring kat gazebo dia kejap. Bila encik suami da penat dan mengantuk, kitorang pun balik bilik kat seberang jalan.
Masa untuk berehat dan get ready untuk hari kedua!
ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Hari Kedua - Air Terjun Benang Stokel dan Benang Kelambu
ENTRI SETERUSNYA:
Percutian ke Lombok: Hari Kedua - Air Terjun Benang Stokel dan Benang Kelambu
10 Comments
aduh macam nk rasa ja murtabak dia...
ReplyDeletebestnya
ReplyDeleteLapar la plak ttibe...hihi
ReplyDeleteBaru pulang dari Lombok ya Ibu... bulan kelmarin pun saya ke Lombok... ada itu entrynya di blog saya... best kan Lombok... saya pun tinggal di Sengigi tu dan makan di restoran yg sama juga malam tu...
ReplyDeletesalam..
ReplyDeleteaitu g lombok korg ade sewa supir tk..?
cr kt sane or amek siap2 kt msia..?
korg ade g tg aan..?
kitorg ujung bulan jan ni g.
harap dapat bantu sbb u punye blog halfway..hehe
sulfat_bubble@yahoo.com
sulfat.bubble@yahoo.com
pls email me k..tq
ohh martabak lombok. Macam sedappp ! hihihi
ReplyDeleteSalam dik, siapa nk sy hubungi utk nk pg lombok ni? Berilah contact number, tq vm
ReplyDeleteDik, boleh bagi contact number agen yg digunakan?
ReplyDeleteCIkguGeo - wa'alaikumussalam..saya tak pakai ejen kak, saya pergi sendiri2 je...
ReplyDeleteSALAM PELANCONGAN DARI MELANCONG_MURAH_BALOI menyediakan pakej melancong ke Lombok dengan harga yang cukup awesome dan berbaloi-baloi �� semua urusan di Malaysia, insyallah diyakini.
ReplyDeletecontact : 0175367426 Nurul Insyirah
Email : melancongmurahbaloi@gmail.com
Instagram : melancong_murah_baloi
Hari pertama : makan tengah hari, makan malam
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Lombok, aktiviti bermula dengan Tradisional Sasak Tour Lombok , menuju Desa Sukarare yang merupakan desa penghasil tenun ikat di Lombok. Di sana kita akan melihat cara pembuatan kain tenun yang dijalankan secara tangan, dan anda boleh mencuba menjadi seorang penenun. Seterusnya aktiviti diteruskan dengan pergi ke Desa Sade. Di sini terdapat suku Sasak . Suku ini terkenal dengan keutuhannya mempertahankan adat istiadat dalam kehidupan seharian. Kita akan singgah makan tengah hari di restoran tempatan. Acara dilanjutkan dengan melawat Pantai Kuta, pantai yang terkenal dengan pasir putihnya yang halus seperti tepung dan dikelilingi bukit menghijau yang memberikan pemandangan yang sungguh mengagumkan. Kita akan menikmati makan malam seterusnya check in Hotel dan acara bebas.
Hari kedua : sarapan, makan tengah hari, makan malam
Selepas bersarapan di hotel, acara dilanjutkan dengan pergi ke Air terjun Benang Kelambu dan Benang Setokel. Sungai yang masih terpelihara ini pasti memberikan kesegaran buat anda. Sambil menikmati juadah makan tengah hari di sini. Acara bebas sambil menikmati keindahan dan kesegaran di situ. Kita akan makan malam di restoran tempatan dan kembali semula ke hotel untuk berehat.
Hari ketiga : sarapan, makan malam
Selesai sarapan di hotel, kita akan ke Teluk Nare untuk menyeberang ke Gili Trawangan menggunakan speed boat. Acara bebas sambil menikmati indahnya gili trawangan dan anda boleh mencuba kepelbagaian aktiviti yang ditawarkan seperti snorkeling, scuba diving, trip boat, kayaking, mengayuh basikal mengelilingi gili Trawangan dan sebagainya atas perbelanjaan anda. Pada sebelah petang, kita kembali semula ke jeti untuk pulang ke hotel. Dalam perjalanan ke hotel, kita akan menikmati juadah makan malam di restoran tempatan. Kembali semula ke hotel dan acara bebas.
Hari keempat : sarapan, makan tengah hari
Selepas bersarapan di hotel, kita akan melawat bandar Lombok. Kita akan ke Taman Mayure, anda boleh merasakan suasana alam yang asli dan bersejarah. Wilayah ini terdiri daripada dua bahagian iaitu kawasan Taman dan Pura. Acara diteruskan dengan melawat ke Pura Lingsar atau dikenali dengan Muslim Wetu Telu. Seterusnya, taman Narmada , terkenal dengan air awek muda. Kita akan menikmati makan tengah hari dan membeli belah oleh-oleh khas Lombok seperti kaos Lombok, camilan atau makanan khas, pernak pernik, mutiara dan sebagainya. Kemudian, kita akan hantar ke lapangan terbang untuk kembali pulang ke Malaysia.
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com