Ticker

6/recent/ticker-posts

Suami Belasah Isteri Sebab Baca SMS

Tak terkejut baca berita kat Metro pagi ni.

Suami belasah isteri sebab baca SMS. Hurm. Ikutkan, yang lebih bersalah kat sini adalah si suami. Curang di belakang isteri yang baru beberapa bulan dikahwini. Lebih teruk lagi, si suami tak mahu mengaku bermain cinta dengan perempuan lain, lalu memukul isterinya sebab asyik didesak untuk menjelaskan. Tembelang dah pecah, ego makin tinggi.

Si isteri pula, nak kata bersalah sebab periksa telefon bimbit suami tanpa pengetahuan, ada lah jugak. Sebab tak minta izin atau mungkin selama ni suami dia dah pesan awal-awal jangan bukak telefon bimbit dia. Atau mungkin tak pernah pesan pun. Sebab tu lah suami dia marah agaknya. Rasanya, bukan marah. Tapi rasa tercabar, tambah-tambah bila rahsia dah terbongkar.

Actually, telefon bimbit memang privasi masing-masing. Gadget yang peribadi sama macam external hard disk yang kita simpan gambar-gambar diri sendiri bersama keluarga. Rasa berat nak share dengan orang lain. Cuma, dalam hubungan suami isteri, yang lebih penting dari privasi telefon bimbit adalah kepercayaan.

Saling percaya.

Isteri kena percaya suami. Suami kena percaya isteri. Suami dan isteri yang dah diberi kepercayaan pulak, kena bertanggungjawab dengan rasa percaya tu. Bak kata Firman kepada Iris dalam ILUS,

"Jika dipercayai... jagalah kepercayaan itu. Sekali mengkhianati kepercayaan itu, boleh merobohkan keyakinan diri kepada mereka yang sangat mempercayai awak. Jangan sampai mereka merasa kebaikan di dunia ini sudah lenyap kerana mereka meletakkan kepercayaan yang salah kepada orang yang salah. Ia satu perbuatan yang zalim, mematikan jiwa yang hidup, membunuh semangat yang berkobar, menghilangkan kegembiraan dari hari yang tulus..."

Kalau sama-sama faham konsep percaya, insya'Allah tak akan keluar berita macam tu, tak akan jadi porak-peranda rumahtangga. Tapi kalau bukan lagi sebab percaya, hati memang sudah terpaut pada yang lain, jujur dan berterus-teranglah.

Kenapa perlu berselindung lagi?

Post a Comment

8 Comments

  1. ya... sekali kepercayaan digugat.. takkan kembali ke 100% lagi.. mungkin cuma tinggal 5% paling bagus pun.. dan kegembiraan sekaligus tergugat sama.. kehidupan suami isteri dah hilang kemanisannya... kecuali dengan adanya kemaafan... kemanisan itu akan segera dirasai kembali.. salam ramadhan sunah..

    ReplyDelete
  2. akibat berkahwin kerana nafsu semata mata.

    ReplyDelete
  3. mak sy slalu pesan..da kawin nnt jgn buat mcm tu...

    ReplyDelete
  4. betol kak, kena letakkan kepercayan dan jujur sekaligus iman. kalau takde tiga tue memang susah nak hidup dalam rumah tangga

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum akak sunah .. salam sejahtera .. lama tak singgah blog akak ..

    by penulissenja.com

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum kak sunah .. ape khabar sekarang?

    semoga selalu dicucuri rahmat oleh allah swt amin

    by : penulissenja.com

    ReplyDelete
  7. hurm.. haru sungguh.. mcm2 kes dah skrg ni..

    ReplyDelete

Thank you for coming by. Comments are your responsibility. Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988. Comment wisely, and do it with pure intentions. Any comment with link(s) will be deleted to avoid spam.

For any inquiries, email: sunahsakura@gmail.com