INI ENTRI PANJANG
sape-sape
orang Sarawak
yang baru pertama kali
nak buat passport tu
dan nak buat kat Semenanjung
saya nak share something
kat sini
beberapa hari lepas
saya dan encik suami
pergi buat passport
kat Kementerian Dalam Negeri WP Jalan Duta
situ je yang paling dekat
dengan rumah kami
first day datang
kami sampai dalam tengahari
tempat buat passport
Pintu A, Aras 2
(naik eskulator depan main entrance)
malangnya
nombor giliran dah habis
so kena datang balik esoknya
ok
esoknya kami pergi awal sikit
encik suami cari parking
(kat sini memang sangat susah parking)
saya pergi berbaris
untuk ambil nombor
sampai depan kaunter
dapat nombor giliran
tapi
kena datang balik pukul 2 petang
huhuhu
maka
saya dan encik suami
mengisi masa terluang
dengan menonton Big Hero 6
heh
pukul 2
kami ke KDN semula
cepat aje nombor kene panggil
saya pergi kaunter
encik tu tengok IC
"eh, orang Sarawak ke?"
saya mengiyakan
"mak ayah orang mana?"
Sarawak juga
"alahai, kesiannya...
takde orang cakap kat awak ke?"
ha...dah kenapa?
"kesian ni, dah lama tunggu...
awak datang bila?"
saya cakap pagi tadi
dia mengeluh
"ok, takpe lah..
sebenarnya, kalau orang sarawak
nak buat passport
kat pintu sebelah, pintu B"
laaa...ye keee...
"aha, melainkan kalau salah seorang
mak atau ayah orang Semenanjung
so boleh buat kat sini"
owhh ok
alahai...
buang masa aje tunggu lama-lama
saya pun pergi pintu B
sementara encik suami
tunggu nombor giliran dia
kat pintu B
kena ambil nombor giliran baru
8021
giliran sekarang 8019
ok tunggu je lah
tapi lamanya alahai......
encik suami dah setel amek gambar passport
sementara tunggu passport dia siap
teman saya kat situ pula
baru nombor saya dipanggil
sampai kat kaunter
bagitahu nak buat new passport
encik tu minta:
IC + 2 salinan IC
sijil lahir + 2 salinan sijil lahir
"alamak encik...
saya ada salinan sijil lahir je
yang ori takde"
kena ada yang ori jugak
sebab nanti imigresen nak cek yang tu
baru boleh sahkan
hampanya...
dah haru biru
call bapak kat Bintulu
minta tolong carikan sijil lahir
sebab rumah dah renovate dulu
banyak barang dah berpindah randah
tapi
encik kat kaunter passport pintu A tadi
ada bagitahu
kat JPN Bahagian Kelahiran, Kematian dan Anak Angkat
Aras 1
boleh buat sijil lahir
ok
saya turun untuk cuba buat sijil lahir pula
takut kalau-kalau bapak tak jumpa sijil lahir
kat JPN tingkat bawah
kena isi borang Cabutan/Carian Sijil Lahir
disebabkan saya ada salinan
sijil lahir yang lama
mudah sikit nak isi
bila nombor dipanggil
saya bagi borang
dan salinan sijil lahir asal
saya tanya bila boleh dapat
cik kaunter 8 tu kata
dalam seminggu atau dua minggu
alahai...lamanya!
dia tanya bila nak guna
saya cakap lagi dua minggu
"ok, takpe...boleh tinggalkan borang ni
dan nombor telefon
saya cuba faks ke sarawak petang ni
kalau boleh dapat cepat
saya call, ok?"
ermmm...dalam hati saya
dah cakap 'takpe lah, ade kot kat rumah
cuba cari lagi nanti'
"ok..." tapi tu yang keluar dari mulut
encik suami
dah dapat passport dia
saya gitau dia apa yang cik kaunter 8 bagitahu
encik suami pula kata
staff kat atas bagitahu dia
orang Sarawak kalau buat sijil lahir baru
boleh makan masa sebulan
...(krik krik krik)
balik rumah
cuba cari sijil lahir
dalam celahan-celahan fail
tak jumpa
mamak call
gitau tak jumpa lagi kat rumah
saya dah terfikir-fikir
nak balik Sarawak
buat passport kat sana aje... *sigh*
tiba-tiba ada call
dari nombor tak dikenali
nombor ofis pulak tu
sah tak nak angkat
tapi kenapa entah
hati rasa kuat
kata kena jawab
rupanya cik kaunter 8
dia dah dapat pengesahan
dari Sarawak
esok pagi boleh datang
buat sijil lahir baru
alhamdulillah...
esoknya
saya pergi JPN
nak jumpa cik kaunter 8
tapi dia bizi sikit
so kena tunggu dulu
bila dia panggil
dia tunjukkan draft sijil lahir
dia suruh semak ejaan
then tandatangan
ok
"bayaran RM 5 ye..."
dia bagi resit
nama dia Liyana
dalam 15 minit
nama saya dipanggil
dah dapat sijil lahir
alhamdulillah
saya terus fotostat 2 salinan
then naik Aras 2 Pintu B
sebab baru pukul 10 pagi
baik buat passport terus
ambil nombor giliran Bahagian Sabah/Sarawak
tak ramai orang pagi-pagi
sekejap je dah kena panggil
jumpa encik semalam
nama dia Sekudan
"dah ada sijil lahir ye?"
saya angguk dan bagi kat dia
dia semak dan suruh tunggu
tak sampai 5 minit
dia datang balik
isi something dekat kad
"ok, nanti lepas 5 hari
boleh datang semula
untuk ambil passport
sekarang pergi kaunter 27
untuk ambil gambar.."
saya berbaris untuk ambil gambar
lepas tu siap
tandatangan kat borang passport
cik puan kat kaunter tu kata
nanti 12hb datang balik
dengan kad dan bayaran
alhamdulillah
setel pun
minggu depan
boleh datang lagi
ambil my first passport :D
Untuk Tenangkan Hati?
4 hours ago
3 Comments
kenapa sistem utk buat passport bg sabah dan sarawak rumit sekali? haishh. menyusahkan. kata sama2 malaysia.
ReplyDeletebegitu sekali noo org sabah sarawak nak wat pasport di smnjung...huuurm,.ai wat pasport nak g mana ni sunah..hehe...
ReplyDeleteTak perlu bagi surat polis atau sijil kelahiran yang rosak ke if nak cabut sijil lahir baru? Sebab saya pun orang sarawak nak buat passport tapi sijil lahir tak sure letak mana. Passport nak guna 22 july ni. Macam mana ni kak? Kalau nak ulang alik balai polis/kdn, saya susah sikit. Parents tak dekat dan kenderaan pun tak ada. Tengah buntu tetiba terjumpa blog akak.
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com