Assalamualaikum.
Selamat hari Rabu!
Alhamdulillah dah sebulan lebih saya bergelar isteri kepada encik Mohd Soleh bin Ahmad ( nguu...indahnya nama encik suami >_< ).
Dan hari ni, dah 3 tahun sehari saya kenal encik suami. Mesti ada yang terkejut, dah lama rupanya saya kenal encik suami kan? Sebenarnya, saya mula-mula mengenali encik suami melalui entri blog abang Ben Ashaari. Pada tarikh kelahiran encik suami, 21 Januari 2011, abang Ben muatkan coretan encik suami kat blog dia. Kira macam promosi entri lah, zaman-zaman kegemilangan blogger masa tu memang itulah aktivitinya. Entri tu bertajuk "Aku dan hadiah paru2 sempena hari lahirku...."
Kalau perasan, ada komen saya pada entri tu tepat jam 10.38 malam. Maka sebab itulah, setiap kali hari kelahiran encik suami, akan muncul entri pada pukul 10.38 malam di SINI dan SINI. Tahun ni je takde, sebab laptop tertinggal dekat lab, so wish dekat Instagram aje pukul 10.38 malam tadi. Hihi.
Lepas entri tu, tak ada lah pulak nak jenguk balik blog dia. Entah, lepas-lepas tu dah lama sikit baru lah rajin nak blogwalking termasuk ke blog encik suami. Baru lah nak tinggal-tinggal komen, then muncul pulak group Sahabat Blogger kat Facebook. Dari situ, mula kenal ramai lagi blogger lain termasuk lah encik suami yang masa tu guna nama Ady Soleh Ahmad. Dalam group tu je borak ramai-ramai tentang blog dan aktiviti blogger. Masa tu, encik suami memang macam abang yang baik kepada adik-adik blogger dia. Banyak nasihat yang encik suami bagi kepada kami semua termasuklah tentang akademik, dari situ lah konon-konon encik suami dapat gelaran "abang baru".
Gelaran yang menyebabkan salah seorang kawan lama menghantar SMS kepada saya pada satu malam. Bunyi SMS nya lebih kurang begini secara ringkas: Awak bercinta dengan Ady Budika? Dan panjang lagi isi SMS tu. Tak berapa nak ingat dah, point yang penting, soalan dia tu. Terkedu dan terkejut saya malam tu. Kenapa sampai boleh fikir saya bercinta dengan Ady Budika? Nak tergelak pun ada, eh! Memang tergelak pun. Dan malam tu jugalah kali pertama saya PM encik suami, nak bagitahu dia tentang SMS tu.
Kalau blogger-blogger ni, isu macam ni boleh naikkan trafik blog. Kemain kan kepala masa tu, idea encik suami lah yang suruh buat entri bagi panas. Maka muncul lah entri NI dan NI. Encik suami tu apatah lagi, pandai menokok tambah cerita bagi masam manis sikit. Padahal takde kena mengena pun cerita dia tu. Haishhh! Dan bila dah muncul entri macam tu, mulalah kawan-kawan blogger lain bergosip. Dah macam masuk majalah Mangga dah. Sana sini kena usik. =.="
Dari situ lah mula rapat dengan encik suami dan kawan-kawan blogger seangkatan, sampai satu masa tu dalam group Sahabat Blogger, entah apa yang dibualkan sampai encik suami kata nak hantar rombongan meminang, so dia minta alamat. Memula ingatkan memain, so minta kepastian kat YM, encik suami bagi ikon senyum dan kata, betul. Terdiam sekejap. Then encik suami kata, "nanti datang Sedenak kan? Tak perlu buat keputusan sekarang, datang Sedenak kang tengok abang macam mana, lepas tu boleh putuskan." Saya bagitahu encik suami, "insya'Allah...kita solat istikharah sama-sama ya."
Tanggal 12 Mac 2011, pertama kali saya join gathering blogger. Pertama kali itu jugak lah jumpa abang Ben, pak cik Mat Gebu, Sis Lin, kak Ayu Citarasa Rinduan, kak Sari Yusa, kak Sue Joshua dan yang lain-lain lagi. Pada tarikh tersebut jugak lah saya 'tengok' encik suami. Erm...sama macam dalam blog orangnya. Tapi pendiam. Sangat-sangat. Tak macam dalam Facebook. Sepanjang gathering macam-macam siulan dan usikan dari kawan-kawan blogger lain, tapi saya dan encik suami hanya tersenyum. Tak bertegur pun sesama kami. Sampai lah ke penghujung gathering, encik suami tegur. Lemah lembut orangnya bila bercakap, tak macam dalam Facebook (saja kan nak tekankan). Then, amek gambar dengan encik suami, abang Ben dan kawan-kawan blogger lain.
