Selesai sudah majlis pernikahan dan walimatulurus saya dan suami, encik Mohd Soleh Ahmad.
Terima kasih kepada mak, bapak, adik-adik, sepupu, semua sanak saudara serta sahabat handai yang telah banyak membantu untuk kelancaran majlis. Terlalu banyak yang telah saya susahkan, harap Allah gantikan usaha semua dengan balasan yang lebih baik di dunia juga di akhirat kelak.
Kepada yang datang dari jauh, sahabat-sahabat blogger dari Semenanjung, sahabat-sahabat Facebook, sahabat-sahabat dari Miri, sanak-saudara dari Brunei, Saratok, Kuching, juga yang dari kampung sendiri, terima kasih atas kesudian untuk sama-sama meraikan pernikahan kami. Mohon ampun dan maaf atas segala kekurangan, terkurang layan mahupun tak sempat bertemu mata.
Alhamdulillah, terima kasih semuanya atas doa kalian. Masjid yang baru dibina ini perlu akan doa yang terus-terusan dari kalian agar binaannya kian kukuh dan tegap berdiri dari hari ke hari, insya'Allah. Bagi yang tak sempat dan tak berpeluang untuk hadir kenduri di Bintulu tempoh hari, jemput datang ke majlis sebelah lelaki di Kedah pada 2 Februari 2014. :)
Moga Allah redha.
33 Comments
tahniah
ReplyDeleteSelamat pengantin baru akak dan abg ady
ReplyDeletealhamdulilah dan tahniah untuk kalian berdua.. sunah dan ady.. (dah biasa sebut ady budika.. so nama soleh ahmad tu buat2 tak kenal).. hehehehe.. :)
ReplyDeleteTahniah kak.Moga jodoh kekal hingga ke syurgaNya InsyaAllah
ReplyDeleteTahniah Sunah...moga masjid yang dibina diredhai Allah swt...bahagia hingga ke syurga...;)
ReplyDeleteselamat pngantin baru
ReplyDeleteSelamat pengantin baru, Sunah & Soleh, semoga berbahagia hingga ke syurga... harap2 bolehlah hadir ke kenduri di pihak lelaki, cuti CNY tukan...
ReplyDeleteBarakallahulakuma wa barokah..
ReplyDeleteSelamat Pengantin baru kak Sunah Sakura dan Ady Budika.. Hehehe..
Kedah tu dekat mana sis?
p/s: Yeay! Another sister become part of Kedahanaannnn.. Welcome to Kedah!
Barakallah :)
ReplyDeletetahniah kak sunah & abg ady..
semoga kekal bahagia hingga ke syurga..aminn :)
Tahniah sunah n ady... :)
ReplyDeleteSmoga sentiasa dilimpahi rezeki n rahmat Allah SWT
Assalamualaikum Sunah.
ReplyDeleteSelamat pengantin baru Sunah dan suami.
Moga kekal hingga ke syurga, diberkati dan dilimpahi kebahagiaan berpanjangan, Amin.
Terima kasih atas undangan dan mohon maaf kerana tidak hadir.
Tahniah & Selamat Pengantin Baru buat Kak Sunah + Abang Ady.
ReplyDeleteNice meeting u guys in Bintulu.
tahniah dan selamat pengantin baru SUnah dan Ady Soleh..
ReplyDeletein sha Allah di kedah nanti nak jugak pegi..
barakallah kak sunah & abg ady budika. semoga bahagia hingga syurga. amin
ReplyDeleteTahniah sunah & ady... maaf tak dpt gi majlis kt bintulu. InsyaAllah akan cuba hadir yg kt kedah..jika ada teman nnt :) barakallah, semoga rumahtangga yg dibina diberkati, berkekalan dunia akhirat..dan hingga ke syurga :)
ReplyDeletetahniah sunah.. sweet sangat!
ReplyDeletemoga ikatan yang dibina kekal hingga hujung nyawa.. amin!
alhamdulillah.. tahniah... moga berbahagia hgg ke syurga...
ReplyDeleteassalamualaikum sunah....selamat pengantin baru dan semoga alam rumahtangga yg dibina akan membawa kebahagiaan dan kasih sayang moga jodoh kalian kekal hingga hujung nyawa dan diberikan anak2 yg soleh dan solehah inshaALLAH amin..:)
ReplyDeletemabrukk kak sunah dan abg ady~
ReplyDeletetahniah awak...happy for u..
ReplyDeletetahniah..^^
ReplyDeletealhamdulillah selesai semua...
ReplyDeleteinsyaallah cuba menghadirkan diri kenduri kak sunah nanti...
=)
barakallah sunah n pasangan. :)
ReplyDeleteAlhamdulillah, tahniah kak :)
ReplyDeleteCONGGRAT!!!!! utk kali ke brape tah hehehehe ...semoga bahagia sokmo2
ReplyDeletesukanya tengok org kawin.. berseri2.. tahniah sunah n ady budika.. (lainnya nama betul kan.. ;) hehe..)
ReplyDeleteTahniah Sunah dan Soleh beribu-ribu tahniah! Semoga berbahagia ke anak cucu cicit. :-)
ReplyDeletetahniah adik...moga kekal hujung nyawa ye
ReplyDeleteTahniah...selamat pengantin baru =)
ReplyDeleteAlhamdulillah.. tahniah!.. =)
ReplyDeleteAssalamualaikum buat keduanya...Selamat Pengantin Baru ya Soleh dan Sunah...semoga kalian menjadi pengantin hebat, mendambakan kehebatan kasih sayang suami-isteri dan menghasilkan zuriat-zuriat yg hebat disisiNya Yang Esa.
ReplyDeleteSalam kasih sayang dari akak, ada kelapangan jemputlah ke Kuantan yea.. :)) **tp akak x pandai buat kek cantik mcm CMG tu...hehe
Dah lama tak berblogwalking ke blog kak Sunah disebabkan terlalu bz dgn final year. Taw2 2 fevret blogger sy ni dh jd suami isteri. Tahniah kak Sunah & Bro Ady. :)
ReplyDeleteAmboiiii very the pink pink. Hahhahahahaaa. 💖💖💖💖💖
ReplyDeleteThank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.
For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com