Ticker

6/recent/ticker-posts

Setelah Seminggu

Dah seminggu saya post entri tentang walimah.

Hari ni baru nak menulis balik. Hilang terus mood menulis seminggu lepas. Mungkin sebab sibuk dengan tempahan Aidil Adha, kerja-kerja Jurnal Teknologi dan juga kena siapkan paper untuk conference di Indonesia.

Sibuk benar sampai tak cukup rehat. Masa tengah tuang adunan kek karamel dalam loyang pun rasa terhuyung-hayang. Dalam hati berdoa banyak-banyak moga tak pitam. Kalau pitam, siapalah yang nak renjis-renjis air kat muka sebab semua housemate da balik kampung masa tu.

Bila dah pening-pening tu baru lah teringat kat adik kat KL. Alahai, kenapa lah lambat sangat baru nak ingat. Call dia tanya raya haji kat mana, rupanya dia tak ke mana-mana. Terkejut den sambil teruja sekali sebab boleh la ajak dia turun Johor. Jadi pembantu import sekejap kat dapur. Hihi.

Alhamdulillah, dalam godaan kepenatan dan kemalasan yang bermaharajalela, akhirnya siap juga semua tempahan pelanggan sempena Aidil Adha hari tu. Boleh lah saya ke Felda Sg. Sayong dengan hati tenang sedikit. Beraya dengan keluarga kak Ayu Citarasa Rinduan, first time sambut raya haji dengan penuh kemeriahan. Meh tengok juadah yang ada~

Juadah hari raya seperti biasa, ketupat nasi, lepat pulut, kuah kacang, serunding kelapa, rendang ayam, sambal goreng, ayam kicap, lagi satu takde dalam gambar...kurma kambing

Bebiskut kekuih raya dan kek-kek sedap - kek pisang, kek gula hangus, kek buah, kek lapis mocha pandan, kek karamel nenas pandan

Puding dangdut bak kata kak Ayu, puding buah laici...memandai saya nak curah air sirap bagi berkaler masa nak ambil gambar... :p
Alhamdulillah, terima kasih buat kak Ayu dan keluarga kerana sudi mempelawa saya dan adik saya untuk beraya bersama. Walaupun sekejap je masa yang diluangkan bersama, dah cukup buat kita rasa seronok di hari raya. Kikiki. Moga Allah pelihara kesejahteraan akak dan keluarga, insya'Allah.


P/S: Dah nak konvo next week, 26 Oktober, sesi pagi, UTM Skudai. Jemput datang bawak bunga dan coklat.

Post a Comment

14 Comments

  1. lagi skali nampak gambo kek dan sekut. hahahahaha

    geram je. lapo.
    kek karamel akak nampak menyelerakan. Selalu tgok org buat tak kemas. tapi akak punya kemassss..

    ReplyDelete
  2. wah, tahniah..dh abes study and nak berconvo dh. master kan? Bestnya, muda2 dh ada master. naz nak smbung master dah tak larat T_T

    ReplyDelete
  3. @Cik Eka

    sila jaga makan wahai bakal kembar pengantin...hahaha...

    ReplyDelete
  4. @Syarifah Nornazrah Al Yahya

    alhamdulillah...doa2kan moga dipermudakan semuanya...jauh lagi perjalanan ni...

    ReplyDelete
  5. tergoda tgk puding tu.. sedap ni mkntime musim pnas mcm ni... :)

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum adikku Sunah dan Syim...

    Alhamdullilah.. syukur jua bt kami skluarga menerima kunjungan adik2 yang baik hati sudi beraya dengan kami skluarga..
    keluarga kecil kami meriah dan hanya Allah yang tahu betapa gembiranya jua terharu dgn kesudian kalian Berhari Raya Aidiladha bersama kami

    MUdahan perkenalan kita bkekalan hingga akhir hayat...

    Sayang kaliana berdua

    ReplyDelete
  7. tahniah sunah dah nak konvo...tahun nie dapat 2 sijil la ye..hehe..


    ReplyDelete
  8. assalamualaikum sunah...tahniah2 yer sekejap jer dah konvo n tahniah juga atas majlis yg akan berlangsung...:)

    ReplyDelete
  9. Kejap saja masa berlalu tetiba nak konvo...tahniah. Ayu ni beraya haji pun masak sakan2, untung ada tempat nak dituju menumpang kasih di hari raya ye.

    ReplyDelete
  10. hehe sedapnya.. selamat pengantin baru sunah.. =D

    ReplyDelete
  11. Salam daripada Zalora Malaysia,
    Kami sangat meminati blog anda dan cara penulisan anda menarik perhatian kami.
    Pihak Zalora Malaysia begitu berminat untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak anda. Sila email kepada kami di zalorateam@zalora.com.my

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com