Nampak tak encik suami kat depan tu...masa ni encik suami kan baru nak sihat dari sakit, kecik aje kan dia. Hihi. |
Lepas tu, balik! Macam tu je lahhh~ Tapi malam tu Kakakecik Shida ade contact, dia kata encik suami minta nombor fon. Lepas tu tetiba dapat SMS "Assalamualaikum sunah..." dari encik suami. Memang ada save nombor encik suami sebelum ni sebab handle template blog dia. Tapi tak pernah contact pun, sebagai backup bila tak dapat nak contact kat FB atau YM. Sebab tu Kakakecik Shida kata encik suami terkejut bila saya tak pernah contact dia walaupun ada simpan nombor dia.
Esoknya, abang Ben merangkap orang tengah, bagitahu kat saya yang encik suami nak 'berkawan'. Owhhh. Abang Ben jugak lah yang banyak bagi nasihat kat encik suami, macam mana nak start kalau betul-betul nak 'berkawan' tu. Abang Ben pesan kat encik suami, minta nombor telefon bapak dan minta izin kat bapak untuk kenal anak perempuan dia ni. Saya bagi nombor, dan saya terlebih dahulu call bapak masa tu supaya bapak tak terkejut sangat. Memang malu-malu sungguh nak explain. Huhu. Then encik suami pulak call bapak. Alhamdulillah, bapak & mak terus faham hajat encik suami. Senang saja mereka menerima, lepas-lepas tu progress ke arah pernikahan la. Hihi.
Kenapa lama sangat? Sampai 3 tahun?
Perjalanan mana yang tak akan diuji dengan pelbagai cabaran. Sepanjang tempoh ke arah pernikahan, memang banyak perkara berlaku. Dalam tempoh itu juga saya mengenali peribadi encik suami, hampir setiap hari juga saya istikharah. Hingga hati benar-benar kuat bahawa dialah bakal suami saya. Pernah saja kami diuji dengan rasa hampir putus asa, tetapi bicara Allah sungguh-sungguh lebih kuat daripada bisikan syaitan. Saat-saat macam tu lah sahabat-sahabat banyak memberi dorongan dan berkongsi pandangan. Pak cik Mat Gebu yang tak pernah saya kenali blog dia, sekarang ni menjadi antara yang paling dekat dengan saya dan encik suami. Kak Ayu Citarasa Rinduan yang baru beberapa kali jumpa pun, sekarang dah jadi macam kakak sendiri. Kakakecik Shida, Iffah Afeefah, Nadzri, Kak Ila pun, yang banyak suruh bertabah dan bertabah. Diorang lah antara yang banyak menyimpan kisah kami. Juga kawan-kawan yang lain. Moga-moga Allah berkati usaha kalian.
Pertengahan tahun 2012, encik suami mahu memperkenalkan saya kepada keluarganya di Kedah. Ditakdirkan Allah, ujian besar menimpa keluarga encik suami. Rumah encik suami di kampung terbakar sehari sebelum saya sepatutnya bertemu keluarga encik suami. Kami percaya, setiap yang berlaku ada hikmah di sebaliknya, Allah Maha Mengetahui kenapa saya diperkenalkan kepada keluarga encik suami dalam suasana yang sebegitu. Alhamdulillah, ada sedikit bicara Allah yang kami sama-sama cuba untuk fahami.
Awal bulan Mac tahun lepas, akhirnya encik suami pula datang bertemu muka dengan ahli keluarga saya. Merisik sekaligus menghantar tanda bertunang. Alhamdulillah, berkat doa dari semua, saya sah bergelar isteri kepada encik suami pada 13 Disember 2013 yang lepas. Walau begitu banyak ujian dari Allah yang datang, tidak juga Dia tinggalkan kami tanpa kekuatan untuk menghadapinya satu per satu. Saya tahu, saya hamba yang lemah tanpa Allah. Saya tiada upaya jika bukan Allah yang memberikan segala daya. Dan saya perlukan lebih banyak lagi kekuatan dari Allah untuk mengharungi alam baru rumahtangga bersama encik suami. Banyak lagi yang akan kami tempuhi pada masa depan, banyak lagi yang perlu kami pelajari. Moga-moga Allah redha dan mengampunkan dosa-dosa kami yang lalu. Mohon doa semua agar masjid yang dibina ini akan menyinar hingga ke syurga. Insya'Allah.
P/S: Mimpi yang kesekian kali itu adalah seekor kucing berbulu kembang.
20 Comments
"Mimpi yang kesekian kali itu adalah seekor kucing berbulu kembang."
ReplyDelete~senyum ;)
Aduhhh... indah sungguh cara soleh nak memulakan langkah... btw, taniah utk kalian berdua...
ReplyDelete:')
ReplyDeletemoga syurga milik kalin berdua, di dunia juga di akhirat..
puas hack, dapat jugak masuk blog ni.
kiutnya kak sunah!!!!! ni percintaan online ni... tak sangka kan?? serious.. semoga kekal sehingga ke akhir hayat.
ReplyDeleteSubhanallah. Kuat semangat Sunah istikharah hampir setiap hari. Semoga rumahtangga diberkati dan bahagia sehingga akhir hayat. Alhamdulillah 'ala kulli hal.:)
ReplyDeleteSENYUM JE BACA ENTRY NIE..
ReplyDeletebegini rupanya permulaan bg hubungan sunah n ady..semoga kekal bahagia hingga ke syurga...
Best je baca entry ni detik perkenalan akak n abg ady. Masa mula2 dulu ade gak tertanya2 bila abg ben, cikmat gebu selalu ngusik abg ady n akak.
ReplyDeletecepat je tekaannyer..
Eka pun masa bertunang, ujiannyer sangat kuat. Sampai kami hampir putus asa jugak. Tapi jodoh kuat, masalah semua dapat selesai, akhirnya sah bergelar suami isteri.
indahnyaaaaaaaa :)
ReplyDeletesemoga kekal bahagia hingga ke syurga buat kak sunah & abg ady :)
Indah kan cinta yg dpt restu Allah nie ;)
ReplyDeletepastu ada org tuh chat ngan kita tanya perangai ady..kekekekek...
ReplyDeleteassalamualaikum sunah..begitu rupanya titik pertemuan sunah n soleh yer....seronoknya baca n3 ni...moga jodoh kamu berdua kekal hingga hujung nyawa...:)
ReplyDelete<<< nangis :')
ReplyDeletepcm suka entri ini.....
ReplyDeletesalam akak,
ReplyDeleteaah , saya pon perasan akak mmg sllu bls2 komen dgn abg ady dri dulu , mcm kwn baik . rupanya sangkut juga , waaa. jodoh namanya . congrat akak. moga bahagia hingga ke anak cucu :) .
seriusly xsangka abg ady suami akak . terkejut ouh .
btw, korang sweet! blogger couple .
Sy pon agak tkejut gak bila bukak fb tgok abg ady punya profile dh kawin. Ngan sape? Ngan akak. Hahaha nak tgelak nangis time tu. Tak sangka.
ReplyDeleteAhaa, abg Ady pendiam sket haha. Lol. Lama x jumpa. Last 2011.
Btw, tahniah Kak. Kem salaam abg ady.
terharu rasa baca entry ni. naz kenal ady dulu pun, masa dia baru nak up. pasal entry batuk dia... sbb naz cari pasal batuk dlu, sbb kerap batuk. jmpa entry ady. memang btul, jmpa ady in person, dia mmg seorg pendiam..berbanding dalam fb masa dia datang sabah dlu. Alhamdulillah, jodoh sunah dipermudah... sunah jer naz tak jumpa lagi ni :) Nnt dtg sabah ye sunah.. honeymoon ^_^
ReplyDeletesememangnya Istikharah juga jalan terbaik kan dalam membuat keputusan, naz pun sedang buat. Doakan naz ye :) Naz doakan sunah dan ady bahagia melayari bahtera perkahwinan hingga ke jannah :)
salam sunnah..nampaknya akak tertinggal keretapi...dah sebulan jadi penganting hari ni baru kak tahu,,tp rasanya belum terlewat untuk akak ucapkan tahniah kepada sunah,,moga keberkatan menyelubungi hubungan kalian...
ReplyDeletemasa jadi silent reader sunah dulu dah agak dah sunah n adi ni. :-)
subhanallah...semoga kekal ke syurga ~
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletehaah dlm gambar tu ady kecik je, yg besor tu sy kihkih...
allahuakhbarr
ReplyDeletesaya suka
moga kekal hingga ke jannah
Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com